Mesti ada cerita yang tidak kena. Ataukah mungkin pembela baru juga ternampak-nampak lelaki botak pada akuarium yang menempatkan arowana itu?
Siapa lelaki berkepala botak itu? Syed rasa tidak lain tidak bukan adalah sami pemilik asal ikan tersebut yang telah mati sebab anak buah Syed kata yang lelaki botak itu berpakaian serba kuning, iaitu pakaian biasa dipakai oleh sami Buddha.
Setelah mendengar cerita daripada Ah Ken dan membeli dua plastik anak-anak ikan serta cengkerik daripada Ah Ken, Syed terus pulang ke rumah. ketika Syed membelek-belek dan memberi makan cengkerik kepada ikan itu, tidak semena-mena muncul sekali imbas lelaki botak berpakaian kuning di sebalik cermin akuarium.
Disebabkan terkejut, cengkerik yang telah Syed letakkan di dalam balang, terlepas. Sebahagiannya terbang entah ke mana. Sebahagiannya dapat Syed kutip balik.
Setelah selesai mengutip cengkerik yang bertabur, Syed pandang semula ke akuarium Golden Crossback tadi. Imbasan wajah lelaki botak tadi tiada.
Petang itu juga Syed telefon Ah Ken. Rupa-rupanya, ada cerita yang Ah Ken tidak ceritakan kepada Syed semasa dia di kedai Ah Ken tadi. Sebenarnya Ah Ken juga pernah terpandang wajah seorang lelaki botak yang dia syak itu adalah Sami Arowana.
Memang betullah Ah Ken ni, dia pun pernah alami apa yang anak buah Syed alami. Syed percaya, semua yang pernah memiliki ikan tersebut juga mengalami perkara yang sama. Sebab itu akan tersebut kerap berpindah milik.
Setelah Syed minta pendapatnya, Ah Ken cadangkan supaya dijual saja ikan tersebut. Namun Syed rasa berat. Kalau dijual mungkin spesies arowana yang 35 sentimeter panjang itu berharga ribuan ringgit. Syed juga boleh jual dengan ribuan ringgit dan mendapat duit.
Tapi Syed kasihankan kepada pemilik barunya nanti. Syed tak mahu mereka diganggu. Tiga hari selepas itu, Syed bersama tiga lagi kawan yang memang kaki pancing, pergi memancing. Syed tidak melepaskan peluang untuk melepaskan arowana bermasalah itu ke sungai tersebut.
Selepas itu, tiada lagi gangguan imbasan wajah lelaki tersebut. Walaupun akuarium bekas tempat Syed letakkan arowana itu Syed isikan dengan arowana spesies Red Tail, tidak sekalipun imbasan wajah lelaki botak muncul.
Kira-kira sebulan setengah setelah Syed lepaskan arowana spesies termahal yang pernah Syed miliki ke sungai, dia dan geng menancing pegi lagi ke sungai tersebut.
Mereka bukan pergi ke lokasi yang sama tempat Syed lepaskan arowana dulu. Kali ini ke lokasi lain yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari lokasi dulu.
Ketika sedang khusyuk memancing, tiba-tiba seorang kawan mereka menggeletar. Dia terduduk dan jorannya terlepas dari tangan. Syed dan kawan yang lain bergegas berlari mendapatkannya.
Mereka tanya, kenapa? Dia menuding ke satu arah. Mereka mengalihkan pandangan ke arah apa yang dia tuding.
Mereka semua terperanjat, seorang lelaki botak berpakaian seperti sami Buddha berdiri terapung-apung di celah-celah pokok di seberang sungai. Beberapa saat kemudian lelaki tersebut GHAIB!!!
Tamat untuk tajuk Arowana ini. Seram tak? Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca.. ^_^
YOU ARE READING
Koleksi cerita seram
Terrorsambil membaca, jangan lupa memandang ke luar tingkap. Mungkin ada tetamu di luar sana yang sedang memandang anda. Atau dia sedang menunggu di dapur, tandas , menanti kedatangan pada lewat malam. Mana tahu, kan? Jangan gugup, mereka juga sama seper...