Part 2 Semuanya Hijau

297 19 2
                                    

Wanita itu memberitahu Mail telah menghancurkan sebahagian kampungnya. Ada antara rumah di kampungnya telah musnah Mail kerjakan.

Ketika itu baru Mail ingat perbualan dengan Razak pada malam yang mendakwa di situ terdapat perkampungan bunian.

"Awak ni bunian?" soal Mail terketar-ketar.

"Ya.... awak sudah hancurkan kampung kami!" jawab wanita itu.

Sebaik mendengarnya, berkali-kali Mail memohon maaf sebab Mail tak tahu dan tidak nampak di situ ada perkampungan bunian. Mail bernasib baik kerana wanita yang merupakan ketua bunian di situ memaafkan Mail dengan syarat, Mail berhenti daripada menganggu perkampungan mereka.

Selepas berdamai, wanita itu membawa Mail bersiar-siar. ketika itulah dia dapat melihat segala isi di dalam perkampungan itu. Sebenarnya bunian ini juga seperti kita ada golongan lelaki dan perempuan. Mereka juga beranak pinak.

Mereka mempunyai pelbagai bangsa dan rupa. Ada yang berwajah cantik seperti manusia, ada berbadan manusia tetapi wajah seperti kambing, ada yang bermata satu dan ada berwajah seperti beruang. Hidup mereka juga seperti kita dengan bekerja dan menternak binatang untuk meneruskan kehidupan.

Cuma yang membezakan manusia dengan bunian ialah mereka hidup di alam ghaib dan manusia tidak mampu melihat mereka. Cara bunian berpakaian juga tidak sama dengan manusia.

Warna pakaian bunian sama iaitu satu warna sahaja. Di kampung ini semua warna baju penduduknya ialah hijau.

Setelah dibawa berjalan-jalan, wanita itu mahu menghantar Mail kembali ke alam nyata. Dia juga minta izin untuk mangambil beberapa benda i alam bunian itu untuk dijadikan kenangan.

"Tak boleh!" tegas wanita itu sebelum menyambung," Aku di alam aku dan engkau di alam engkau. benda-benda ni tak boleh dibawa keluar dari alam kami.Kita berbeza."

Selepas wanita itu berkata demikian, Mail terus tersedar. Dia pandang sekeliling. Mail melihat dirinya sedan terbaring di anjung rumah dengan dikelilingi oleh Pak Samad serta beberapa orang rakan.

Kata Pak Samad, Dia menjumpai Mail sedang terbaring tak sedarkan diri ketika hendak menghantar makanan kepada dia.

Hari itu selepas pulih, segala yang berlaku dia ceritakan kepada Pak Samad. mail juga beritahu tak sanggup lagi menebas di kebunnya. Pak Samad pula bila mendengar cerita mail, terus membatalkan hasrat untuk membina kandang kambing di hujung kebunnya itu.

Cuma apa yang menakutkan Mail adalah perubahan pada dirinya selepas kejadian dibawa ke alam bunian itu. Sejak kejadian itu, dia boleh nampak makhluk-makhluk ghaib yang berwajah hodoh.

Pernah sewaktu maghrib, ketika Mail mengelamun di anjung rumah, Mail melihat makhluk hodoh, berbulu hitam lebat dan bertaring panjang sedang memerhatikan Mail dari belakang pokok kelapa di hadapan rumah. Bila mata dia berkelip, makhluk itu terus ghaib.

Tamat untuk tajuk ini~ Terima kasih kerana membaca dan jangan lupa vote..

Koleksi cerita seramWhere stories live. Discover now