Gadis Magis pt2

115 14 1
                                    

Ching...ching...
Ching...ching...

Sape pulak main lonceng ni.Kacau betul la!

Ching...ching...
Ching...ching...

Aku merengus.Kemudian aku buka mata aku.Argh,pedihnya!
Bila sudah sekata sikit,aku terpempam.
S...sia...siapa pulak..ni??
"awak dah bangun?"tanya dia.
"Argh,siapa kau ni ?!!!"jerit aku membaling buku pelik tu kearah dia.Dia tak sempat mengelak lalu melindungkan dirinya dibalik tangan kecilnya.
Kemudian dia mengerang kesakitan.
"kenapa nak takut sangat ni,bukannya saya ni hantu pon!"marahnya.Matanya berair.Menahan sakit agaknya.
"sapekah kau ini?"tanyaku memeluk tubuh dan menjauhkan diri daripada dia.
"nama saya Eun Ji.Saya dari Kampung Kanzeki!"ucapnya ceria.Aku yang mendengar nama kampungnya menahan gelak.Dia kelihatan hairan apabila melihat aku tergelak.
"kenapa gelak?"tanya dia.
"ah,kau ni pelancong dari Jepun yang tersesat ke?"tanyaku.Aku menahan gelak lagi bila tak menggelengkan kepala.
"agaknya masa buku tu hentam tangan kau,terkena jugak kat kepala kau agaknya..."
"haah,memang kena kepala saya pon."Eun Ji berkata.
"Jadi memang betullah pendapat aku..."kataku sambil menggelengkan kepala.
"pendapat tentang??"tanya Eun Ji.
"...pendapat aku tentang kau dah gila!"sambungku.Dia kemudian menarik muka.
"memang betullah saya daripada kampung Kanzeki!Kampung luas yang aman dan dilindungi oleh roh-roh nenek moyang kami yang menginap didalam pokok sakura.Mekar tak kira masa,hujan,ribut,panas dan petir.Kampung yang harmoni..."katanya sambil tangannya berawang-awang diudara.Menandakan betapa harmoninya tempat yang di ceritakan.Baju yukata yang dipakainya turut berayun-ayun.Rambut hitam berkilatnya dibiar lepas.
"tapi entah kenapa tiba-tiba ada satu cahaya terang datang menerpa dan bila saya bangun,awak ada dihadapan saya.Dan saya berada di sini."sambungnya sambil memandang aku.
Woah,cantiknya mata dia!
"kenapa tengok macam tu?"tanya dia lagi.Aku berdehem.Malu pulak dia tegur macam tu.
"dengar sini,aku memang tak kenal pun kau tambahan pula kau ni macam orang gila pakai kimono dengan rambut ikat tepi.Berlonceng bagai.Dah macam kucing aku tengok."
"Ni yukata lah!"tukasnya.
"apa-apa sahajalah,yang penting kau memang..."aku terhenti apabila ternampak buku pelik tadi terbuka dengan sendirinya walaupun tiada angin yang lalu.Aku mencapai buku itu dan membacanya.Eun Ji pun ingin melihatnya lalu merampatkan dirinya kepada aku.Aku kaget sebab tak pernah ada perempuan rapat dengan aku.
"Hei,ni saya!!!"jeritnya membuatkan aku tersedar.Aku perhatikan betul-betul watak yang dikatanya itu.Betul memang mirip macam dia.
"nanti...jangan cakap kau dari buku ni!"teka aku.Aku memandang dia.Dia membuat muka keliru kemudian berubah riak.
"Hei,itu rantai sayalah!"jeritnya lagi melihat rantai delima yang dibaling aku tadi.
Tergesa-gesa dia berlari mendapatkan rantai tu.
"aik,kenapa warna biru pula?"tanya dia memandang aku mahu kepastian.
"memang dari masa aku jumpa warna biru."jawabku.
aish...rindu pulak aku kat nenek...
Hah? Ya betul tu!!Nenek boleh tolong!
"hei kau....er..."
"Eun Ji"katanya.
"Eun Ji,jom ikut aku kejap!" memandangkan hari dah pagi,baik aku pergi sekarang!Jap,alamak...aku mana ada kenderaan...aduh masalah.Takkan aku nak naik bas.Buat malu je naik ngan pompuan ni...urhhh
pin!pin!
Kedengaran bunyi kereta di luar.Aku menjenguk melalui tingkap.
yes! tepat pada masanya!

------------------------------------------------

"driver ku!"berlari aku kearah dia.Aku memeluk dia lalu dia tersenyum dan membalas pelukan aku.
"ada apa datang ni? jangan cakap appa suruh balik..."tekaku.Aku buat muka cemberutku.
"Oh,taklah tuan muda,Tuan Kang Min suruh saya hantar kereta ni untuk tuan muda." serta-merta aku melompat.
wah!Mercedes putih ni....aku punya?!!!Seyes!
"seriously?"tanyaku mahu kepastian.Dia menangguk.
"Dia kata,nanti tuan muda nk beli barang-barang susah kalau takde kereta."aku hanya menganggguk.
"baiklah tuan muda,saya minta diri dulu.".
"eh,awak nak balik naik apa?"
"saya naik bas."
"takpe ke?".Dia mengangguk.Aku hanya membiarkan dia pergi.Dalam hati aku terdetik juga rasa simpati.
Kunci kereta yang diserahkan tadi aku genggam.Aku masuk ke dalam rumah untuk mengambil dompet dan jaket aku.Kelihatan Eun Ji sedang membelek-belek buku tadi.
"ya Eun Ji,kaja!"ajakku.Dia tersenyum,kemudian berlari menuju kearah aku.
Selesai mengkunci pintu,aku lihat Eun Ji mengelilingi kereta baru aku.Sesekali dia menyentuhnya dan mendekatkan mukanya kearah cermin kereta itu.
"Jung Kook,apa benda yang besar dan berkilat ni?"tanya dia.
"Seriously kau tak tau?"
Dia menggeleng.Aku tersenyum jahat.
"Ni haiwan peliharaan aku,dia akan makan kau kalau kau tak nak dengar cakap aku!" aku menghampiri kereta itu.
"betul tak,Kookie?"kataku sambil mengusap bumbung kereta itu sekali menekan butang unlock pada kunci aku menyebabkan kereta itu berbunyi.Reaksi Eun Ji? Dia terus menjauhkan diri daripada kereta itu dengan muka takut.
BHAHAHAHAHAHAH! SERIOUS DIA MEMANG TAK TAU NI KERETA! ketawa aku dalam hati.Nak sahaja aku melepaskan gelak di situ tapi aku mengawalnya.Takut kantoi kang.
"sekarang,masuk! Kita pergi beli baju kau."arahku.Dia membuat muka keliru.
"aish..."keluhku.
Aku pergi kearah pintu tempat duduk kiri bahagian depan dan membuka pintu untuknya.Dia pun masuk dengan teragak-agak.Muka takutnya membuatkan aku mahu tergelak.Apabila aku masuk kedalam,dia hanya duduk diam dan tidak berkutik satu bunyi pun.
"hei,pakai seatbelt." arahku.Dia membuat muka keliru sekali lagi.Hishi,nasib baik comel! eh jap,aku ni dah kenapa?
Aku pun memakaikan seatbelt untuk dia.Mukanya juga seakan takut.
"jangan risau,kau dengar cakap aku,Kookie pun akan suka pada kau..."kataku sambil mencium stereng kereta.Kereta itu melucur ke arah Mall.
---------------------------------------------
Sampai di mall.Aku membukakan pintu untuknya.Ketika aku ingin membuka seatbelt dia,dia telah membukanya dahulu.Bila aku tanya macam mana dia tahu nak buat,dia cakap dia ikut apa yang aku buat.
Keluar daripada kereta sahaja,Eun Ji mendapat perhatian ramai orang.Mungkin kerana pakaiannya.Sesetengah orang mengambil gambarnya dan sesetengahnya memandang pelik.Aku tidak peduli,aku menarik tangannya lalu menuju kearah butik pakaian wanita.Salah seorang daripada pembantu kedai butik itu datang menghampiri aku.
"Ya encik,boleh saya bantu?"katanya.Matanya pula asyik memerhatikan Eun Ji dari atas sampai bawah.Pandangannya pula pelik.
"saya nak awak carikan baju yang sesuai untuknya."
"baju casual atau formal?"tanya dia lagi.
"casual."jawabku pendek.
"silakan,cik."dia memandang Eun Ji sambil tangannya menunjuk kearah kawasan baju-baju casual.Eun Ji pula mengikuti langkahnya.
Aku beralih pada bahagian kasut wanita.Semasa memandu tadi aku terperasan yang dia memakai kasut terompah jepun yang lama dan lusuh.Jadi aku berniat nak belikannya kasut baharu,bukan apa.Aku malu kalau orang pandang Eun Ji ni macam apa.

Eun Ji P.O.V
tempat apa ni,luas dan terang.Cantik sangat.
Dia memerhatikan sekeliling.
"cik,saya cadangkan cik pakai baju ni.Sesuai dengan cik.Mesti teman lelaki cik tadi terpikat dengan cik."kata perempuan tadi.Dia menghulurkan gaun pendek yang berwarna merah.Aku mencapainya dan membelek-belek.Kemudian aku menggeleng.
"Pakaian ni peliklah."jawabku jujur.Dia membuat reaksi terkejut kemudian kembali tenang.
"Cik inilah trend sekarang.Gaun pendek bertali satu dan potongan dada berbentuk hati."terangnya.Aku menggeleng sekali lagi.
"gaun ini terlalu seksi."jawab aku.Aku sendiri mampu membayangkan diri aku dalam baju tersebut.Oh,tidak-tidak!

Dia mengangguk.
"Baiklah,saya faham..."katanya lalu kembali memilih baju lain.Aku memerhatikan baju-baju disitu.Tiba-tiba aku terpandang satu baju.
Wah,cantiknya!
Aku menarik tangan perempuan itu kearah rak baju yang aku lihat itu.Dia hanya mengikuti.
"baju ni sesuai tak?"tanyaku.Dia mengambil baju gaun berwarna merah jambu lembut pendek paras lutut itu lalu diukur di tubuhku.Kemudian dia tersenyum sambil mengangguk.
"apa kata cik cuba di bilik persalinan tu."katanya sambil menunjukkan ke bilik persalinan yang dikatanya.Aku masuk kedalam bilik itu lalu menguncinya.
Baju yukata itu aku tanggalkan dan menyarungkan baju gaun tadi.Baju yukata aku lipat secara kemas dan letak di rak tempat letak baju itu.
Apabila aku keluar,perempuan pembantu itu membulatkan matanya.
"cantiknya cik!Sesuai sangat!!"jeritnya sedikit.Matanya bersinar-bersinar.Tersipu malu aku dibuatnya.
"jom pergi kat boyfriend cik!"katanya sambil menarik tangan aku.
Boyfriend? apa benda tu?

Jung Kook P.O.V
kasut ni okey tak? tak,tak boleh.Kang terpelecok kang dia.
Aku meletakkan balik kasut tumit tinggi berwarna kuning tu.
"encik,encik!"panggil pembantu tadi.Dia menarik seseorang di belakangnya.
"girlfriend encik dah siap!"katanya.Mata aku membulat.Girlfriend? apekah?
Tiba-tiba mata aku tertacap pada orang yang dikatakan girlfriend aku tu.Eun Ji!

Selesai membeli baju Eun Ji.Kami berjalan ke restoran pizza.Dah lama aku teringin nak makan pizza.Sedar aku,Eun Ji dari tadi seperti cacing kepanasan.Apabila aku selesai memesan hidangan,aku memilih tempat duduk yang agak tersembunyi.
"kenapa ni Eun Ji?"tanyaku.Dia menghelakan nafas yang berat.Kemudian dia memandang aku dengan pandangan takut.
"Lelaki kat sana tu,asyik ikut kita je dari tadi..."bisiknya sambil memandang kearah yang dikatakan.Aku menoleh,ye..memang ada orang tengah pandang kami.Sekumpulan budak lelaki yang bermuka bawahan umur,sedang ketawa sambil mengenyitkan mata mereka ke arah Eun Ji.Aku kemudian bangun dan menuju kearah mereka.
"ya,apasal pandang dia macam tu?"tanyaku.Budak lelaki itu hanya ketawa memandang aku.
"hyung,tu girlfriend hyung ke? share ar sikit,cantiklah dia..."katanya.Yang lain ketawa.Salah seorang daripada mereka mengeluarkan telefon mahu mengambil gambar Eun Ji.Aku dengan segeranya,mencampakkan sudu ke arah tangannya.
KTANG!
Tepat kena telefon dia menyebabkan gambar yang diambilitu blur.Dia memandang aku dengan renungan maut.
"Aku bagi amaran terakhir,kau kacau girlfriend aku,pandang-pandang girlfriend aku,kenyit-kenyit mata kat girlfriend aku,aku korek biji mata korang."ugutku.
"eleh,macam berani!"cabarnya.
"memang aku berani pun,aku ni anak kepada Jeon Kang Min! Jutawan di negeri Busan ni! Kalau berani cabar,aku buat betul-betul dan campak korang ke Korea Utara!"tegasku.Mereka membulatkan mata.Serta merta mereka menunduk.
"Jung Kook,dah la...."pujuk Eun Ji yang dari tadi menjadi pemerhati dari jauh.Bila aku menoleh,dia masih ada ditempat duduknya sambil memerhatikan kad menu.Tapi macam mana suara dia macam dekat sangat kat telinga aku.

TearsWhere stories live. Discover now