Saya masih ingat lagi suatu petang pada bulan Oktober, 2008, tinggal hanya kira-kira sebulan lagi sebelum Pilihan Raya Amerika Syarikat.
Saya mengetahui pilihanraya Amerika Syarikat semenjak 1992, di akhbar, ketika George HW Bush menentang Bill Clinton disamping seekor orang tua yang bernama Ross Perot. Bill Clinton menang tahun itu. Tetapi saya lebih mengikuti dengan lebih detail dan lebih memahami pilihan raya negara ini semenjak tahun 2000, yang ironinya, dalam keadaan paling pelik dan sukar kerana Al Gore menang undi popular, tetapi George W Bush, anak kepada HW, yang jadi Presiden.
Sebulan sebelum itu, Obama dilihat sangkut-sangkut ketika berdebat dengan McCain, dan semua orang liberal dan orang yang dah menyampah dengan George W Bush dah risau takut McCain untuk menang. Semua orang tak nak satu lagi mangkuk Republikan akan menang, dan jadi macam zaman Reagan-HW Bush yang memegang Rumah Putih dari 1980-1992.
Ketika Obama menang pilihanraya pada tahun 2008, perkataan "Hope", "Yes We Can" dan bermacam-macam lagi kata-kata berbentuk harapan mula dikatakan. Semua orang yang merasa diri mereka tertekan di bawah pemerintahan George W Bush, semua merasa gembira, Barack Obama menewaskan John McCain.
Tik tok tik tok masa berlalu dan tujuh tahun kemudian, Obama tidak disukai oleh semua. Hilang dah semua perkataan yang penuh dengan harapan. Tahun hadapan adalah tahun terakhir Obama dan semua kata-kata harapan yang setiap hari didengari masa mula-mula dulu, semuanya sudah lama hancur berkecai.
Minggu ini adalah minggu paling menggembirakan penyokong Liverpool. Minggu lalu pengurus Brendan Rodgers dipecat, dan pengurus baru yang dulunya membawa Borussia Dortmund menjadi juara Bundesliga (dua kali) dan naib juara Champions League dari sebuah kelab pertengahan, Juergen Klopp.
Seperti juga Liverpool, Dortmund dalam keadaan yang lebih kurang sama. Bandar industri yang mulai merasa kesan deindustrialisasi, bandar yang mempunyai penduduk 500,000 orang yang industri semakin berkurangan, dan bolasepak adalah harapan terakhir untuk melupakan tekanan hidup.
Dan seperti Dortmund sering digelakkan oleh bandar-bandar yang lebih besar dan mewah seperti Berlin dan Munich, Liverpool juga sering diperkecilkan oleh bandar yang lebih besar seperti London dan Manchester. Jadi, ada sifat "underdog" dalam kedua-dua bandar, Dortmund dan Liverpool.
Sejak 1997, apabila Borussia Dortmund memenangi Champions League, pencapaian mereka dalam Bundesliga tidak begitu menyerlah. Pada akhirnya tahun 2008, Juergen Klopp masuk ke Westfalenstadion dan selepas tiga tahun, Dortmund muncul juara Bundesliga. Kelab yang lebih besar seperti Bayern Munich, Hamburger SV atau Bayer Leverkusen terkejut dengan kebangkitan Dortmund mencapai kejuaraan.
Sejak 2005, apabila kali terakhir Liverpool memenangi Champions League, pencapaian mereka dalam Premier League tidak begitu menyerlah. Sejak 2010 mereka tidak masuk ke Champions League, dan pada season 2013/14 tiba-tiba seorang lelaki dari Salto, Uruguay menjadi gila babs tendangan padu mautnya dan hampir-hampir jadi juara.
Situasi Liverpool pada masa itu ialah seperti seorang lelaki loser yang selama ini putus harapan hampir-hampir berjaya mengorat Juliana Evans tapi tiba-tiba seorang lelaki Arab yang kaya raya menyailang usahanya. Itu sangat menghancurkan hati bagi lelaki seperti saya.
Sejak itu, Liverpool putus harapan dengan Brendan Rodgers. Ditambah pula dengan pembelian pemain yang entah apa-apa selepas menjual lelaki dari Uruguay itu ke sebuah kelab Catalan, Liverpool terus hilang punca dan arah. Dan ini menyebabkan ramai peminat Liverpool mulai merindui David Moyes kerana tidak ada lagi bahan gelak, sebaliknya mereka yang jadi bahan gelak.
Kemunculan Juergen Klopp ke Liverpool ialah seperti kehadiran Ramona Flowers dalam hidup Scott Pilgrim dan Brendan Rodgers adalah seperti awek Cina yang mula-mula ada dalam hidup Scott Pilgrims, kalau sesiapa yang tak tengok cerita ini, boleh tengok filem itu sebelum faham analogi ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Fiksyen, Bukan Fakta.
AcakTulisan yang datang bukan dari akal pemikiran logik mahupun datang dari khayalan. Ia datang korteks serebrum yang berserabut dari Nami.