Eun Ji,awak siapa sebenarnya?

114 12 0
                                    

"Eun Ji,awak ada panggil saya ke tadi?"
"hm? Takdelah.Kenapa?"tanya dia balik.Aku menggeleng.Pizza yang aku pesan tadi sudah sampai.Aromanya membangkitkan selera.Wow,bila aku tarik,kejunya pun tertarik.Huhu,macam iklan pizza pulak.
Eun Ji pada mulanya ragu-ragu mahu makan,terus berselera selepas aku suruh rasa kejunya.Matanya terus membulat dan makan dengan penuh selera.

"Ahh...sedapnya benda tadi tu.Apa namanya?"
"Tu pizza."terangku.Geli hati aku apabila melihat Eun Ji berjalan dengan penuh riang.Kasutnya pun telah aku tukar.Dia memilih sendiri kasutnya.Kasut sarung casual berwarna merah jambu.Nampaknya dia sangat sukakan warna merah jambu.

Eomma P.O.V
Ketika aku sedang memesan pizza untuk dibawa pulang,aku terdengar seperti suara Jung Kook yang sedang bergaduh dengan budak-budak bawahan umur tu.Bila aku mahu menuju kearah mereka,pizza yang aku pesan sudah siap.Bila aku menoleh,dia sudah tiada.
Hmm,bayangan je kot...
Aku berjalan ke butik pakaian formal.Aku mahu hadiri satu majlis formal jadi aku perlukan baju baharu.

Ah,leganya dah siap membeli barang.Boleh lah balik rumah berehat.Tiba-tiba aku terpandang satu susuk tubuh yang aku kenali.
Tak mungkinlah dia....
Namun hati aku mendesak.
"Jung Kook!"jeritku.Dia menoleh,sah!Memang sah dia!
"Eomma?"balasnya dengan riak terkejut.Aku memandang gadis di sebelahnya.Tuhanku,cantik sungguh!
Mukanya kecil lain dari gadis-gadis lain,matanya besar,asli lagi,Bulu matanya panjang dan melentik asli.Rambutnya di gayakan bangs dan hitam berkilat serta lurus ke paras pinggang.Dia mengikat reben berserta lonceng ditepinya dengan ikatan kecil.Terserlah kecomelannya!Hatinya tak berhenti-henti memuji gadis itu.Gadis itu tersenyum dan bow 90° tanda hormat.Mataku beralih ke muja Jung Kook.
"teman wanita kamu ke?"tanyaku ingin kepastian.
"oh,bukanlah Jung Kook pun tak..."
"shhh,jangan cakap apa-apa,lebih baik kamu jadikan teman wanita kamu sebelun dikebas orang lain."kataku memberi makna yang tersirat.Ah...dia berkenan sungguh dengan gadis itu.
"what's your name dear?"tanyaku dalam bahasa inggeris.Mukanya terpinga-pinga.Kemudian tersenyum kembali.
"Nama saya Eun Ji.Selamat berkenalan unnie..."balasnya membuatkan aku terkejut.Unnie?
"Saya eomma Jung Kook..."terangku.
"oh,yeke? maaf,saya ingat ahjuma ni kakak dia..." ujarnya sambil menundukkan kepalanya.
Aku tersenyum malu.
"Hish kamu ni,muka dah tua macam ni.Takkanlah saya kakak dia."
"Bagi saya mak cik ni masih muda."katanya.Kedengaran ikhlas.
"Jung Kook,kamu datang sini ada apa?"
"ah,saje je jalan-jalan.Kejap lagi nak melawat nenek."
Aku tersenyum senang.Lega hati aku melihat dia tidak marah lagi pada aku.
"Rumah yang appa bagi macam mana?"tanyaku.Dia terus berubah riak.Mukanya masam.
"Cantik! Tapi dalam kosong!"katanya.Aku tergelak melihat reaksinya.
Jung Kook,Jung Kook...anak yang paling eomma sayang.Maafkan eomma kalau selama ni eomma tak berlaku adil pada kamu dan abang kamu....
hatiku sayu tiba-tiba.
"Hm,dah la.Eomma nak cepat ni.Kamu jaga diri ya..."kataku.Dia bow 90° begitu juga dengan gadis sebelahnya.Aku berlalu pergi cepat-cepat.Tak mahu dia nampak mataku yang berkaca.

Eun Ji P.O.V
Entah kenapa.Sayunya aku dengar suaranya.Aku pandang Jung Kook yang sedang tekun memandu Kookie.Dia perasan yang aku tenung dia.Tiba-tiba dia berhenti.
"macam mana kau tahu bahasa inggeris?"tanya dia.
"ing....apa?"
"inggerislah,Inggeris!"ujarnya lagi.Nada suaranya berbaur geram.
"Entah,kan awak cakap yang eomma awak tanya nama saya,saya jawab la.Takde kene mengena pun dengan inggaras tu!"balasku bernada geram juga.
"Inggerislah! Apa yang inggarasnya!"balasnya balik.Dia ketawa.Kemudian terdiam.Dia pun tenung aku balik.
"Bila masa aku cakap kat kau yang eomma tanya nama kau?"
aku pun memandang dia dengan pandangan pelik.
Haih mamat ni,dia cakap pun takkan dia tak ingat? dah terhantuk ke?
"

hmm,abaikan jela..."
Kesian eomma Jung Kook...
"hei,macam mana kau tau nama aku?"
"ada tulis kat baju yang awak pakai pagi tadi..."
"ouh,uniform aku tu...hmm..."
keadaan menjadi sepi sekali lagi.

Jung Kook P.O.V
Wei,serius beb?
Tangga batu yang memanjang tu aku tenung.Biar betul,macam takde penghujung je.Haih,nak buat macam mana.Ni jelah cara untuk aku jumpa nenek.
Toleh sebelah,kelibat Eun Ji dah tak kelihatan.Bila aku mendongak,dia terlebih dahulu mendaki tangga tu.Sekarang dia jauh tinggalkan aku di belakang.
tengoklah nanti,sekejap je tu.Jap lagi,dia yang tergolek balik sebab penat.
Aku mula mendaki tangga tu.Hmm, nak tak nak terpaksa jugaklah.
"Hoi Eun Ji,tunggulah!"
Dia berhenti lalu menyengih.Kemudian dia menepuk-nepuk pergelangan tangannya.
Cis,nak perli ya aku daki lambat? jom tengok sape sampai dulu!
Kaki aku laju mandaki.Bergegar jugak pipi aku tapi tak sangka seronok.Eun Ji pula cuak mukanya,mula mendaki lebih laju.
"wargh!"Eun Ji tiba-tiba menjerit.Bila aku mendongak dan...
BAP!
"Kau ni dah kenapa?! kalau jatuh tergolek tadi sah-sah kau mati tau tak! Kalau tak mati pun kau patah tulang!" geram betul aku.Nasib baik aku sempat sambut.Kalau tak tak tau nak buat apa.
"maaf,ada benda menakutkan kat tangga tu..."
"apabenda?"
"tu..."tangannya menuding kearah itu.
Aku menjenguk.Kay,labah-labah rupanya.
"Takde apa-apalah.Jom."
Eun Ji melepasi tangga yang ada labah-labah tu.Kemudian dia memandang aku dengan pandangan nakal.
"Hoi,kau jangan..."
Belum habis cakap,dia dah pun memecut naik atas.
Kureng asam betul!
Sampai di puncak tangga tu,tersergam megah sebuah tokong lama.Kelihatan Eun Ji sedang berdiri di bawah pokok besar.Tu pokok sakura tapi bunganya belum mekar lagi.Aku mendekati Eun Ji.Tinggi dia hanya separas leher aku.Aku terpandang wajahnya,murung.
"Kenapa?" dia hanya menggeleng.Kemudian tersenyum.
"anak ni cari siapa ya?" tanya satu suara.Aku agak terkejut.Bila pusing belakang...
"Nenek!"

"Masuklah,pelawa Eun Ji sekali."
Aku berkerut,nenek tahu nama Eun Ji?
"Panjang ceritanya,nanti nenek ceritakan..."sambug nenek.Macam tau-tau je apa yang aku fikirkan.Eun Ji masuk,matanya melilau.Entah apa yang difikirkan.

Eun Ji P.O.V
"Eun Ji..."panggil nenek lembut.Aku menoleh lalu datang dekat dengan nenek.
"Kamu gadis rebutan ramai,
mereka tanpa tau asal usul kamu,
ingin mengelilingi kamu,
namun ingatlah,
kehadiran kamu ke sini,
untuk melindungi dia,
dia dalam bahaya,
kamu harus disisi dia dimana sahaja,
jangan sampai suka dia sebab akhirnya suka menjadi duka,
kamu akan kembali ke tempat asal,
apabila semuanya kembali normal."bisik nenek.Aku terdiam.Memandang nenek.Pandangannya seribu satu rahsia terkandung.
"apa maksud nenek?" nenek hanya tersenyum.
"Kamu keluar dulu, Jung Kook nenek nak bercakap dengan kamu."
Aku pun melangkah keluar.Kemudian aku menuju ke arah pokok sakura tadi.Sayunya...aku dapat rasakan yang pokok ni sedang bersedih.
psrik!sriik!
Semak pada belakang pokok itu bergerak-gerak.Aku menghampiri.Tiba-tiba rantai yang aku pakai bercahaya.
"Ish kenapa ni?"
Zap!!!
Sebatang anak panah tercacak di pokok sakura itu.Betul-betul disebelah wajah ku.Bila aku mencari gerangan siapa yang memanah tu,aku terlihat bayangan seseorang.
Aku takut,terus berlalu.Jung Kook yang tadi berbual dengan nenek ku lihat sedang memakai kasutnya.
"Dah siap ke?"
Dia mengangguk.
"Jom,aku nak beli barang untuk rumah.
"ouh key..."balasku.Ketika kami hendak turun melalui tangga,kami berlumba juga.Ianya sangat seronok bersama Jung Kook.

Jung Kook P.O.V
"Eun Ji tu nenek panggil datang ke sini untuk melindungi kamu.Nyawa kamu dalam bahaya.Eun Ji bukan sebarang orang.Dia mempunyai kuasa untuk melindungi kamu.Mungkin buat masa ni dia tak ingat.Balik nanti,bagi dia baca buku yang nenek tinggalkan untuk kamu.Dia pasti akan ingat..."
"macam mana nenek boleh tinggalkan buku tu kat situ?"
"sebab nenek tahu kamu suka pergi ke tempat itu..."
Aku terharu,rupanya masih ada yang mengambil berat tentang diriku.Pandang Eun Ji,dia sudah tertidur.Raut wajahnya menimbulkan seribu satu tanda tanya.Eun Ji,siapa kau sebenarnya?

TearsWhere stories live. Discover now