Dorm

594 23 3
                                    

Asrama memang sinonim dengan kisah hantu. Nak kata banyak budak mati bunuh diri, tak jugak! Tapi itulah yang berlaku kat aku zaman aku amek diploma dulu.

Aku memang dah lali dimomokkan dengan cerita hantu UiTM dari zaman sekolah lagi. Bila aku dapat je masuk U, aku jadi frust sebab dalam banyak-banyak universiti yang aku apply, UiTM yang aku dapat!

Tak, aku tak kata UiTM tak bagus tapi sejujurnya, aku paling banyak dengar orang bercerita pasal hantu di UiTM. UiTM tu dah lah bersepah satu Malaysia, sah-sah lah aku dah dengar 1001 kisah seram tentang UiTM di semua negeri.

Aku frust sebab, aku takut hantu!

------

Dah berbulam aku duduk sini. So far elok je. Cheh! Confirm ni orang yang suka buat mulut nak takutkan orang macam aku dari masuk U.

-----

"Aku balik lewat tau! Papehal kau cover aku please!", aku pesan kat housemate aku Zura. Kat UiTM ni, pintu gate besar tu akan ditutup jam 11malam tepat. Kalau kau balik 11.01malam sekalipun, pintu pagar utama tak akan dibuka semula. Ini untuk mengajar kami para pelajar tentang disiplin dan tanggungjawab.

To cut short, aku panjat pagar nak masuk kawasan dorm aku. Jam baru 1.25pagi. Aku dah biasa buat kerja macam ni cuma malam ni, aku terasa macam aku diperhatikan.

Meremang bulu roma aku. Bulu roma kat tengkok lagi lah dah mencanak-canak naik. Aku gagahkan diri. So far ok.

Aku baru je nak rasa lega sebab dah sampai floor aku, aku terdengar bunyi loceng kaki berdecing-decing. Bukan bunyi loceng biasa ya tapi bunyi loceng kaki yang selalu penari India pakai tu.

Mula-mula aku ingat ade orang practice menari. Tu lah, kalau fikir logik memang takdenya orang nak practice menari pepagi buta tapi siapa je yang menari ni? Berdecing-decing bunyi kuat pulak tu.

Eh, terasa jauh bebeno dah bilik aku. Jalan punya jalan tapi tak sampai-sampai. Ah sudah! Aku stop sebab terlalu takut.

Tiba-tiba berdesing telinga aku dek sunyi sangat area dorm ni. Aku baru terperasan yang bunyi loceng tu bukan dari bunyi orang menari.

Sial lah! Lutut aku menggeletar weh bila aku sedar yang sebenarnya benda tu ikut aku berjalan! Aku takut nak toleh kiri kanan. Toleh belakang pun aku tak sanggup.

Sebab takut sangat aku terus lari pecut sampai depan pintu bilik aku.

Aku menggigil ya nak buka pintu bilik sebab waktu aku lari tadi bunyi loceng tu pun makin laju berdecing. Sah lah aku dah kena ikut.

Nasib baik aku teringat pesan orang tua-tua kalau rasa ade 'benda' ikut balik, jangan terus masuk rumah.

Dalam aku menggigil dok sebuk nak masukkan kunci ke tombol pintu tu, aku nangis.

Sumpah aku rasa seram sangat. Nak terkencing pun ada. Dah lah kunci ni tak masuk-masuk dalam tombol gara-gara tangan aku menggeletar.

Aku genggam kunci tu and decide untuk jalan dalam bulatan depan pintu tu. Aku dah takde time nak lengah-lengah. Aku nak masuk bilik aku je waktu tu.

Waktu aku buat pusingan pertama, anak mata aku nampak kelibat lembaga tu tengah mengikut aku. Cilaka gila boleh pulak aku nampak dia. Untuk pusingan kedua, kami berselisih. Babi! Babi! Babi! Itu je yang aku boleh cakap waktu tu.

Untuk pusingan ketiga, aku kuatkan diri baca Al-Fatihah. Time tu, memang surah ni je aku betul-betul ingat. Terkumat-kamit mulut aku baca dalam nada perlahan. Dalam hati pulak bukan main rancak aku berdoa supaya Tuhan tolong aku, lindungi aku.

Habis pusingan ketiga, aku hentak kaki aku tiga kali depan pintu, terus jolok kunci masuk tombol then cepat-cepat masuk bilik.

Waktu aku nak tutup pintu tu aku nampak lembaga tu masih jalan berpusing-pusing cuma kali ni nampak macam dia mencari-cari aku.

Aku tak nak tahu apa jadi lepas tu, aku terus kunci pintu, then lompat atas katil. Aku syak aku pengsan sebab sedar-sedar, dah esok pagi.

TegurWhere stories live. Discover now