Senja 7 September (SERAM)

314 11 0
                                    

Yati adalah anak peneroka Felda. Biasanya penduduk kampung Yati melupuskan sampah dengan dua cara. Pertama, jika setakat dedaun kering atau ranting patah mereka perun sahaja jadi abu.

Tetapi jika sampah yang tidak boleh dilupuskan, mereka meminta pihak majlis bendaran membantu mereka mengangkut sampah ke tempat yang sewajarnya.

Sampah-sampah ini akan dilonggokan dikawasan terpencil di hujung kampung Yati bagi mengelakkan bau busuk menganggu penduduk setempat. Pihak majlis bandaran pula hanya membuat kutipan seminggu sekali sahaja.

Yati walaupun sudah ada dua orang anak kecil, masih tinggal dengan ibu bapa kerana mereka berdua sudah uzur. Sebagai suri rumah, tugas membuang sampah sememangnya menjadi kewajipan Yati.

Biasanya dua atau tiga hari sekali Yati akan berseorangan memandu ke tempat pembuangan sampah tersebut. Oleh kerana kawasan itu agak terpencil, tong-tong besar yang disediakan oleh pihak majlis bandaran lazimnya menjadi tumpuan pelbagai spesies monyet untuk mencari sisa makanan.

Pada 7 September itu Yati memang agak sibuk sedikit berbanding hari-hari sebelumnya. Ketika jam sudah hampir 7.00 malam barulah Yati sempat menghantar sampah ke tempat pembuangan itu.

Ibu menasihati Yati agar membuang sampah pada hari berikutnya, tetapi dek kerana bau yang sudah menusuk hidung, Yati beranikan diri untuk pergi jua.

Oleh kerana waktu telah hampir Maghrib, jadi Yati langsung tidak terserempak walau seorang pun umat Muhammad di sepanjang laluan Yati ke tempat itu. Malah haiwan seperti burung, tupai atau kucing, seekor pun tidak ada yang melintas di depan Yati.

Mungkin semuanya sedang berzikir di sarang masing-masing sementara menunggu azan Maghrib agaknya. Hati Yati agak gusar dan berdebar-debar.

Tiba di tong pembuangan, Yati masih boleh melihat suasana keliling walaupun matahari makin melabuhkan tirainya. Sebaik membuka but kereta kecil, Yati mengeluarkan dua buah tong yang penuh sampah dan bersedia untuk membuangnya.

Tiba-tiba seekor monyet yang sangat besar keluar dari timbunan sampah di dalam tong besar itu dan berdiri tegak serta menyeringi ke arah Yati. Yati terperanjat dan hampir terlentang ke belakang.

"Tak guna engkau!" seranah yati pada monyet itu.

Tangan Yati mencapai seketul batu dan membaling ke arahnya. Serentak dengan itu Yati dengar suara monyet-monyet lain dari pohon-pohon besar yang memagari kawasan sekitar bersahut-sahutan dengan nada yang meremangkan bulu roma.







Koleksi cerita seramWhere stories live. Discover now