Mwo? Pelajar Baru?!

103 13 0
                                    

Jung Kook P.O.V
"Okey,okey sofa tu encik letak situ.Almari tu pula kat situ dan bla,bla,bla...siap!"
Aku membayar upah kepada tukang angkat barang tu.Huh,nasib baik sempat jugak aku beli dan decorate rumah.Mahal ke tak,aku sambar je.
Eun Ji kelihatan teruja,dia melabuhkan punggung di sofa baru itu.Dia kemudian melantun-lantunkan badannya diatas sofa itu.Aku tersenyum.
"Hoi kau,nanti kau tidur kat bilik sebelah bilik aku tau!" dia hanya mengangguk.Aku menuju ke dapur kemudian membuka peti ais baru aku itu,chewah!
Pap!
Argh! pabo Jung Kook!
Bodoh betul aku rasa diri aku ni.Peti ais punyalah besar megah sampai aku pun boleh masuk tapi isinya? habuk pun takde! Licin berkilat!
Huh,malas la aku nak beli barang,makan kat luar je! Balik sekolah esok aku beli la.
Yup,cuti 2 minggu tu memang lip,lap,lip,lap dah...esok naik sekolah.
Apa aku buat? Uruskan rumah,kerja sekolah,layan si Eun Ji kejap tanya itu ini dan menenangkan diri apabila Eun Ji dah ingat dirinya dan...EUN JI ADA KUASA!
Bila difikirkan balik aku rasa semuanya mimpi sebab bangun tido je,hampir separuh ruang tamu aku beku dek Eun Ji.Bila ditanya dia buat apa,dia jawab yang ais tu keluar dari tangan dia.Mula-mula aku tak percaya tapi lepas dia pegang dinding rumah tu dan semakin beku jadinya,barulah aku percaya.Nak tak nak,daki tangga lagilah nak jumpa nenek.
"Eun Ji,jom keluar.Kita makan malam kat luar."
"Kita nak makan pizza ke?"tanya dia.Matanya bercahaya.Aku tergelak.Lah,dia dah 'jatuh cinta' kat pizza ke?
"Haah,jom!"
Sampai di restoran Pizza Hut,Eun Ji keluar dari kereta dengan riang sekali.Hmm,ada kemajuan.Dia dah tau yang kereta tu apa dan dah reti bukak pintu sendiri.Mula-mula dia merajuk bila dapat tau yang aku tipu dia pasal kereta tu tapi lepas tayang ayam goreng je dia dah tersenyum dan tak merajuk lagi.Hidup aku tak sunyi sebab ada Eun Ji.
"Unnie,bagi saya hot cheesy sausage pizza saiz besar!"order Eun Ji.Aku menggelengkan kepala.Dah maklum dengan perangai dia.Yang peliknya habis pulak pizza tu sedangkan aku makan saiz sederhana pun dah tak muat perut.
"Eun Ji,esok aku takde kat rumah tau."
"eeh...awak nak pergi mana?"tanya dia.Dia tayang muka comel dia dengan manyun.Mata warna pink asli dia nampak besar.
"Dari mana kau belajar buat muka ni?"
"Dalam cerita Puss In Boot!"jawabnya.Dia terus mengangkat mukanya.Teruja betul dia.
"Yang cerita kucing warna oren tolong telur besar cari telur emas ke?" tanya aku.Dia mengangguk laju.Semuanya sebab dia suruh aku beli DVD tu.Katanya kucing tu comel.Mau seratus kali diulang cerita tu.
"ya,awak tak jawab lagi soalan saya."
"ouh,esok aku kena pergi sekolah." dia menangguk.
"kau tahu tak apa benda tu sekolah?"tanyaku apabila dia terus diam.
"Tau.Sekolah tu tempat orang belajar untuk jadi pandai."jawabnya dengan yakin.Aku mengangguk.
"Jadi esok aku takde kat rumah,kau kalau nak makan nanti kau beli la pizza.Nanti aku tinggalkan duit.Dia hanya menangguk sebab dia pernah lihat aku memesan pizza ke rumah.Harap esok semua berlaku dengan lancar.

Gwi,gwi,gwiyomi,gwiyomi!
PAP!
Mataku buka perlahan-lahan.Jam aku kerling,ah.....malasnya.Kaki tetap berayun melangkah ke bilik air.Siap mandi,sarapan aku beli je la nanti.Aku buka pintu bilik Eun Ji,dia masih tidur.Aku tinggalkan nota serta duit untuk dia pesan pizza nanti.Hope this is good day!

Eun Ji P.O.V
Bila dengar bunyi pintu ditutup,cepat-cepat aku bangun.
Huh! Boringnya kalau Jung Kook takde nanti!
Aku menjenguk ke tingkap, Jung Kook dah berlalu pergi.Kaki melangkah ke ruang tamu.Kemudian bilik Jung Kook.Bila aku buka je...Wah! Besarnya bilik dia! Mata aku tertumpu pada satu gambar yang terselit di buku-buku belajarnya.
Bila capai,gambar rakan sekelas dia.Aku perhatikan betul-betul baju uniform pelajar perempuan kelasnya.
Yes,dah tau macam mana nak buat!

Jong Hyun P.O.V
Masa langkah masuk pagar sekolah je,ada beberapa pelajar perempuan datang kearah aku.Hmm,nak buat aku memang popular,haha!
Tiba-tiba mata aku menangkap kelibat Jung Kook,bila aku menghampiri...yup,memang betul pun dia.
"Yo wassup Shaman!"jeritku kuat.Semua mata menumpukan kearah aku kemudian ke arah Jung Kook.Dia hanya mengabaikan aku.Aku pun berlari kearah dia.
"bro,rilek la.Jom borak jap."
splash!
"HAHAHAHAHAHA!!!!!"ketawa kuat  aku dibuatnya.Mana taknya,geng aku,Kai mencampak belon air kearah Jung Kook.Tepat kena kepala dia menyebabkan rambut dan bajunya basah lencun.Dia hanya merenung aku.Seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"apesal kau nak pandang aku macam tu?"tanya aku.
"apasal kau selalu berlagak hero longkang?"tanya dia balik.Ayat dia membuatkan hati aku panas.
"Siapa hero longkang?! Mulut kau tu jaga sikitlah cucu Shaman!"balasku.
"Ada sesiapa kisah aku ni cucu Shaman ke apa? Yang kau nak beria cari salah apesal? baik kau tenung diri kau tu! Tak sedar diri!!"marah dia.Kali pertama suaranya meninggi.Semua pelajar fokus kearah kami berdua.
"kau tu yang tak...."
"Maaflah klau aku bukak aib kau tapi aku rasa memang patut pun satu sekolah ni tau yang kekayaan keluarga kau tu sebenarnya pinjaman sahaja! Pinjaman daripada keluarga aku! Semuanya sebab syarikat ayah kau muflis,sebab kesian bapak aku derma berjuta won nak tolong bapak kau.Dan akhirnya mak,bapak dan kau lupa diri! Diri sendiri tak sedar lagi nak sedarkan orang lain pulak! Dan jangan ingat yang aku tak tau bapak kaulah pemfitnah mengatakan nenek aku tu psiko sampai dihalau dari rumah tu! Lain kali,sebelum pergi sekolah,kau bukak lampu terang-terang kat bilik kau,berdiri depan cermin dan pegang lampu suluh! Suluh diri kau tu,betul ke tak!" marahnya sebelum aku habis berkata lagi.Pelajar sekeliling berbisik-bisik sesama sendiri.
"mulut kau tu jaga sikit!" aku mengepalkan penumbuk.Malu sungguh rahsia keluarga aku terbuka!
Tangan aku hayunkan tapi tak mengena pipi Jung Kook sebab ada seseorang tolak dia kebelakang.
"hentikan semua ni!"jeritnya.Aku pandang dia yang bru menyelamatkan Jung Kook daripada terkene tumbukan aku.IU rupanya.Huh, apahal dia backup mamat ni pulak?
"apa ni IU? asal awak bela laki ni!"marahku.Geram betul bila wanita idaman aku membela dia.
"awak tak apa-apa Jung Kook?"tanya dia kepada Jung Kook membiarkan soalan aku berlalu pergi,senyap,sepi dan kriks.
Jung Kook bangun daripada jatuh akibat ditolak oleh IU.Apabila IU cuba ingin memegang tangannya,dia menolak IU ke tepi dan berlalu.Sempat dia melanggar bahuku.
Huh,kurang ajar!

Jung Kook P.O.V
Muka aku merah.Yelah,tak pernah-pernah IU tegur dia.Kali ni IU menghalang Jong Hyun daripada menumbuknya.Dia memang sukakan IU.Gadis manis,berambut panjang ikal mayang dan bermata besar.Ah,tiada sesiapa yang lagi cantik daripada dia.
Eun Ji lagi cantik dari IU.
Bak!
Terlepas buku tu dari tangan dia.Woi...asal teringat Eun Ji pulak ni.Hm,entah apa la yang Eun Ji buat kat rumah sekarang ni.Tidur lagi kot...

"bangun kelas!"kata ketua kelas apabila cikgu melangkah masuk.
"Selamat pagi cikgu!"
"selamat pagi murid-murid.Baiklah saya nak umumkan sesuatu.Sila duduk.
Pengunguman.Serius malas nak dengar.Apa lagi tidurlah.
"hari ni kamu semua ada rakan sekelas yang baharu.Silakan masuk."
Masuk telinga kiri,keluar telinga kanan.
"Baiklah,perkenalkan diri kamu."
"Anyeonghaseo,Eun Ji imnida.Saya dari Busan.Disini saya ada kenal seseorang..."
ZUP!
Badan automatik tegak 90° darjah.Eun Ji?! dia tersengih memandang aku.Kemudian dia menunjuk kearah aku menyebabkan semua disitu menoleh memandang aku.
"Jeon Jung Kook!"

kring!

"Eun Ji jom makan dengan kitorang!"
Menyesal kau ajak dia makan.Dia ni kuat makan.
"Eun Ji awak ada phone tak? Jenama apa?"
Dah takde keje ke sebok nak tau jenama bagai?
"Eun Ji awak tinggal kat mana?"
Okey,soalan ni aku takut.Diorang akan terkejut dan mesti fikir yang bukan-bukan bila dapat tau yang dia tinggal dengan aku.
"Eun Ji,awak dah ada boyfriend?"
Okey,cukuplah!!
Aku bangun lalu menarik tangan Eun Ji keluar dari kelas.Pergi kantin,aku beli 2 roti kaya dan 2 kotak air susu.Kemudian menarik dia kearah bumbung sekolah.Siap kau Eun Ji.Tau la aku nak denda kau apa!

TearsWhere stories live. Discover now