Part 12

6.5K 341 14
                                    

[Mingyu POV]

"Oppa!!"

Kepalaku ditoleh apabila mendengar jeritan riang seorang gadis. Terasa sebal di hati melihat bibir mereka berpaut hangat.

Baekhyun menolak lembut bahu gadis yang tiba² sahaja bertindak mencium bibirnya itu. Gadis itu tersenyum manis pada Baekyun.

Gigi susunya yang putih bersinar kelihatan tersusun rapi. Raut wajah Baekhyun tampak agak terkejut dengan kehadiran gadis itu.

"Serri? Apa Serri buat kat sini?" Soal Baekhyun dengan kening terangkat. Gadis yang dikenali sebagai Serri itu menarik tali lehernya.

Mata Baekhyun direnung dengan pandangan menggoda. "Serri tengok oppa lah!! Omma yang bawak." Jawab gadis itu penuh bangga.

Lengan Baekhyun dipaut lalu dipeluk dengan erat. Perbuatannya itu seolah olah ingin mendapat perhatian dari Baekhyun.

Raut wajah Baekhyun berubah. 'Omma?' Muncul seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an di hadapan mereka berdua.

"Ahh , omma.." Aku memandang wanita itu. Jadi dialah ibu kepada Baekhyun , bukankah begitu? Telingaku masih terpasang.

Mujurlah kawasan itu tidak bising , memudahkan aku untuk mendengar isi perbualan mereka. Pn.Byun tersenyum sahaja.

Serri kembali memandang Baekhyun dengan raut wajah manjanya. "Omma kata , Baekhyun akan kahwin dengan Serri." Katanya.

Aku seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja ku dengar sebentar tadi. Seperti aku , Baekhyun turut terkejut dengan pernyataan itu.

Entah bagaimana , air mata jernihku mula bergenang. Empangan mutiaraku ini cuba ditahan supaya tidak melimpah keluar dari tubir mata.

Bibirku diketap. Aku cemburu? Mungkin. Ahh , tidak sama sekali!! Aku bencikan lelaki menjengkelkan itu!! Dia mempermainkan hati aku!!

Mata Baekhyun beralih ke arahku. Aku hanya tersenyum pendek kerana kekecewaan yang melampau. Baekhyun menundukkan wajahnya.

Aku meninggalkan tempat itu. 'Oh , tuhan.. Kenapa aku sedih sangat ni? Adakah sebab aku dah mula jatuh hati pada dia?'

Rupanya , Chanyeol mengekoriku dari belakang sejak tadi. Tanganku dipaut dari belakang membuatkan aku sedikit terkejut dengan tindakannya.

"You jealous , am I right?" Soal Chanyeol , mahukan jawapan dariku. Aku terdiam tanpa memberi sebarang jawapan dan menunduk seketika.

Aku berpura pura tersenyum. "No , saya cuma gembira bila tahu dia nak kahwin." Kataku menyembunyi kan jawapan sebenar. Chanyeol mengangkat keningnya.

"And for your information. I hate him. Please Chanyeol , I don't want to talk about this." Aku mahu beredar dari situ secepat mungkin.

Alasanku? Aku mahu lari dari semua soalan yang bakal Chanyeol ajukan kepadaku. Tanganku digenggam lebih erat olehnya.

Kepalaku dipaling menghadapnya kembali. "Mingyu...." Belum sempat dia hendak berkata apa² kepadaku , aku sudah menengkingnya.

"Enough!!" Tangan Chanyeol kurentap dengan kasar. Kesian Chanyeol. Dia tidak bersalah. Tapi kenapa aku bertindak menengking nya?

Kenapa aku rasa tertekan dan terbeban sekarang? Raut wajahku berubah sekali lagi. Aku mengorak langkah beredar dari situ.

"I just want to say that....I really love you." Suara Chanyeol kedengaran lemah dan perlahan , namun jelas di gegendang telingaku.

Langkahku terhenti. Aku langsung tidak menoleh ke belakang. 'Jeongmal mianhae.' Aku kembali meneruskan langkah ke dorm.

[Baekhyun POV]

"Erkk.. omma , Serri.. Baekhyun nak masuk dalam dulu. Lupa pulak cikgu ada mintak tolong tadi." Bohongku. Sekali sekala berbohong , tak salah kan?

Aku terus meminta diri dan bergegas ke dorm. Aku pasti Mingyu ada kat situ. Kenapa aku masih panggil dia Mingyu? Sebabnya , aku dah biasa.

Kata kekunci yang ditetapkan untuk bilik itu ditekan dengan hujung jari sahaja. Namun yang peliknya , ia salah? Aku mencuba sekali lagi.

Keputusannya tetap sama. Siapa pula yang tukar kata kekuncinya jika bukan...... Tak..takkanlah Mingyu dah godam kata kekunci tu?!

"Mingyu..yahh , Mingyu!! Bukak pintu ni!!" Jeritanku langsung tidak bersahut , membuatkan aku bertambah risau terhadap Mingyu.

Aku bertindak menendang pintu itu sekuat hati , tidak menghiraukan tindakan yang bakal dikenakan padaku nanti. Aku cuma risau!!

Akhirnya pintu itu terbuka. Tanpa berlengah , aku terus menerjah masuk ke dalan bilik itu dan mencari kelibat Mingyu.

"Mingyu?" Sekali lagi panggilanku tidak berjawab. Aku mendapati tingkap di sisi katilku terbuka luas. Aku hanya membiarkannya.

Tangga ke aras atas dipanjat. Aku terkejut melihat barang² dan bagasi berwarna biru milik Mingyu sudah tiada. Dan sekarang , aku benar² keliru.

Tingkap di sisi katil terbuka luas.. barang² kepunyaan Mingyu tiada.. dan.. semuanya nampak kemas sahaja di katilnya.

Tunggu , tak mungkinlah......

Aku berlari anak keluar dari bilik dan kemudiannya berlari ke luar kawasan sekolah. Tiba² , sesuatu menyerangku. Rasa sakit itu kembali.

Aku rebah di situ juga. Apa yang masih berada di dalam fikiranku hanyalah Mingyu.

[Author POV]

"Kau ni betul ke nak balik rumah , Sehee?"

"Ya..aku dah mintak nak berhenti sekolah."

"What?! Seriously? Kau ni dah fikir masak² ke? And..kenapa aku dengar macam kau tengah menangis?"

"Tak..taklah..okay , teksi dah sampai ni. Nanti aku sampai. Tunggu aku tau , Eunju. Jangan lari pulak."

Gelak tawa Eunju iaitu sahabat baiknya begitu menenangkan. Walaupun hanya di talian telefon , hatinya cukup tenang sekarang.

Panggilan diputuskan. Sehee tersenyum sendirian. Pada asalnya , hatinya itu belum cukup tenang kerana Baekhyun!! Nae , Baekhyun ttaemunae!!

"Bicceul seoneun sky
Geu arae seon I
Kkumkkudeusi fly
My life is a beauty"

Lagu yang dianyanyikan secara solo oleh salah seorang penyanyi berbakat besar itu mematikan lamunan jauhnya. Panggilan itu diangkat.

"Yeobuseyo?"

"Yahh , Mingyu..."

"Chan..Chanyeol?"

"Baekhyun..... datang Seoul Medical Hospital sekarang.. palli!!"

'Aku agak terkejut. Chanyeol pasti tidak bergurau tentang ini , kan? Apa pula yang menimpa Baekhyun kali ini? Oh tuhan , jagalah dia sebaik baiknya..'

~TBC~

Jangan keliru kalau author guna Sehee dengan Mingyu serentak sebab diorang pun orang yang sama. Sorry for any typo. Pyeong!!

-Hwang Areum-

Byuntae Jerk (Baekhyun)Where stories live. Discover now