Hukuman Rantai Magis

111 9 0
                                    

Eun Ji P.O.V

Konsert tu akan diadakan di pentas sekolah.Semua pelajar akan melihat ke arah aku.
Argh,malunya! Tiba-tiba rasa macam nak tarik diri pulak,tapi nanti  Suga kecil hati.Kini aku dah seorang rakan baharu,Min Yoo Gi.Aku panggil dia Min Suga, bila dia tanya kenapa,aku cakap nama Min tu sedap bila disebut.Jadi aku panggil dia Min Suga.
"Weh Eun Ji,kau ni dah kenapa senyum sorang-sorang?"
Aku nenoleh,Jung Kook.Dengan kepala yang dibaringkan kearah aku,dia memandang aku.Aku hanya tersenyum.
"Jung Kook,kalau nanti kita buat persembahan,semua orang akan tengok kat kita kan?"
"mestilah dah kita kat atas pentas,takkan orang nak tengok persembahan kita pandang dinding pulak."
Aku tergelak.Mata aku tertacap pada suatu susuk tubuh yang datang mendekati kami berdua.
"Hai Jung Kook,saya dengar awak sertai persembahan tu,betul ke?"tanya si dia.Jung Kook cepat-cepat menegakkan tubuhnya.
"ah,ya...saya masuk dengan Eun Ji."
"Eun Ji?"kemudian gadis tu memandang aku.
"oh,ni Eun Ji pelajar baru kat sini.Eun Ji,ni IU"bagitahu Jung Kook.Aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.Dia menyambut dengan senyuman.Senyuman sinis.
cis,datang pulak minah mana nak rembat Jung Kook ni dari aku...
Tergamam aku.Ya,tadi tu suara hati IU.Berani dia cakap aku ni minah? Muka aku kelatkan.Aku tahu Jung Kook sedang memerhatikan aku.
"um,IU...kitorang nak kena pergi ni.Jom Eun Ji"kata Jung Kook sambil menarik tangan aku.Ketika lalu disebelah dia,IU menghadiahkan aku jelingan.Hamboi....Weh,aku pun boleh jeling kau la!Lagi kuat jeling aku sampai juling!
Jung Kook menarik aku,beg aku dia tolong bawakkan double dengan beg dia.
"Huh,gadis macam tu pun awak suka,apalah!"kataku.Aku dapat lihat muka Jung Kook memerah.
"Bila masa saya suka dia pulak ni?"
"lupa ke,saya boleh baca isi hati orang lain!"
"dah tu,awak cemburu ke?"
"takde masa!"
"habis tu,apahal muka awak masam kalahkan kimchi basi?"
"HEI!!"jeritku.Jahat betul samakan muka aku dengan kimchi basi!Dia mengetawakan aku.
"saya marah sebab dia cakap saya minah!"
"bila masa pulak dia cakap saya tak dengar pun!"jawab Jung Kook.Suara dia kedengaran tidak puas hati.Amboi,dia bela IU!
"Dalam hatilah! Berapa kali saya nak cakap yang saya boleh baca isi hati orang lain! Cublah fikir!!!" aku marah dia.Jung Kook terpana.Aku pun sama.Tak pernah-pernah aku marah dia sampai macam ni sekali.Aku terus lari.Dia memanggil nama aku tapi aku tak menoleh sebaliknya lari tanpa tahu arah tuju.Hish,kenapa hati aku ni? Sakit macam kena sembilu!!!

Bump!
"aduh.."
"auw..."
Aku mendongak,
"maaf,maafkan saya!"aku bow 90° kepada dia.Jejaka dihadapan aku hanya tersenyum manis.
"Maaf,maafkan saya err...awak okeykan?"
"ya...maafkan saya juga sebab langgar awak tadi."
"ah,bukan.Saya yang langgar awak tadi jadi saya yang salah."
Dia tersenyum.
"Hmm yelah,awak ni kenapa lari pejam mata? Kena kejar dengan hantu ke?"
Alamak! Malunya ada orang nampak!
"ouh ah...er..."
"hm,takpelah.Awak nak pergi mana sebenarnya?"
"Saya nak pergi bilik latihan sebelah bilik muzik block..."
Aku cuba mengingati block yang disebut Min Suga.Jari telunjukku diletakkan ditepi dahiku.
"awak nak pergi block G?"teka jejaka tu.
"haah! Hebat,macam mana awak tau?"
"Dalam sekolah ni bilik muzik tu je adalah satu-satunya bilik muzik yang ada diblock G...nanti kejap..."jejaka itu memandang aku.
"Awak ni Eun Ji ke?"
"Ya,kenapa? Macam mana awak tau?"
"Kawan saya,Suga.Beritahu saya ada dua orang pelajar akan sertai persembahan kami tu."
"ouh Suga! Saya kenal dia.Dan sayalah orang tu! Selamat berkenalan,nama saya Eun Ji.Sila beri tunjuk ajar."aku bow 90° kepadanya.
"Selamat berkenalan,nama saya Ji Min, Park Ji Min."
Selepas itu,tak sangka kami jadi rapat.Semasa berjalan menuju ke bilik muzik,pelajar-pelajar perempuan disekeliling berbisik-bisik.Bila aku baca isi hati diorang,hm...padanlah.Diorang minat Ji Min rupanya.Gembira betul aku,tak sangka bila sertai persembahan ni,aku makin dapat ramai kawan baru.

Jung Kook P.O.V
Hish! Mana pulak si Eun Ji ni...
Berlari aku ke sana ke sini tak jumpa-jumpa jugak.
"hai Jung Kook!"
"opocot Eun Ji kimchi basi!"aku menoleh.Kelihatan IU sedang menahan mulutnya daripada ketawa.Aduh,malunya dia dengar aku melatah.
"jahatnya awak cakap Eun Ji kimchi basi!"kata IU dengan ketawa yang berbaki.Aku turut ketawa apabila mendengar ketawa dia.
"umm,IU awak ada nampak Eun Ji tak tadi?"
Kedengaran IU mendengus halus tapi aku abaikan.
"takde pula,bukan tadi awak dengan dia ke?"
"hm,kitorang gaduh tadi..."
"Apesal awak gaduh ngan dia?"
"dia marah saya sebab saya cakap muka dia macam kimchi basi!" terus terhambur ketawa aku dan IU.Tiba-tiba IU terus senyap.Matanya tajam memandang belakang aku.Bila aku menoleh, Eun Ji.Dengan seorang lelaki disebelahnya.Lelaki tu memandang aku dengan pandangan keliru.
"Jomlah Ji Min!" bulat mata aku apabila Eun Ji menarik tangan lelaki yang bernama Ji Min itu.Bayang mereka terus hilang dari situ.
"well look...she is the player..."kata IU dengan sinis suaranya.
Aku terdiam.Hati aku terdetik sesuatu apabila IU mengata Eun Ji.
"Dah la IU,saya nak kena pergi."aku terus meninggalkan IU disitu berseorangan.Entah kenapa perasaan suka aku kat IU semakin pudar.

We roll,we roll,we roll!
Everybody say no!

Bap!
Eun Ji membuat satu pusingan di udara.Semua disitu ternganga dengan kebolehan dia.
"wah,siapa dia tu?"
"memang macam BTS betul la!"
"Mesti ARMY fanatik! Sebijik terer gila!"
"Dah la hebat,cantik pulak tu!"
Puji orang sekeliling.Aku pun memuji juga,tapi dalam hatilah.Dari tadi Eun Ji tak tegur aku.Dia hanya bercakap dengan Suga,Jimin,V,Rap ,Monster dan J-Hope.Aku hanya angguk dan ketawa.Sungguh,dingin gila Eun Ji.
"attention everyone!"
Semua memandang ke arah suara itu.Kelihatan IU,dengan rambut diikat ponytail,berseluar pendek ketat dan dipinggangnya diikat dengan sweater labuh.Cukup seksi bagi aku.Terus aku pandang tempat lain.Malu nak pandang.
"mulai sekarang secara rasminya, saya dan Jung Kook bercinta!"
"Hah?!"aku terjerit.Bukan aku seorang malah orang disekeliling aku juga begitu lalu memandang aku.
IU,APA KAU MEREPEK PULAK NI?!

Eun Ji P.O.V
Ap..apa?!
Tapi Jung Kook tak suka dia pun!
"Kenapa sayang,kenapa kita mesti berahsia? Bagitau jelah diorang yang kita ni bercinta.."kata IU dengan suara gediks dia tu.Dia mendekati Jung Kook.Dia sempat menjeling aku.Sinis sungguh.Tiba-tiba hati aku pedih,bukan sakit hati tapi sakit yang betul-betul sakit!
"Argh..." aku berpaut pada Ji Min yang berada disebelah aku.Tangan aku memegang dada.Sakitnya!
"Eun Ji? Kenapa ni?" Ji Min berkata kemudian kedengaran suara orang riuh-rendah dan bila aku mendongak....
IU dan Jung Kook sedang bercium.Tapi didalam hati Jung Kook dia tak rela dan memaki hamun IU.Tapi semua tu terlambat.Pandangan aku kabur dan kepala aku pening.
"Eun Ji!"kedengaran suara Ji Min tapi hanya sayup-sayup sahaja.Keadaan terus menjadi gelap dan sepi.Aku dah tak dengar atau lihat apa-apa lagi.

TearsWhere stories live. Discover now