Bab 6

2.3K 65 0
                                    

Masuk saja ke dalam kelas, aku terus duduk di atas kerusi. Latihan Sejarah yang tidak sempat aku siapkan di rumah semalam terpaksa aku siapkan pagi ini.

Hari ini aku datang awal ke sekolah. Bermula dari semalam, aku rasa aku bakal datang awal ke sekolah. Yalah, tempahan kuih ibu di warung Pak Rahim mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Makin bersemangat aku dan ibu menyiapkan kuih-muih itu semua. Harap-harap rezeki kami berterusan seperti ini.

Aku juga dapat sedikit upah. Aku terpaksa ambil kerana aku nak menabung. Bukan menabung untuk masa depan pun. Aku sekadar menyimpan duit untuk membeli hadiah hari jadi ibu nanti. Dah tak lama dah. Hujung bulan ni hari jadi ibu.

Sebab itu jugalah aku tak makan waktu rehat. Sekadar minum air kosong yang aku bawa dari rumah aje. Cukuplah. Lagipun aku dah sarapan di rumah dengan ibu.

"Eh, apa ni?" Merasa ada sesuatu berada di bawah meja, aku segera membongkokkan badan.

Mataku terkelip-kelip memandang bekas makanan yang berada di dalam laci meja. Tapi, kejap. Kenapa aku macam kenal aje dengan bekas berwarna merah jambu ini? Ini bukan...

Cepat-cepat aku mengambil bekas empat segi itu. Aku buka penutup bekas makanan tersebut.

Mi goreng dan sebiji telur rebus berada di dalam bekas. Ada sekeping memo di dalam bekas makanan tersebut.

Hari ni cikgu masak lebih lagi. Cubalah rasa. Mi goreng bujang. Dah habis makan nanti bagi bekas tu dekat cikgu semula. Kali ni Nuha kena habiskan mi goreng ni, okey. ϑ

Smiley senyum itu membuatkan aku tersenyum sama.

"Cikgu Ihsan..." Muncul nama itu di bibir.

Hmmm... Patutkah aku mengembalikan bekas ini kepadanya? Tapi apa pula katanya nanti?

Semalam lelaki itu dingin setelah mengetahui aku tidak menjamah sandwicnya. Kali ini andai aku melakukan perkara yang sama, adakah Cikgu Ihsan turut berkecil hati dengan aku?

Atau seperti ini pengiraannya. Apabila aku menolak untuk makan makanan yang dibekalkannya semalam, maka hari ini Cikgu Ihsan terus mendesak aku dengan memberi mi goreng pula. Andai aku tetap tidak menjamah mi gorengnya ini, maka esok pasti lelaki itu akan menyediakan makanan lain pula.

Jadi... Itu bermakna aku kena makan mi goreng ni! Barulah Cikgu Ihsan tak bekalkan makanan untuk aku lagi. Begitukah keadaannya? soal aku dalam hati.

Masuk saja waktu rehat, aku terus bergerak ke tempat rahsia. Aku bawa sekali bekal yang diberikan oleh Cikgu Ihsan.

Seingat aku, sudah lama juga aku tidak membawa bekal ke sekolah. Hari ini aku kembali makan makanan yang ditapau dari rumah. Seronok juga kalau hari-hari dapat makan percuma macam ni. Hehe... Aku tergelak sendiri.

Dengan lafaz bismillah, aku suapkan sedikit mi goreng ke dalam mulut. Kunyah, kunyah dan kunyah. Hmmm... Boleh tahan mi goreng ni. Emmm... Sedap!

Tak sangka cikgu muda seperti Cikgu Ihsan pandai memasak. Semalam sandwic yang dia bekalkan juga nampak macam sedap aje. Rugi pula aku tak jamah. Hanya memo aje yang sempat aku ambil.

Entah kenapa dengan tangan ni. Gatal pula nak simpan memo tu buat kenangan. Ah, biar ajelah. Bukan ada orang tahu pun.

Mulut terus mengunyah. Sesekali air di dalam botol aku teguk perlahan. Sedar tidak sedar, makanan di dalam bekas tinggal separuh. Aku terus berhenti menjamah.

"Hesy, takkan aku nak habiskan pula? Nanti apa pula kata cikgu? Nampak sangat aku ni macam suka dengan mi goreng dia ni."

Tapi... Sayang pula kalau tak habiskan. Dahlah sedap. Perut pun masih lapar. Apa aku nak buat ni?

Mencari Si Pelengkap HatiWhere stories live. Discover now