Bab 5

2.6K 73 0
                                    

Ihsan Zuhri. Seorang cikgu sementara yang memulakan tugas di sekolah aku pada awal tahun ini. Kali pertama aku bertembung dengan dia sewaktu aku ingin masuk ke pusat sumber sekolah. Ketika itu dia baru nak keluar dan aku pula baru nak masuk ke pusat sumber. Kami bertembung. Mujurlah tak berlaga kepala.

Cepat-cepat aku minta maaf kepadanya lalu aku memberi ruang untuk dia keluar terlebih dahulu. Setelah itu, aku tidak lagi bertembung dengannya.

Itu saja kisah antara aku dan dia. Tidak lebih, tidak kurang.

Namun semalam, tup-tup dia menegur aku di tempat rahsia aku. Setelah hampir dua bulan berlalu, kami bercakap buat kali pertamanya.

Dia tahu nama sebenar aku. Dia tahu tempat rahsia aku. Macam mana dia boleh tahu?

Sungguh aku hairan dengan sikap Cikgu Ihsan. Kenapa dia mesti tegur aku sedangkan aku ini bukan pelajar yang pernah belajar dengan dia pun? Aku ni setakat pelajar biasa seperti pelajar yang lain juga. Tapi boleh pula lelaki tu bagi bekal kepada aku. Untuk apa? Simpati? Simpati dengan nasib aku yang sentiasa keseorangan di sekolah ini?

Pasti Cikgu Ihsan sudah tahu mengenai hal itu. Kebanyakan kakitangan sekolah termasuk pengetua sekolah sendiri sudah tahu akan masa lalu ibuku. Mereka juga tahu siapa aku yang sebenarnya.

Pernah pengetua meminta aku menemuinya di dalam biliknya. Dia memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada aku. Aku ambil apa yang positif saja. Namun yang menanggungnya tetap aku! Yang rasa malu aku! Yang rasa dihina aku! Orang lain mungkin boleh beri nasihat. Tapi yang tanggung semua itu aku!

Kini, Cikgu Ihsan pula seakan-akan ingin masuk campur. Pasti dia bersimpati dengan nasib aku. Ah! Andai itu penyebabnya, tak payahlah cikgu muda itu berangan untuk mencungkil apa yang terbuku dalam hati ini. Aku takkan luahkan kepada sesiapa melainkan kepada ibu!

Pin! Pin!

Lamunan aku terus hilang apabila tersentak dengan bunyi hon yang bertalu-talu itu. Aku memandang bas yang sudah berhenti di tepi pagar sekolah.

Aku segera bangun dari wakaf. Pelajar yang lain turut sama meluru masuk ke dalam bas. Masing-masing mengambil tempat. Aku juga mengambil tempat kegemaran aku di bahagian paling hadapan. Betul-betul di belakang Pak Husin yang setia mengambil pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jaya sejak sepuluh tahun yang lalu.

Aku duduk dan termenung memikirkan nasib hidup. Pelbagai perkara menerjah ke dalam benak. Lama berfikir, hanya kekosongan yang aku temui. Fikiran aku jadi kosong dan tidak mampu berfikir apa-apa lagi. Akhirnya aku termenung panjang di situ sambil menanti bas bergerak.

Sedang elok aku berpaling ke sebelah kanan, mata ini bertembung dengan anak mata milik Cikgu Ihsan. Lelaki itu berada di dalam keretanya.

Aku pandang wajahnya. Aku ingin lemparkan senyuman namun belum sempat aku mengukirnya, Cikgu Ihsan sudah memandu laju meninggalkan halaman sekolah. Sikit pun lelaki itu tidak senyum seperti kebiasaannya.

Aku sandarkan badan ke kerusi. Beg sekolah yang berada di atas riba aku dakap erat ke dada. Memo di dalam bekas yang Cikgu Ihsan berikan kepada aku pagi tadi aku baca buat sekian kalinya.

Imej Smiley yang Cikgu Ihsan lakarkan di atas kertas itu aku sentuh lama. Setelah apa yang terjadi antara kami, mungkin cikgu muda itu tidak akan tersenyum lagi kepadaku. Dari Smiley senyum, sudah bertukar menjadi Smiley masam.

"Nuha! Nuha!" Aku yang baru saja mahu terlelap setelah penat mengemas rumah dan menyiapkan lauk tengah hari, dikejutkan dengan suara Pak Su Azam di luar kamar.

Mencari Si Pelengkap HatiWhere stories live. Discover now