Kawan

413 14 2
                                    

Cerita ni berlaku di zaman-zaman kegemilangan Myspace. Yes, zaman 2003!

Aku ade seorang kawan yang baik dan awesome! Dia ni memang power dan pandai. Kami dua-dua budak uni yang sama. Cukuplah setakat korang tahu yang uni aku ni memang terkenal di bumi Malaysia ini.

Kami tinggal serumah, sewa bilik lain-lain lah tapi. Senang cerita, aku panggil dia Gadis. Aku asal dari kampung. Bila pindah belajar kat bandar ni, aku bersyukur sangat-sangat dapat jumpa kawan sebaik dia.

Mesti korang pelik kenapa aku dah menyewa sebab sepatutnya budak luar bandar kan dapat duduk asrama dalam kampus? Bodohnya aku masa isi borang dulu, aku lupa nak isi borang rayuan untuk stay duduk hostel.

Anyway, cut short cerita, aku duduk menyewa dengan seorang yang aku panggil dia Gadis. Dulu kami duduk serumah ade lima orang tapi entah, lepas sorang, sorang blah tanpa notis.

Rumah sewa kami ni asalnya ada empat bilik je tapi owner dah modify storeroom bikin bilik. Store itu lah bilik sewa aku. Sewa RM100 je sebulan beb!

Aku pun hairan kenapa tak ada sorang pun tahan nak duduk situ lama-lama. Aku ok je. Tapi dah dekat setahun aku duduk dengan Gadis. Dia memang baik. Aku masak, dia makan, dia masak aku makan. Aku kemas, aku buang sampah, dia kemas, aku jugak buang sampah. Gadis ni dia memang suka tolak ansur tapi satu je dia tak boleh tolak ansur iaitu dia benci cahaya matahari.

Gadis tak pernah nak keluar rumah. Sapu laman rumah tu memang aku yang buat sorang. Aku tak kisah pun sebab aku selalu upah mamat Bangladesh bersihkan. Rumah sewa kami diapit dua pokok nangka yang rimbun. Sayangnya pokok-pokok tu tak pernah berbuah. Rimbun je lebih.

Sejujurnya, aku ngan Gadis tak pernah ada masalah. Dia pun memang jenis tak suka keluar bilik dan tak banyak cakap. Tapi kami kerap lah borak pillow talk. Nak nak bila aku tiba-tiba rasa seram semacam, aku selalu ajak dia tidur sebilik ngan aku. Dia tak pernah tolak.

Aku tak pernah nampak Gadis kat campus. Tak pernah terserempak langsung tapi dia pernah bagitau yang dia memang belajar di uni yang sama dengan aku, cuma fakulti kami berbeza. Usually takde masalah nak terserempak dengan orang fakulti lain pun kat uni ni tapi entah kenapa aku tak pernah langsung nampak dia.

Dia pun selalunya dah takde bila aku bangun. Sejenis manusia yang pergi kampus pepagi buta. Itulah si Gadis. Aku dah balik dari kampus pun dia tak ada. Selalu dia balik waktu petang lepas Maghrib.

Betul lah cakap orang tua-tua. Bila kita tak tahu, kita tak akan takut. Aku cakap macam ni sebab sebelum ni aku tak rasa pelik pun dengan Gadis. Cuma, bila ada seorang budak course aku cakap dia tak percaya aku sanggup duduk menyewa kat rumah aku, aku jadi resah. Dia cakap, "kau menyewa kat rumah atas bukit tu? Kau gila ke hape? Rumah tu usang dan terbiar kot!!".

Aku rasa rumah aku tak lah usang mana. Aku cuba tengok rumah aku dari angle celah kangkang. Aku tunduk kan badan aku untuk tengok rumah. Nampak normal je so aku buat tak tahu. Entah betul entah tak. Method tu pun aku belajar dari tengok cerita hantu siam.

Selang seminggu, aku terjumpa dengan coursemate aku kat library, Maryam. Dia ni mati-mati suruh aku keluar dari rumah sewa aku. Gila ke hape? Aku sewa 100 hengget je kot, sebulan! Memang tak lah nak blah. Lagipun aku selesa sebab dah macam aku sorang je duduk rumah tu. "Kau nak tahu tak apa sebenarnya yang jadi kat rumah tu?", bisik Maryam. Aku buat-buat tak dengar.

Malas aku nak layan kalau dia nak cerita pasal hantu atau ade orang pernah mati bunuh diri kat situ. Sebab sejak aku masuk uni ni, macam-macam cerita aku dengar and mostly semua tu khabar angin je pon. "Aku tahu, kau nak cakap pasal budak mati dalam rumah tu kan?", aku balas buat-buat macam aku tahu cerita pasal rumah sewa aku.

TegurTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang