Pelindung

144 10 0
                                    

Aish,ni salah satu mata pelajaran yang paling aku tak suke!
Keluh Jungkook dalam hati.

Jong Hyun P.O.V
"weh korang sini jap!" jerit aku panggil bebudak lelaki yang tengah sibuk praktis main basketball.Orang ramai mula memandang aku sambil berbisik-bisik tapi lantak dioranglah.Dah kene nanti diamlahh tu.
"CEPATLAH! TERHEGEH-HEGEH PULAK!" marah aku apabila mereka semua saling pandang-memandang.Lepas dah kena jerit baru terkulat-kulat datang.
"ad...ada...apa?" tanya budak lelaki yang bernama Suga dengan gagap.
" aku nak sruh kau buat keje sikit." berhenti kejap kemudian aku memandang sekeliling.
"aku nak masa kita PJ nanti,kau baling bola kau kuat-kuat kat budak laki tu!" arah aku sambil menunjuk ke arah Jung Kook yang sedang menyalin pakaiannya.
"tapi..."
"Ah,takde tapi tapi!!! Aku suruh buat tu,buat jelah! Nanti aku bayarlah kau!" tukas aku menyebabkan budak tu terdiam.Lalu dengan keberatannya,dia mengangguk perlahan-lahan.Didalam hatinya,dia rasa bersalah terhadap Jung Kook.

Jung Kook P.O.V
Alamak,aku terbawak pulak rantai ni sekali!!!
Dia terkejut kerana rantai yang dilihat tadi berada di kocek seluarnya.Kemudian dia tepuk dahi dia
Mampus,bekas bekal aku pun tertinggal kat situ!
"argh~" rengusnya.Takpelah,balik nanti aku pergi amik.
Cikgu Jerung mula meniup wisel menandakan agar semua pelajar kelasnya berkumpul.Kenapa Cikgu Jerung? Sebab gigi taring dia dan perangai garangnya.Haha,bukan dia seorang panggil cikgu tu jerung tapi ramai lagi pelajar memanggilnya dengan nama itu terutamanya pelajar perempuan.
"Baiklah,pelajar perempuan main doggeball pelajar lelaki pula main basketball!" ujarnya serentak membaling bola doggeball kearah pelajar perempuan kemudian bola basketball kearah pelajar lelaki.
Ketika pemilihan ahli, Jung Kook orang terakhir dipilih.Tu pun sebab diorang tak nak satu pasukan dengan budak gemuk yang turut menjadi pilihan terakhir.
Huh nasib baik tak satu kumpulan dengan Jong Hyun kalau tak malas aku nak layan kepala dia...ujarnya dalam hati.
Namun nasibnya tak sebaik mana,dia terpilih jadi center dan Jong Hyun pun terpilih menjadi center.Jong Hyun membuka kakinya sambil tangan diletakkan dilututnya menandakan dia tak sabar.Tak sabar-sabar nak tolak Jung Kook apabila bola dilontarkan nanti! Jung Kook pula berdiri seperti biasa sahaja.Memerhatikan gelagat Jong Hyun yang sedang berlari-lari setempat.
Over...kutuknya dalam hati.

Prittt!!!!
Wisel ditiup dan bola dibaling keatas.Jung Kook dapat membaca gerakan Jong Hyun lalu dia mengelak ke tepi menyebabkan Jong Hyun tersasar dan jatuh tersungkur disitu.Bola disambut oleh Jung Kook lalu dia perhatikan Jong Hyun yang terkulat-kulat mahu bangun.Pelajar-pelajar perempuan di gelanggang sebelah mengetawakan Jong Hyun apatah lagi pelajar lelaki didalam gelanggang itu namun ketawa yang perlahan takut dimarahi oleh Jong Hyun.
Sebaik sahaja Jong Hyun bangun,Jung Kook terus melarikan diri dengan bola itu.Dipass sana,dipass situ,Bapp!! Jung Kook membuat slam dunk.5 point untuk pasukan Jung Kook.Pelajar perempuan di gelanggang sebelah bersorak untuknya.Walaupun dia dipulaukan,namun masih ada yang menyukai dia.
Jong Hyun mendapatkan bola lalu dipass kearah Suga.Dia memberikan signal matanya agar membuat seperti yang disuruh.Suga mengangguk perlahan.Walaupun berat,dia juga takut dipulaukan seperti Jung Kook.
Bola dibam dengan kuat.Suga fokuskan kearah Jung Kook.Kebetulan Jung Kook sedang membelakanginya,dia buat-buat seperti mahu pass ke teamnya yang berada di hadapan Jung Kook namun sebenarnya tak.Dia menyusun langkah yang cermat agar tidak diperasan oleh sesiapa.Tangannya menghayun bola dihadapannya dan dilontarkan dengan lontaran yang kuat.Ya,dia mensasarkan kepala Jung Kook.
Ching...
Telinga Suga menangkap bunyi lonceng dan...
Zap!!!
Bola tu berbalik kepada dia.Tepat mengenai pipinya menyebabkan dia tercampak sedikit kebelakang lalu jatuh terjelepok.Ramai yang menyaksikan kejadian itu mula panik dan memanggil guru yang berdekatan apabila melihat Suga tidak bangun-bangun.
Jung Kook pula terpinga-pinga melihat Suga terbaring di belakangnya dengan jarak yang agak dekat.Dia segera mendapatkan Suga.

Jong Hyun P.O.V
Betul ke apa yang aku nampak tadi?
Ketika bola itu hampir mengenai Jung Kook,dia terdengar satu bunyi lonceng dan matanya ternampak bayangan seorang wanita dibelakang Jung Kook menepis bola itu.
ZAP!!!
Bola itu berbalik terkena Suga.Dan Suga terjatuh pengsan.
Juga dalam keadaan riuh rendah itu,Jong Hyun melihat bayangan wanita itu merenung dirinya dengan renungan yang menakutkan.Namun sebaik sahaja Jung Kook menoleh,bayangan itu lesap begitu sahaja diiringi dengan bunyi lonceng yang sayup dibawa angin.

Jung Kook P.O.V
"Maafkan saya,ada sesiapa didalam?" tanya Jung Kook sambil kepalanya menjenguk kedalam bilik rawatan itu.
Hmm,takde sesiapa pon...masuk je lah...katanya dalam hati.Apabila dia menyelak kain langsir yang menutupi katil dimana terletaknya Suga,dia dibaling dengan bantal.
"pergi,pergi!!! Aku mintak maaf!Aku mintak maaf!!!" ujarnya sambil menutup telinganya.Jung Kook mendekati Suga.
"ya,aku datang nak lawat kau asal kau sruh aku pergi lak."marah Jung Kook namun marah2 manja sahaja.Suga mendongak.Pipinya bengkak.Sampai mulutnya senget sedikit.
"Jung...Jung Kook,ak...aku mintak maaf!"ujarnya tergagap-gagap.Matanya berkaca menahan sakit dipipinya dan kepalanya yang pening.
"kenapa kau nak minta maaf pulak?"tanya Jung Kook hairan.
"Jong..Hyun...dia suruh aku baling bola kt kau.."ujar Suga perlahan namun boleh didengari oleh Jung Kook.Jung Kook mengeluh.
"Apsal kau ikut?"tanya Jung Kook dengan suara tegas.
"se..sebab aku..takut kene pulau mcam k..kau..."lambat-lambat Suga menjawab.Dia takut dia disakiti lagi dengan perempuan tu.
"Apsal korang takut sangat dengan Jong Hyun tu? Dia bukannya raja nk kawal korang! Lawan jelah dia balik!"
"MAAF!MAAFKAN AKU!!!JANGAN SAKITI AKU LAGI!!!"jerit Suga dengan kuat.Jung Kook terkejut dengan jeritan Suga itu.
"woi! Mana ada aku pukul kau?! Dah gila ke kau ni?!" marah Jung Kook namun suaranya dikawal.Tiba-tiba Suga tertawa.
Memang dah gila agaknya...ujar Jung Kook dalam hati.
"asal kau ketawa pulak?"tanyanya mahu tahu apa yang kelakar.
"tak ayat kau lawaklah..."jawab Suga selepas ketawanya berhenti.Dia mengelap air matanya.
"hmm,dengar sini mulai sekarang kalau Jong Hyun minta kau buat apa-apa,jangan ikut.Klau dia marah,kau marah dia balik.Jangan takut sangat lah dengan dia.Dia tu ajet gengster je tapi hati kalah perempuan lembut pijak semut pun tak mati!"
*Senyap sekejap*
Kemudian mereka berdua tertawa bersama-sama.Bila diingatkan balik ayat dia tadi,dia sendiri pun tertawa.
Kring....
Kelas PJ dah habis,dia harus pulang ke kelas sekarang.
"Hei Jung Kook..."panggil Suga menyebabkan langkah Jung Kook terhenti.Dia menoleh.
"Seronok berbual dengan kau,aku harap kita boleh jadi kawan..."ujar Suga malu-malu.
"kau tak kisah ke kawan ngan cucu Shaman?"tanya Jung Kook.Suaranya agak sinis.
"tak...aku rasa seronok bila berbual dengan kau..."jawab Suga jujur.Jung Kook tersenyum.
"okey..."jawabnya ringkas namun membuat Suga tersenyum.Jung Kook pun menuju pulang ke kelas.

Suga P.O.V
Nenek kau sayang kau Jung Kook,sebab tu dia bagi kau seorang pelindung...
Monolog Suga dalam hatinya.Dia merenung keadaan di luar tingkap.Angin menyapa mukanya.Sayup juga bunyi lonceng...

TearsWhere stories live. Discover now