Semuanya Hijau (SERAM)

377 14 0
                                    

Lapan bulan lalu, seorang penduduk kampung yang juga jiran iaitu Pak Samad datang ke rumah. "Mail....hang ada masa tak? Aku nak minta hang tolong tebas semak samun di hujung kebun aku tu. Dekat dengan sungai," pinta jiran Mail yang dipanggil Pak Samad sebaik saya muncul di depan pintu rumah.


Beritahu Pak Samad lagi, apabila sudah dibersihkan, dia mahu mendirikan kandang kambing. Pak Samad mahu menternak kambing.

Setahu Mail juga, tanah di hujung kebun Pak Samad itu sebenarnya tanah rizab sungai. Jadi sesiapa saja boleh bercucuk tanam.

"Boleh. Saya pun tak ada kerja sekarang ni. Elok juga tu," jawab Mail. Maklumlah Mail baru sahaja berhenti kerja kilang seminggu lalu.

Setelah bersetuju dengan kadar upah yang Mail minta sebanyak tiga ratus ringgit, pak Samad minta Mail mulakan kerja keesokan harinya. kata Pak Samad, lagi cepat Mail mulakan kerja, lagi bagus sebab baka kambing yang dibelinya akan sampai dalam masa tingga minggu lagi.

Malamnya ketika melepak dengan kawan-kawan, Mail berceritalah tentang permintaan Pak Samad itu.

"Hujung kebun dia tu? Tanah rizab sungai tu? Berani hang, sanggup nak pi tebas. Kawasan tu keras! Kalau tak, Sudin kebun sebelah Pak Samad tu dah lama tanam pisang kat situ. Sebab keraslah dia tak berani," celah kawan Mail yang bernama Razak bila mendengar cerita Mail.

Mendengarnya Mail hanya ketawa. Memang Mail pernah dengar cerita orang tua yang mengataka kawasan itu keras.

Dakwa mereka, di situ ada perkampungan orang bunian. Tapi entah betul atau tidak, Mail tak pasti. Tak ada sesiapa yang pernah tunjukkan bukti.

"Alah, kalau ada pun, biarlah. Aku bukan nak kacau dia. Aku nak pi tebas . Pak Samad nak bela kambing aja. Lepas ni boleh la orang bunian berkawan dengan kambing, ha ha ha..."jawab Mail acuh tak acuh dan tergelak besar.

Seawal pagi esoknya, Mail sudah sampai di kebun tersebut. Mail memerhati sekitar. Dia melihat tanah di hujung kebun itu tidak terlalu semak. Hanya ditumbuhi pokok keladi, anak-anak pokok dan lalang.

"Dua hari boleh siap ni," kata Mail dalam hati sebelum mengayun sabitnya memutuskan anak-anak pokok di hadapannya.

Setelah dua jam, hampir separuh kawasan itu berjaya Mail bersihkan. Tapi sedang leka menebas , tiba-tiab Mail diserang sakit perut yang amat sangat. Rasanya mencucuk-cucuk sampai ke hati.

Kepala Mail juga terasa berpinar-pinar. Langit terasa berpusing. Akibat terlalu sakit, mail hatuh ke tanah. Air liur meleleh jatuh. Mata Mail terpejam rapat sambil mengerang kesakitan dan.....

Entah apa lagi yang berlaku, saya tak tahu....

Untuk mengetahu selanjutnya, sila ke part seterusnya. Terima kasih.

Tiba- tiba sahaja Mail muncul di sebuah kawasan. Ia begitu asing bagi Mail. Kawasan perkampungan itu begitu cantik. Rumah-rumah di situ besar dan berwarna seperi keemasan.

Peliknya, di kawasan itu terdapat banyak makhluk ganjil. Kambil berkepala seperti anjing. Ayam pula lebih besar daripada ayam yang pernah Mail lihat. Mungkin tiga kali ganda lebih besar.

Lebih pelik, ada antara wajah manusia di situ mukanya seperti patung teddy bear. Cara berpakaian mereka adalah seperti pahlawan di zaman silam. Semua warna baju mereka adalah sama iaitu berwarna hijau.

Siapakah mereka?

Dalam keadaan lemah, tiba-tiba uncul seorang wanita cantik. Tetapi mukanya memandang Mail dengan bengis. Matanya tajam merenung seperti sedang marah.

"Kenapa engkau ganggu kampung kami, hah!" herdik wanita itu.

"Ganggu? Saya tak ganggu . Saya hanya menebas," jawab Mail.


Untuk part yang seterusnya adalah part yang terakhir untuk tajuk Semuanya hijau, untuk tahu kisah yang selanjutnya, sila ke part seterusnya. Terima kasih... :)







Koleksi cerita seramWhere stories live. Discover now