"Woi, cepatlah sikit!" jerit Aznan yang mahu kawan-kawannya segera mencari wanita berkenaan di dalam kolam.
Pun begitu, mereka masih seperti tadi, tanpa ada tanda-tanda cemas. Bertambah Aznan pelik, sebaik sampai di tempatnya berdiri, para pengawal keselamatan serta pekerja hotel itu bukannya terus meyuluh di sekitar kolam renang, sebaliknya menyuruhnya duduk an bertenang.
"Sekarang engkau cerita pada kami apa yang terjadi, dari mula sampai habis," kata Badrul, penyelianya malam itu.
Aznan segera menunjuk ke tempat dia melihat wanita berkenaan duduk serta lemas. Suaranya tergagap-gagap.
Sebaik habis Aznan bercerita, Badrul terus mencelah," Aznan... kalau engkau nak tau, malam ni engkau dah kena 'main' dengan benda tu. Untuk pengetahuan engkau, kawasan kolan ni adalah salah satu tempat yang paling ditakuti di hotel ini.
"Sudah banyak kali orang nampak ada perempuan menangis sorang-sorang pada waktu malam dan awal pagi begini. Sebelum ini ada orang yang pergi dekat perempuan tu... tapi bila nampak keadaannya lain macam, mereka terus cabut.
"Ada juga yang nampak perempuan itu berdiri dan melayang ke kolam, kemudian terus hilang. Cuma malam ni aja lain sikit.. . sebab dia tau engkau ni berani," kata Badrul.
Semasa menyebut perkataan 'berani' sengaja Badrul meninggikan suaranya dan mengangkat kening ke arah pengawal-pengawal lain. Tujuannya untuk menyindir Aznan.
"Satu lagi kau cakap tadi ada Hafiz bantu kaun cari perempuan tu, kan?" tanya Badrul.
Aznan mengiakan.
"Kalau kau nak tau, sejak lepas buat floor patrol dengan kau pukul 1.00 pagi tadi, dia lepak di bilik kawalan sebab badannya tak berapa nak sihat. Dia sendiri terkejut bila kau beritahu pekerja hotel dan maklumkan melalui walkie talkie bahawa dia bantu kan di kolam renang," kat Jamal.
Aznan tergamam.
"Eh... betul ke ni, bos?" soal Aznan cemas.
"Betul. Kalau kau tak percaya, kau tanya Hafiz."
"Hafiz... macam mana? Betul ke kau tak bantu aku tadi?" soal Aznan.
"Betul... takkan aku nak tipu kau pulak. Mula-mula memang aku lepak kat lobi, tapi lepas tu aku berehat ke bilik kawalan. Kepala aku pening, rasa macam nak demam. Encik Badrul sendiri tengok aku berehat kat bilik kawalan," jawab Hafiz.
Kata-kata Jamal dan Hafiz itu menyebabkan darah Aznan terasa kering. Dia diburu pertanyaan yang sukar untuk dijawab. Kalau buka Hafiz, siapa pula yang membantunya tadi?
"Untuk pengetahuan kau, di sini dulu ada seorang perempuan mati bunuh diri. Selepas kematiannya itulah orang selalu nampak dia duduk menangis di kerusi hujung sana dengan pakaian dan badan yang basah kuyup.
"Kami memang nak beritahu engkau, tapi bila tengok engkau berlagak sangat, cakap siapa yang percaya pada hantu dan benda-benda misteri macam ni adalah orang yang otaknya tak waras, jadi kami diamkan sajalah.
"Bagi kami, biarlah engkau saksikan sendiri, kemudian engkau tentukanlah sendiri sama ada engkau waras ke tidak," sekali lagi Badrul menyindir.
Sebelum kembali ke tempat bertugas masing-masing, mereka pergi ke kerusi wanita berkenaan dilihat oleh Aznan sedang menangis sendirian.
Di atas lantai kelihatan jejeran air yang masih baru lagi, bermula dari kerusi berkenaan hingga ke tepi kolam tempat dia dilihat terjun dan terus ghaib! Jejeran air itu berlimpahan petanda ia baru saja berlaku!
Kejadian itu menyebabkan Aznan demam selama seminggu. Mulai hari itu dia tergolong ke dalam kumpulan orang dahulu diejeknya sebagai tidak waras!
Tamat
![](https://img.wattpad.com/cover/53201002-288-k813439.jpg)
YOU ARE READING
Koleksi cerita seram
Horrorsambil membaca, jangan lupa memandang ke luar tingkap. Mungkin ada tetamu di luar sana yang sedang memandang anda. Atau dia sedang menunggu di dapur, tandas , menanti kedatangan pada lewat malam. Mana tahu, kan? Jangan gugup, mereka juga sama seper...