Amoi No. 44 Jln. 1/44 (SERAM)

677 30 0
                                    

Pukul 11.50 malam, radio teksi Khairil memaklumkan ada penumpang yang memerlukan khidmat dia di sebuah kawasan rumah kedai di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Disebabkan ketika itu Khairil yang paling hampir, dia terus setuju untuk mengambil penumpang tersebut.

"Penumpang minta dibawa ke HKL," kata Ina, operator Khairil.

"Okey Ina, cakap dengan penumpang tu, dalam lima ke sepuluh minit lagi saya sampai," kata Khairil yang ketika itu sedang mencari penumpang di Salak South.

Seperti dijanjikan, lebih kurang 10 minit kemudian , Khairil sampai di kawasan rumah kedai tersebut. No. 44. Jalan 1/44.... ya, betul, itulah alamat yang diberitahu oleh Ina tadi.

Di hadapan pintu rumah kedai itu kelihatan seorang wanita Cina berusia 30-an. Khairil turunkan cermin tingkap.

"Cik yang nak pergi ke HKL, ke? Khairil bertanya.

"Ya..." jawab wanita Cina itu, lalu membuka pintu belakang.

Haruman semerbak menusuk ke hidung Khairil sebaik wanita itu melabuhkan punggungnya di kerusi. Sudahlah wangi, dia memakai ceongsam merah pula.

Dalam hati Khairil berkata, tak ada pakaian lain ke nak pergi hospital pada malam-malam begini. Mungkin kalau pakai blaus dan seluar jean biasa lebih sesuai.

"Tak ada baju lainlah encik....baju ini aja yang ada," tiba-tiba wanita Cina itu berkata perlahan.

Darah Khairil berderau! Aii....dia seperti tahu apa yang berlegar di dalam fikiran Kharil! Aduh malunya.

"Err...err...cantik baju tu, balas Khairil tergagap-gagap sebab terkejut apabila 'diterjah' begitu.

"Ye ke? Bukan tak sesuai ke kalau nak pergi hospital? Yalah......malam-malam macam ini, nanti orang terkejut pulak, kan? kata wanita itu lagi.

Khairil memandang ke cermin pandang belakang. Kelihatan senyuman menggoda atau senyuman menyindir atau senyuman puas dapat mempermainkan Khairil, dia pun tak tau.

Dalam hati Khairil berkata, amoi ni manusia ke apa? Dia macam tau aja apa yng bermain dalam fikirannnya.

"Sesuai.....ceongsam ni sesuai dipakai bila-bila masa saja. Tambah pulak kalau yang memakainya cantik macam awak ni,"balas Khairil cuba mengusiknya. Mudah-mudahan dia tertipu dengan helah Khairil itu dan tidak 'mengenakan' dia lagi.

"Lelaki memang suka puji perempuan, maa. Bukan puji baik, tapi puji jahat punya," ucap wanita Cina itu lagi.

Dari cermin pandang belakang itu Kharil nampak wajahnya tersenyum sambil memandang Khairil dengan pandangan yang lembut, tetapi menikam hingga ke hati.

Nampaknya helah Khairil itu sudah membuahkan kejayaan. Dia tidak membaca lagi apa yang tersirat di dalam hatti dan fikiran Khairil.

"Betul... awak memang cantiklah moi," sambung Khairil sambil terus memandu.

Senyap. Kharil menunggu balasan daripada wanita Cina itu, tapi tiada. Dia tiba-iba diam membisu selepas dipuji. Ah, pelik pula amoi ni. Tadi bukan makin lagi bercakap, sekarang senyap pula.

Apabila wanita itu diam, Khairil pun diam. Bimbang pula kalau banyak bercakap, nanti dianggap cuba menggoda pula. Sepanjang jalan wanita itu Cina itu terus mendiamkan diri.

Selepas membelok ke sana dan ke sini, akhirnya Khairil memasuki Jalan Tun Razak. Dalam hati ingin Khairil bertanya, dia sakit ke sampai mahu pergi ke HKL pada waktu malam? Kalau sakit, tentulah serius. Tapi dia nampak sihat saja.

Atau amoi ini hendak melawat seseorang? Tapi kalau hendak melawat orang, tidak logik kerana sudah lewat sangat. Waktu melawat sudah tamat.

Khairil memandang cermin belakang dan menyimpan semula soalan itu kerana wajahnya tidak kelihatan. Mingkin dia beralih duduk di belakang saya dan menyandarkan kepalanya berhampiran cermin dan tingkap, menyebabkan imejnya tidak dapat dilihat dalam cermin pandang belakang.

Khairil terus memandu. Terasa pula kebosanannya apabila senyap begitu. Sesekali Khairil menoleh ke cermin untuk melihat wanita Cina itu, namun hajat hendak berbual dengannya terpaksa disimpan kerana imejnya masih tidak kelihatan. Tidak eloklah kalau Khairil menganggunya, mungkin dia sedang melelapkan mata.

Sepi. Suasana terasa begitu sunyi kerana masing-masing mendiamkan diri.

"Keadaan dia teruk encik...." tiba-tiba terdengar suara wanita Cina itu dari arah kerusi belakang.

Ya Allah, terkjut Khairil dibuatnya. Khairil terus mengurut dada. Kata-kata wanita itu yang muncul tanpa diduga membuatkan Khairil rasa macam nak hilang nyawa.

"Isy, lu ni amoi.....bikin saya terkejut maa. Saya ingat awak tidur, baring kat kerusi belakang saya. Awak jangan bikin ini macam lagilah....boleh mati terkejut saya maa..,"kata Khairil terus ketawa.

"Mana ada saya tidur. Saya dari tadi duduk disini tempat, takkan encik tak nampak? wanita Cina itu bertanya.

Eh, biar betul amoi ni. Kalau dia duduk di kerusinya itu, takkan Khairil tak nampak pula. satu lagi.....

"Mana boleh tidur encik.....dekat ajaaa. Sungai Besi dengan HKL bukan jauh maa...belum sempat tidur sudah sampai," kata wanita Cina itu, sekali lagi Kharil seolah-seolah dapat dapat membaca apa yang sedang Khairl fikirkan.

Biar betul amoi ni! " Lu ni macam boleh baca apa yang saya tengah fikir," kata Khairil melepaskan apa yang terpendam.

"Ya ke? Malam semalam pun ada teksi driver cakap saya itu macam," jawab wanita itu.

"Ooo....semalam pun ada orang cakap itu macam ya," soal Khairil.

"Ya lah...."jawab wanita Cina itu.

Khairil menangguk, kemudian bertanya kepadanya, " Aa... tadi tiba-tiba awak cakap keadaan dia teruks. Siapa yang cakap tu?

"Kembar saya. Tadi kan saya sudah cakap....dia kena tikan dengan ex-boyfriend dia," balas wanita Cina berkenaan.

Khairil bertambah pening. Bila masa pula dia cakap dengan Khairil perkara itu?" Saya tak dengar pun awak cakap itu macam, kata Khairil.

"Tadi.....lama tadi. Saya sudah cerita panjang sama encik, tapi saya tengok encik diam saja."

Dia ada cerita dengan Khairil? Kalau ada, kenapa dia tak dengar?

"Kembar awak kena tikam?"

"Ya....tiga hari lepas. Dia tak mau kawin dengan lelaki itu sebab itu lelaki suka judi, suka minta duit. Kalau tak kasi duit, dia pukul. Saya punya kembar lari duduk rumah kawan dia, kemudian dia berkawan dengan lelaki lain. Itu ex-boyfriend dia marah. Dia cari saya punya kembar sampai jumpa."

Untuk ketahui sambungannya, sila ke part seterusnya. Terima Kasih.. Jangan lupa vote ya!

Koleksi cerita seramWhere stories live. Discover now