Kisah ini berlaku sekitar 2018. Aku memang dah jarang balik kampung sebab ramai yang dah berhijrah ke ibu kota makanya kalau takde kenduri, memang kau tak akan nampaklah batang hidung aku kat kampung tu. Alah, lagipun kampung aku tu kat hujung-hujung negeri Selangor je pun so memang balik hari je ah kalau ada pun...
Anyways, aku bukan nak cerita kisah kampung aku tapi aku nak cerita kisah arwah tok saudara aku. Dia dah meninggal dalam tiga tahun lepas. Tanah rumah dia tu luas tapi anak cucu semua dah duduk bandar so memang terbiar aja lah lepas dia dah tak ada.
Lama-lama lepas dah settle pembahagiaan harta bagai (aku rasa lah), sebab tiba-tiba family diorang (sedara aku tu lah, family dia) decide untuk jual rumah tu. Jual rumah kira termasuklah tanah tu sekali.
Tapi atas sebab sukar mendapat buyer, diorang decide untuk sewakan aja dulu. Rumah tu bukan rumah usang tau! Rumah banglo tapi setingkat aja lah. Bila dah start menyewa, ramai yang datang dan pergi. Rata-rata semua tak menyewa lama. Bila dirisik-risik semua pun tak mahu buka mulut. Semua kata, dah jumpa rumah lain lah, besar sangat tak larat nak manage lah, macam-macam lah!
Dengan tak merasakan apa-apa family saudara aku tu pun sebulat kata mencari buyer dengan lebih giat lagi. One day, Alhamdulillah dapat juga buyer yang tak negotiate untuk harga rendah dari nilai pasaran.
Bila selesai sahaja proses jual beli, uncle tu pun mula lah proses meroboh dan membina bungalow baharu. Rumah tu memang awesome lah! Sumpah cantik. Dah tak ada langsung sisa kenangan tok sedara aku tu.
Anyways, lepas rumah tu siap dah siap mereka pun pindah masuk. Malam pertama mereka tinggal di situ, sewaktu uncle tu nak tidur... ade kad pengenalan jatuh "kepelekkkkkk" atas muka dia. Ya, KAD PENGENALAN! IC!
Tak kisah lah kalau IC ahli keluarga ke apa kan... masalahnya IC yang jatuh tu milik tok sedara aku! Esok tu terus uncle tu blah je. Tak lama dalam seminggu dua lepas tu, terus uncle tu pacak sign "For Sale".

ANDA SEDANG MEMBACA
Tegur
HorrorDari mulut ke mulut, himpunan kisah mereka yang pernah di'tegur'. Setiap cerita di dalam ini ialah pengalaman setiap individu yang berbeza yang mahu identiti mereka dirahsiakan.