Prolog Cinta

196 12 0
                                    

Selepas penat mengajar Jang Mi menunggang basikal,Jung Kook masuk ke dalam rumah untuk berehat.Kelihatan isterinya sedang sibuk memasak didapur.
Dia tidak mahu mengganggu isterinya.Dia terus menuju ke bilik bacaan peribadi dia.
Kreek
Berkeriuk apabila pintu itu ditolak menandakan engselnya perlu diletak minyak.Niatnya ingin menyambung kerjanya yang tergantung seketika tadi namun sebaik sahaja dia lalu dihadapan rak buku nya,satu tiupan menerpa dirinya.
Lembut,halus dan penuh kerinduan...
Jung Kook memejamkan matanya lalu bibirnya menguntumkan senyuman.Dia menapak di hadapan rak buku itu.Matanya tertacap pada satu buku yang terletak di rak atas sekali.
Dia mencapai buku itu.Sudah berhabuk dan lusuh kulitnya.Hatinya diselubungi rasa rindu.
Ya...rasa rindu pada seseorang.Dia duduk di kerusi rehatnya.Buku lusuh itu dibuka,tulisannya masih boleh dibaca.
Dia mula membaca dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir.Dia dapat merasakan yang... Dia sedang menemaninya membaca buku itu.

TearsWhere stories live. Discover now