Gadis Magis

119 11 0
                                    

Jung Kook P.O.V
Barang-barang aku semua aku campakkan kedalam beg aku.Buku sekolah,handphone,laptop,buku-buku lain aku sumbat je dalam beg tu.Luka yang ditampar eomma tadi aku biarkan.Dah tak sakit sebab hati aku lagi sakit!
"Jung Kook..."kedengaran suara eomma memanggil dari luar.Pintu aku kunci.Lantak dioranglah nak pecahkan ke apa.
Aku pandang pintu bilikku.Kemudian aku perasan yang eomma menyelitkan sesuatu dibawah pintu bilik tu.
Aku menapak perlahan-lahan.Kunci.Disebelahnya ada nota kecil.
Aku mengambil kunci dan nota itu aku baca.
Ni kunci rumahnya sayang,alamatnya dibawah.Sebelum pergi,marilah turun minum petang dengan eomma dan appa.Eomma minta maaf ya sayang.Turunlah,nanti eomma rawat luka kamu tu.
Hati aku tersentuh baca nota tu.Eomma,eomma...keluh ku.
Entah kenapa jeritan appa dan eomma tadi terngiang-ngiang ditelinga ni.Nota tu aku renyukkan dan baling ke dalam tong sampah.
*diam jap*
Yang aku buang apesal,alamat rumah tu ada kt nota tu!
Kemudian aku bergegas ke tong sampah tadi.
Ah,nanti aku suruhlah driver tu hantar.Mestilah dia taukan alamat rumah tu?
Dengan hati yang tekad,aku buka seluas-luasnya tingkap dibilik aku.
Hm...campak beg ni dulu,pastu baru aku lak terjun.Klau jatuh atas beg parah kang barang kat dalam nanti.Ahh!buat je lah!
Dia pun mencampak begnya ke bawah.
Bedebuk!
Ayoyai,nasib baik bilik aku ni jauh dengan ruang tamu.Kalau tak,kantoi!
Dengan berhati-hati,aku bertaut pada penyokong tingkap tu.
Hiargh!!!
Buk!
Nasib baik mendarat atas rumput tapi sakit jugak.Beg sekolah,beg baju dan...
Eh jap,buku tadi aku dah masukkan ke belum ek dalam beg?
Aku buka beg sekolah aku,fuh,nasib baik ada.Rantai tadi pun,masih ada didalam koceknya.Nasib baik tak putus masa aku terjun tadi.
Dengan langkah besar,aku berlari senyap-senyap menuju ke garaj.Apabila mahu melintas pintu utama,appa ada kat situ.
Hishi,macam mana ni?
Aku menyorok belakang pokok yang digubah menjadi bentuk seakan-akan appa.
"mana Jung Kook? Awak dah panggil dia ke belum?"kedengaran suara appa bertanya kepada eomma.
"dah bang,tapi dia tak jawab.Merajuk agaknya.Jomlah kita pujuk dia sama-sama..."pujuk eomma.Appa hanya akur.Bila mereka masuk menuju ke bilik aku.Aku terus lari ke garaj.Driver aku terkejut sebab nampak aku tercungap-cungap menahan penat.
"Tuan Muda Jung Kook,kenapa Tuan Muda ada kat sini pula?"tanya dia.
"hantar aku pergi rumah tu,cepat!"balas aku tak menjawab soalannya.
Dia hanya mengangguk dan memasukkan beg-beg aku kedalam bonet kereta.Kereta tu melucur laju keluar dari kawasan rumah tu.Rumah yang sering meninggalkan titik hitam dalam hati ni.
"kau tahukan alamat rumah tu?"tanya ku.Dia mengangguk.
"Jadi ni untuk kali terakhir aku nak kau ingat alamat rumah tu.Lepas tu kau buatlah ape-ape pun asalkan kau lupa alamat rumah tu."arahku.Dia memandang hairan melalui cermin belakang kereta.
"tuan...kalau saya lupa alamat tu, Tuan Kang Min takkan lupa alamat tu begitu juga dengan Puan Jung Hana..."
Aku hanya diam.
Betul jugak apa dia cakap tu.
Tiba sahaja dirumah tu,aku melihat sekeliling.Rumah tu biasa-biasa sahaja.Cantik juga dicat warna coklat pekat dengan gabungan coklat cair.Rumah tu dua tingkat.
Driver tu memerhatikan aku.Aku berjalan menuju kearah dia.
"Cakap kat eomma,aku dah sampai sini.Cakap kat dia juga,tak payah telefon atau lawat aku lagi.Diorang sendiri yang suruh aku berdikari.Jadi jangan hubungi aku langsung.Faham?"kataku.Aku sedih sangat.Driver tu hanya mengangguk.Aku menepuk bahu.
"Hehe,aku akan rindu kau!"gurauku.Dia tersenyum memandang aku.Kereta tu melucur pergi.Dia sempat cakap jaga diri kat aku.Sayang jugak pemandu aku ni kat aku.

Pintu kunci tu aku keluarkan.Cantik,seperti ditempah.Di atas kunci tu terukir namaku.Hati aku sebak tiba-tiba.
Kcak...
Terbeliak mata aku!
"APPA!!!!!"jeritku kuat apabila mendapati yang rumah tu kosong.Tiada perabot,permaidani atau kertas dinding.
Eh,dah nak berdikari,mestilah kena beli sendiri...
Suara sinis appa singgah ditelinga ku.Seperti appa ada kat sebelah.Aku pandang sekeliling,takde pun sesiapa.Aish...
Takpelah,esok aku pergi beli barang-barang.Lagipun esok mula cuti sekolah selama 2 minggu selepas peperiksaan pertengahan tahun.
Aku melangkah ke tingkat atas.Ada 3 pintu disitu.Bila aku buka semua pintu tu menempatkan bilik.
Bolehlah luas bilik tu tapi kosong jugak takde katil semua.
Aku letakkan beg aku dihujung pintu.Kemudian aku duduk dan mengeluh.Keluhan aku bergema.Series seram.
Buku tadi tu!
Aku mencapai beg sekolah aku.Buku tu aku capai.Hmm,Tears...air mata? Lantaklah.Asalkan aku tak boring sangat.
Bila aku nak buka buku tu,ia seakan-akan dikunci.Namun tidak ada pun yang menyebabkan buku tu terkunci.
Tiba-tiba ada suatu cahaya bercahaya dikocek aku.Bila aku capai bende tu rupanya rantai tu yang bercahaya.
Bila aku dekatkan rantai tu kat buku tu,makin terang cahayanya.Disebabkan mata aku silau dan panik.Aku melepaskan rantai tu menyebabkan rantai tu terjatuh diatas buku tu.Pandangan aku kelam.Dalam kesuraman tu,aku lihat seperti ada orang sedang terbaring dihadapan aku.
Siapa....
Semuanya terus menjadi gelap...

Ching....ching....
Ching...ching....

TearsWhere stories live. Discover now