Bertenggek

361 15 0
                                    

Lumrah tinggal di hostel mesti pernah dengar atau terserempak dengan hantu jual kuih tepi tingkap kan? Korang mesti dah lali and maybe ade jugak yang tak percaya dengan kisah-kisah mak cik jual kuih lah budak jual kuih lah yang selalunya bertempat di tepi tingkap dorm orang yang duduk kat tingkap dua dan keatas. Selalunya cerita sebegini tersebar meluas bila nak time exam week sebab time time tu, budak-budak semua ramai yang stay up. Kan?

Aku juga salah seorang yang sangat skeptik dengan cerita sebegini. Bagi aku, tu semua rekaan minda mereka yang gemar berimaginasi dan dahagakan perhatian kerana tidak cukup diberi kasih sayang. Dengan bongkaknya aku sengaja stay up late malam untuk experience sendiri aktiviti paranormal yang digembar-gemburkan oleh rakan-rakan sekuliah.

Nak dijadikan cerita, setiap kali aku try nak stay up je mesti aku end up tertidur. Aku tak mampu nak stay up. Entah kenapa. Mungkin jugak sebab aku memang sejenis yang tidur awal. Aku bukan jenis yang cram everything masuk otak malam sebelum exam. Makanya body aku tak biasa and aku tak dapat nak sahihkan aktiviti paranormal dekat dorm aku.

Lepas habis exam week, kami semua cuti. Aku pun balik kampung macam biasa. Lupa pasal segala hantu, jembalang bagai. Masa malam pertama aku balik kampung tu lah aku mula percaya yang kita bukan hidup sendirian dalam dunia ni.

Mula-mula aku just asyik terdengar nama aku kena panggil. Aku rasa pelik jugak tapi aku abaikan je. Masa aku nak mandi, aku terasa macam ade orang tengok aku. Aku pun tak sure kenapa. Aku pusing-pusing tak gak aku nampak siapa-siapa. Tapi tu lah. Aku rasa macam mata aku kabur. Aku gosok macam mana pun aku tak mampu nampak dengan jelas. Nak kata aku rabun, aku baru check dua minggu lepas. Regular medical check up. Katanya aku ada perfect eyesight. Atau dalam bahasa lain dia, vision aku sangat power ah!! Boleh nampak Vision 2020 hehe

Usai mandi, aku berlari masuk bilik nak siap siap pakai baju. Time tu lah baru jantung aku berderau rasa nak gugur. Tak... Bukan... Aku rasa buat seketika, nyawa aku dah tercabut dari jasad aku. Aku memang tak percaya apa yang aku nampak dalam cermin. Aku gosok-gosok mata. Ya Allah!! Itu je yang mampu terpacul dari mulut aku.

Aku menjerit lagi, "Ya Allah!! tolongggg!!!". Mak aku bergegas masuk bilik. Dia terpinga-pinga tengok aku. Aku suruh dia tolong aku tapi dia menunjukkan reaksi muka yang tak paham. Aku suruh dia tarik aku sambil aku buang something dari muka aku. Mak lempang aku. "Kau ni kenapa? Bersabar boleh! cakap dengan mak kenapa ni?". Aku meraung sambil gosok mata aku sambil tunjuk cermin. Menggila aku gosok mata aku sampai biji mata aku dah merah. Mak pukul tangan aku pastu bawak aku duduk depan. Mak cepat-cepat call Bapak suruh balik rumah.

Sambil tunggu Bapak aku balik, Mak aku duduk dengan aku tanya aku kenapa. Aku dalam sedu akibat lama sangat menangis, cuba nak explain tapi aku rasa macam mulut aku dikunci. Aku tak mampu nak bercerita. Aku takut gila. Aku tak boleh berhenti menangis.

Kebetulan, Bapak balik dengan Tok Imam kampung. Waktu Tok Imam masuk je rumah terus dia istighfar. Tok Imam panggil Bapak aku borak kat luar dan suruh Mak aku duduk dengan aku jangan biar aku duduk sorang. Aku still tengah menangis tak berlagu. Sesekali bunyi sedu naik turun.

Tak lama lepas tu, Tok Imam bawak aku duduk luar. Aku tak ingat dah apa yang berlaku selepas tu.

Esok aku bangun, aku tak berani nak tengok cermin tapi aku dayakan diri jugak untuk tengok. Aku tengok mata aku dah tak kabur.

Aku keluar dari bilik.

Rupanya selama ni aku tak nampak apa-apa aktiviti paranormal sebab ade jin yang dah lama bertenggek kat bahu aku. Tangan dia selalu tutup mata aku dari nampak benda benda halus yang berkeliaran. Dia bukan jin yang baik. Dia tutup pandangan aku bersebab. Dia nak tumpang duduk dalam aku.

Mujurlah Tok Imam dah buangkan dia dari aku. Dia merupakan jin yang berkeliaran nak bertuankan aku. Aku taubat tak nak tahu dah pasal makhluk halus. Rupa wajah dia biarlah aku rahsiakan supaya korang yang terbaca ni boleh tidur lena.

Nasihat aku, jangan takbur bab bab makhluk halus ni dan jangan sesekali mencabar kekuasaannya. Benar, kita hanya perlu takut pada Allah yang satu tapi sejujurnya kalau kau nampak hantu jelmaan jin dan syaitan ni memang kau akan rasa takut yang lain macam. Rasa takut itu mengatasi takut kau pada tuhan, malaikat, kitab serta akhirat. Jujur aku katakan waktu tu kau tak akan mampu nak lawan rasa takut tu sebab iman kau tak tebal mana.

Oleh itu, aku nasihatkan supaya jauhi dunia sesat dan dekatkan diri dengan tuhan. Penuhkan hati dengan makanan rohaniah supaya dijauhi dari gangguan iblis yang sememangnya berniat untuk sesatkan cucu cicit Nabi Adam a.s.


TegurTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang