Jung Kook P.O.V
"Eun Ji? Eun Ji!!!" suara Ji Min dapat perhatian ramai.IU aku tolak sampai dia jatuh terduduk.Bibir aku kesat dengan kasar.Aku meluru ke arah Eun Ji.
Kamu kena pakai rantai tu selalu.Jaga baik-baik.Ingat nasihat nenek,bila terdetik perasaan suka terhadap Eun Ji,cepat-cepatlah buang.Sebab kalau kamu bermesra atau pun berkucup dengan perempuan lain, Eun Ji akan cedera.Bukan luaran tapi dalamannya.Petanda Eun Ji tercedera,kamu lihat pada rantai itu kerana rantai itu adalah jiwa Eun Ji.
Terngiang-ngiang pesanan nenek.
"Biar saya hantar dia pergi bilik rawatan!" kata Ji Min.Dia dah bersiap sedia untuk mengangkat tubuh Eun Ji.
"takpe,biar saya bawa dia." kataku.Ji Min hanya mengangguk.Tubuh kecil Eun Ji tu aku dukung.Badannya terasa menggeletar.
"Nanti dulu,Jung Kook!" jerit IU seraya menarik tangan aku sehingga hampir membuatkan Eun Ji terjatuh dari pegangan aku.
"berani awak dukung perempuan lain tanpa izin saya, saya tak..."
"pergi mampus dengan hubungan rekaan awak tu! Awak fikir lawak ke awak buat macam ni lepas tu tanpa segan silu awak cium saya depan orang ramai.Jadi mahal sikitlah,jangan jadi perempuan murahan! Mudah sangat cium lelaki! Entah-entah dah banyak lelaki awak cium! Ingat,sekarang ni saya masih bersabar! Kalau awak berani dekatkan diri awak dengan saya dan Eun Ji,saya simbah mulut awak guna asid!!!" tempik aku.Aku tak kira kalau mereka nak mengata atau memfitnah aku tapi Eun Ji tak bersalah dalam hal ni!
Langkah aku lajukan.Tiba-tiba aku rasa dada aku dicengkam.Bila aku lihat,Eun Ji sedang menangis.Aku letakkan dia dikerusi berehat di tepi tandas perempuan.Rasa bersalah mula menebal.
"awak okey?"
"sa...kit..."katanya perlahan.Bahunya terhinjut-hinjut menahan esakan.
"maaf,maafkan saya Eun Ji..."bisikku.Bila aku lihat,dia kembali diam.Rupanya dia telah tertidur.Tubuhnya aku angkat sekali lagi dan membawanya ke bilik rawatan.Nurse kat dalam tu takde lalu aku hanya masuk dan letakkan Eun Ji di katil ketiga dan paling hujung sekali.Wajah tenangnya aku tenung.Kemudian aku keluarkan rantai delima tu.Bila aku perhatikan,rantai delima itu retak sedikit.
"Jung...Kook..." Eun Ji menarik hujung lengan baju aku.
"ya,Eun Ji?"tanyaku.
Maafkan aku Eun Ji...maafkan aku...
Mata Eun Ji bergenang.
"Jangan sebut lagi perkataan maaf..."
"kenapa?"tanyaku.
"Ianya...cukup menyakitkan..."sambung Eun Ji,empangan air matanya tumpah.Dia menangis teresak-esak.Badan dia mengiringkan ke arah kiri.Membelakangi aku.Esakannya semakin perlahan.
Pap!
Nak tergolek ke belakang aku dibuatnya bila dia bangun laju tiba-tiba! Tak ubah macam mayat hidup semula! Kemudian dia pandang aku sambil tersengih.
"Lapar la..."dia menepuk-nepuk perutnya.
Haih...dia ni dah kenapa?Pintu bilik muzik itu dibuka.Suga,Ji Min,V,J-hope dan Rap Monster datang tergesa-gesa ke arah aku dan Eun Ji.
"Eun Ji awak tak apa-apa?"tanya Rap Monster bimbang.Eun Ji menggeleng ceria.Semua menghela nafas lega.
"Habis tu kenapa awak pengsan tadi?"tanya Ji Min pula.
"Ouh,tadi saya lapar la...tak makan masa rehat tadi." jawapan Eun Ji membuatkan mereka ketawa.Aku pun turut ketawa namun ketawa yang penuh kepura-puraan.Sebab mungkin dalam hati Eun Ji dia masih lagi sakit tapi tak nak orang lain tau.
Kami mula berlatih.Sorang demi sorang memuji aku dan Eun Ji sebab hebat menari.Well,tengok hidung la.
"Persembahan kita akan berlangsung selepas habis persembahan yang ketiga.Macam yang kita berlatih, permulaan kita lagu Attack On Bangtan.Kemudian lagu Just one day diikuti danger dan i need u."terang Rap Monster.
"Tapi tak pelik ke kalau saya sorang je perempuan dalam grup ni? BTS kan ada 7 orang je tapi sekarang ni kita ada 8 orang..."tanya Eun Ji.
"Hmm,itu awak jangan risau.Sebab kitorang ada plan sesuatu..." jelas Jin.Dia memandang aku dan Eun Ji berganti-ganti kemudian menguntumkan senyuman."konsep pakaian kita merah putih gaya hip hop.Jadi sekarang saya nak ukur saiz baju korang.Petang ni saya nak pergi beli.Jung Kook,awak teman saya boleh?"
Pelawaan Suga aku terima.Baju sweater hitam aku capai dan topi DOPE aku sarungkan ke kepala.
"Eun Ji,dah siap ke belum?" aku mengetuk pintu bilik Eun Ji.
"Kejap!" jerit Eun Ji dari dalam.Pintu biliknya dibuka.
Wah,cantiknya dia!
Eun Ji mengenakan Baju blaus putih dan seluar fit hitam.Rambut panjangnya diikat ponytail dan rambut bangnya dibiarkan seperti biasa.Sangat comel!
"kenapa tengok macam tu?" katanya.Cepat-cepat aku melarikan pandangan ke arah lain.
"Cepatlah,Suga mesti dah lama tunggu." aku menarik tangannya.Sungguh,tak tau kenapa tapi hati aku bahagia bila buat begitu.
YOU ARE READING
Tears
FanfictionCerita mengenai seorang watak cerita dalam buku komik terkeluar ke dunia nyata atas suatu insiden.Jeon Jung Kook,remaja lelaki berumur 18 tahun anak kepada VIP dipulaukan disekolahnya hanya disebabkan dia seorang cucu kepada seorang Shaman.Lebih ter...