Bukit Larut

405 11 0
                                    

Kisah ni berlaku waktu cuti raya dulu. Aku dah tak ingat dah tahun bila.

Di saat orang semua sibuk masih menjalankan aktiviti ziarah-menziarahi, kami sekeluarga decide nak ronda lah pekan Taiping. Ronda punya ronda punya ronda tiba-tiba kami end up kat Maxwell Hill atau nama Melayu nya, Bukit Larut.

Abah aku saja lah tanya pos renjer kat kaki bukit tu kalau-kalau masih ade resthouse yang available untuk book. Renjer tu cakap tinggal 1 bilik je, bungalow tu nama dia Beringin. Yang lain semuanya dah ade orang duduk. Entah kenapa, abah aku terus book untuk malam ni.

Dia happy-happy masuk balik kereta, explain yang kami bakal menginap dalam Maxwell Hill. Budak belasan tahun macam aku ni, yang sememangnya anak jati belantara konkrit ni jadi excited jugak ah nak tidur dalam hutan walaupun aku tak tahu sebenarnya apa ade dalam Bukit Larut neh.

Kami bergegas ke rumah nenek untuk packing barang. Bila kami bagitau je relatives yang kami nak menginap di Maxwell Hill. Soalan yang terpacul dari bibir mereka ialah, "kenapa?"

Not knowing yang dah ade macam-macam kes mistik pernah berlaku, kami sekeluarga pun rush pergi balik ke Maxwell Hill. Nak naik atas time tu dah nak Maghrib. Memang orang awam tak dibenarkan drive dengan sendiri ke atas makanya renjer tu bawak lah kami nak four-wheel dia.

Tunggu dalam lima menet gak ah nak tunggu renjer bawak kami naik atas sebab dia sibuk nak carik orang teman dia naik atas. Pelik! Tapi waktu tu mana lah nak sedar. Apa yang aku dengar ialah, "hang teman lah aku naik! Nak Maghrib dah ni", berulang-ulang kali.

Bila dah ade orang temankan renjer tu, kami pun mulakan perjalanan. Tak sampai half-way kami naik, tiba-tiba ade kijang lintas kenderaan kami. Terkejut renjer tu terus tekan break dan dia beristighfar sambil urut dada dia.

Of course kami pun tersentak jugak jiwa bila kena emergency break macam tu. Kalau dalam drama atau horror movie, mesti aku dah syak ade benda bakal berlaku tapi bila dah terjadi in real life tanda-tanda awal macam ni, aku tak sedar. Aku abaikan. Aku assume itu normal sebab kami dalam hutan.

Renjer teruskan perjalanan bila kijang tu dah masuk semak balik. Tapi, ayat yang renjer tu sebut bila dah lepas incident tadi tu sepatutnya buat aku sedar yang ianya suatu petanda tapi aku still tak perasan. Renjer tu cakap, "tak pernah lagi lah ade kijang lintas depan jeep lagu tu selama saya berkerja kat sini", dan ayat dia disambut pulak dengan renjer peneman dia tu, "sabaq na... lagi sikit ja nak sampai puncaq! takda apa apa tu..."

Sesampai ja kami kat bungalow tu, kami pun masuk macam biasa. Mata aku tertarik dekat lohong fireplace yang disimen tutup. Entah kenapa fireplace tu di-sealed begitu sekali. Aku syak sebab kat Malaysia mungkin benda tu tak relevant kot. Pusing-pusing rumah tu, aku sedar yang dapur dipisahkan dari rumah. Ya lah, kami bermalam dalam rumah peninggalan penjajah British. Dapur kan tempat orang gaji, makanya dia separate dengan rumah dan ade bilik lain untuk maid, juga separate dari rumah.

Dah nama pun bungalow, of course lah luas. Ade dua bilik ja tapi setiap bilik memuatkan 8 single bed. Kedua-dua bilik tidur ni ade connecting door tau tapi entah kenapa pintu itu turut di-sealed. Batang kayu dipakukan ke pintu tersebut dalam bentuk X supaya penginap tidak dapat membuka connecting door itu. Aneh sekali.

Sekali lagi renjer bercakap dengan aneh tapi kali ini kepada ibu bapa aku, "akak, abang kalau malam nanti anak sakit perut ke, talipon ja saya dan kami akan mai amek satu family." Mama aku angguk sahaja tanpa menyoal. Sekali lagi sebelum mereka pergi, renjer tu mengingatkan kami, "kalau ada apa-apa kak! Apa-apa ja sila talipon kami ya!".

Malam tu, abah aku sibuk dengan hobi fotografinya. Kami pun sibuk pose-pose maut di ruang tamu. Fireplace yang ditutup itu masih lagi aku tertarik dengannya. "Ma, kenapa diorang sealed firewood place ni eh?", aku bertanya pada ibuku. "Taknak haiwan hutan masuk lah tu...", jawabnya bersahaja.

TegurWhere stories live. Discover now