"Sepasang mata coklatnya tepat merenung wajah lugu aku. Aku dapat melihat segunung harapan terzahir dari sinar matanya yang berkaca."
Itu antara bait-bait ayat dalam novel yang aku baca. Ia ayat yang paling melekat di kepala aku hingga sekarang, dan mungkin sampai bile-bila. Ada kisah di sebaliknya.
Aku memang suka membaca novel. Lebih-lebih lago novel genre romantik. Biasanya aku membacanya pada waktu malam.
Hendak tahu macam mana aku baca novel? Aku akan baring di atas katil sambil kedua-dua kaku aku juntaikan ke bawah mencecah lantai.
Pernah anda cuba? Tak pernah? Cubalah, best apa!
Ada sebab mengapa aku menjuntaikan kaki. Semuanya kerana Leper, kucing kesayangan aku. Ada kalanya ketika aku membaca novel, kaki aku dicuit-cuit manja. Aku biarkan saja Leper buat begitu.
Setiap kali kaki aku dicuit atau digesel-gesel, pasti aku akan memanggil namanya. Kemudian Leper akan melompat ke atas katil.
Sebenarnya Leper mempunyai tempat tidurnya sendiri. Aku sediakan tilam kecil empuk tempatnya tidur di sudut bilik. Namun hanya sesekali saja Leper tidur di tempatnya.
Biasanya Leper port di sebelah aku. Kalau tidak berbaring di atas perut, Leper akan baring di atas kepala aku. Cari tempat hangatlah tu!
Tetapi kali ini lain, semasa ak membaca novel, kaki ak yang dijuntaikan terasa dicuit kasar oleh Leper. Aku rasa Leper tak pernah gesel kaki ak sekasar begini.
Aku hanya biarkan sahaja Leper buat begitu. Setelah lama Leper menggesel kaki aku. Aku memanggil namanya. Biasanya jika ak memanggil namanya dia akan terus lompat ke atas tilam tetapi kali ini lain. Banyak kali ak panggil namanya tapi langsung tak ada kesan daripadanya. Perkataan 'meow' daripadanya pun takda.
Aku berasa tidak sedap hati. Bulu roma di tangan aku tiba tiba terangkat. Aku berasa seram sejuk. Aku mencari dimana Leper. Rupaynya Leper tidur di ruang tamu!!!
Habistu, siapa yang bermain dengan kaki ak di bilik sewaktu ak baca novel tadi?
Aku beranikan diri lihat tempat kaki aku dijuntaikan dan yang dianggap tempat kaki aku digesel oleh Leper. Aku melihat bayang bayang berwarna hitam disitu dengan rambut yang panjang dan muka yang hodoh!!
Aku terus larikan diri ambil kunci kereta dan terus memecut laju keluar dari rumah. Pergh!!! Laju betul aku pandu kereta!
Aku terus ke rumah kawan aku dan kawan aku cadangkan kepada aku untuk buat pendinding di rumah aku. Sejak kejadian itu, aku rasa kaki aku selalu seram sejuk dan terasa berat.
Sejak kejadian itu, aku tidak menjuntaikan kaki aku lagi. Namun Leper tetap tidak tahu apa-apa . Adakalanya takut juga Leper cuit manja dengan aku. Takut kejadian haritu berulang lagiii....
Sambung
YOU ARE READING
Koleksi cerita seram
Horrorsambil membaca, jangan lupa memandang ke luar tingkap. Mungkin ada tetamu di luar sana yang sedang memandang anda. Atau dia sedang menunggu di dapur, tandas , menanti kedatangan pada lewat malam. Mana tahu, kan? Jangan gugup, mereka juga sama seper...