Konsert pertama Eun Ji!

105 11 0
                                    

Jung Kook P.O.V
"ya! macam mana kau boleh ada kat sekolah ni pulak?"
"awak lupa ke? kan saya ada kuasa untuk mengawal minda orang!"
"bukan tu yang aku nak dengarlah!"
Eun Ji ketawa.Panas hati aku.Orang serius boleh pulak dia main-main.
"saya jumpa nenek tadi.Nenek cakap awak bakal ditimpa masalah yang besar,jadi dia suruh saya bersekolah sama dengan awak!"
"nenek ke yang uruskan?"
"haah"
Aduh,masak aku.
"dengar ni,kau boleh buat apa je yang kau nak buat tapi jangan cakap yang kau tinggal satu rumah ngan aku!"
"kenapa?"
"nanti mesti kecoh!"
"takpelah,bagitau diorang yang kita ni kapal!"
"Hah? kapal?"
Eun Ji menggaru kepalanya.
"Ala..yang singkatan untuk orang bercinta tu!"
"Tu couple la!"ketawa aku terburai.Aduh,jauh betul bunyi kapal dengan couple tu.
Eun Ji pun turut tertawa.
"hei Jung Kook,apabenda yang namanya K-Pop tu?"
aku memandang pelik,dari mana pulak dia tau perkataan kpop tu? Ni mesti kerja budak perempuan kelas aku.Maklumlah,datang sekolah terus laju topik Big Bang,BTS,EXO dan macam-macam lagi.
"K-pop tu korea pop."
"Yang menyanyi sambil menari tu ke?" Eun Ji mengundurkan dirinya kebelakang sedikit.Membulat mata aku apabila dia menari tarian Bang Bang Bang daripada kumpulan Big Bang! Lancar dan tangkas seperti yang betul-betul Big Bang menari.Aku terbit cemburu,yelah...aku ni VIP Big Bang,tapi tak berapa pandai menari.Eun Ji menamatkan tariannya dengan penuh karisma.Badannya membelakangi aku dan tangannya membuat tabik sambil kepala ditundukkan sedikit.
Pap!pap!pap!
Bunyi tepukan tangan kembali menyedarkan aku.Bila menoleh,Suga dengan mulut ternganga besar,datang menuju kearah aku dengan tangan yang masih bertepuk.
"Neomu daebak!"dia menaikkan thumbs ke arah Eun Ji.Eun Ji hanya tersipu-sipu dan berlari menyorok dibelakang aku.
"Hebat gila kawan kau! Kawan aku pun menari tapi taklah hebat macam dia.Lagi mengejutkan yang dia ni perempuan!"kata Suga.Matanya bersinar-sinar.
"Entahlah,aku pun terkejut jugak.Dari mana entah dia belajar."Aku cuba bergurau.Yalah,kekok bila aku menghadap Suga.Aku bukannya ramai kawan pon.
"Nama dia Eun Ji,dia pelajar baru kat sini."
"oh,hai Eun Ji nama saya Min Yoo Gi tapi panggil saya Suga."
"Suga?" Eun Ji yang dari tadi membisu dibelakang aku,mula keluar.
"yup,tu gelaran yang kawan saya bagi kat saya."
"kenapa?"aku bersuara pula.Ingin tahu kenapa.
"Sebab diorang kata senyuman saya manis.Jadi diorang panggil saya Suga."dia ketawa selepas berkata.Eun Ji pun turut ketawa.
"Awak memang comel!"kata Eun Ji.Suga hanya tersipu-sipu malu.
"kamsahamida..."
Aku terasa sesuatu didalam hati.Entah kenapa hati aku sakit bila Eun Ji kata Suga comel.Hmm,pelik betul.

"Eun Ji,awak nak buat konsert tak?"
"konsert?"
Aku membeliakkan mata aku.Konsert apa benda pulak ni?
"Yup,kawan saya dia nak buat persembahan untuk hari pelajar nanti tapi dia kekurangan dua ahli.Jadi alang-alang saya nampak bakat terpendam awak,saya offer kat awak.Jung Kook,kalau awak nak masuk pun boleh."
"eh,saya tak pandai menarilah."
"Tak,jangan tertipu Suga! Dia pandai menari,hari tu saya ternampak dia menari dalam bilik dia!"
Zup!!!
Aku cepat-cepat menutup mulut Eun Ji.Kalau pasal rahsia aku pandai menari tu aku tak kisah tapi Eun Ji sebut dalam bilik dia tadi!
Suga terpinga-pinga.Tapi selepas tu dia senyum.
"Takpe saya faham,jadi tak awak berdua nak masuk?"
"baiklah,kami berdua akan masuk!"jawabku spontan ingin menutup rahsia tadi.
"Baiklah,selepas waktu balik nanti,pukul 1.30 petang,kat bilik latihan sebelah bilik muzik bangunan block G!"kata Suga sambil melambai-lambai tangannya.Dia pun hilang dari pandangan.Aku memandang tajam kearah Eun Ji.Dia hanya tersenyum seperti kerang busuk.

TearsWhere stories live. Discover now