Kahwin Dengan Aku Ajelah! 7

2.3K 60 1
                                    

"SAYANG, kenapa diam aje ni? Marahkan abang ke?" Muslim menyoal Zara setelah separuh perjalanan mereka tempuhi.


Dari saat mula-mula melangkah masuk ke dalam kereta sampailah sekarang, Zara langsung tidak membuka mulut. Dia tidak tahu sama ada Zara masih marahkan dia ataupun sedang runsing memikirkan pertemuan yang bakal berlangsung pada tengah hari nanti.


"Eii... boleh tak kalau awak jangan bahasakan diri macam tu? Saya gelilah. Tak suka dengar. Menyampah!" Zara lepas perasaan tidak puas hati. Rasa nak termuntah dengar Muslim guna nama panggilan abang-sayang di antara mereka.


"Sedap apa? Abang suka dengar. Sweet! Macam gula-gula kapas," balas Muslim seperti tidak terkesan langsung dengan kemarahan yang dihamburkan oleh Zara. Ah! Peduli apa dia. Zara suka ke, tak suka ke, dia tetap nak bahasakan diri abang dan sayang juga.


"Huh! Sweetlah sangat. Lagi meluat adalah." Zara mendengus sambil lipat tangan ke dada. Dia pandang ke luar tingkap. Tengok pokok lagi tenang daripada tengok muka Muslim. Sakit hati!


Muslim toleh Zara sekilas. Tersenyum.


"Abang suka tengok sayang marah-marah macam ni. Sebab bila sayang marah muka sayang jadi merah. Sweet. Macam gula-gula kapas jugak." Semakin galak dia menyakat Zara.


Zara jeling Muslim.


"Saya rasa awak ni kena pergi ke hospital. Jumpa doktor pakar sakit jiwa. Skru kat dalam kepala awak tu dah longgar. Sebab tu awak jadi gila macam ni," sindir Zara. Kenapalah dia ditakdirkan bertemu dengan lelaki mereng macam Muslim ni. Sakit seluruh perasaannya.


Muslim gelak besar. "Sayang tak boleh tolong ketatkan ke? Punca abang jadi gila sebab sayang jugak."


Mata Zara terjegil. Sebab dia?


"Apa yang awak merepek ni? Apa yang saya dah buat dekat awak sampai awak tuduh saya punca awak jadi gila?" Zara ketap bibir geram. Semakin melalut-lalut Muslim ni bercakap. Agaknya memang betullah kut skru dalam kepala Muslim sudah longgar.


"Betul ni sayang nak tahu?"


"Dah tu, buat apa saya tanya awak tadi? Awak ingat saya tanya sebab nak isi masa lapang aje ke?" Sinis Zara perli Muslim.


"Puncanya sebab..." Muslim berjeda seketika sambil tersenyum meleret memandang Zara. "Tak apalah, sayang. Lain kali ajelah abang beritahu ya?"


Muka Zara bertukar jadi cemberut. Sambil mendengus dia berkata, "Huh! Sakit hati betul bercakap dengan orang yang otak tak centre macam awak ni."


Muslim mahu ketawa tetapi cuba tahan daripada berbuat demikian. Tadi kena kata gila. Sekarang otak tak centre pula. Gilanya dia dekat Zara semakin tidak terkawal. Walaupun baru dua hari kenal Zara, tetapi dia tidak dapat menidakkan hakikat yang dirinya sudah jatuh cinta pandang pertama kepada gadis itu.



ZARA pandang sekeliling kawasan tempat Muslim parkir kereta. Di hadapannya merupakan bangunan kedai yang menempatkan banyak premis perniagaan. Kat sini ke Muslim nak ajak dia shopping?


"Sayang, jom..." pamit Muslim sekaligus menyedarkan Zara.


Zara toleh Muslim di sebelah. "Awak nak shopping apa dekat sini?"


Tanpa menjawab pertanyaan Zara, Muslim terus pegang pergelangan tangan Zara dan mengheretnya masuk ke dalam sebuah butik yang diberi nama The Fabulous Miki.


"Isy! Apa awak ni main pegang-pegang tangan saya? Saya tahulah jalan sendiri," marah Zara sambil merentap tangannya. Dia jeling Muslim tetapi lelaki itu buat tidak tahu sahaja.

Kahwin Dengan Aku Ajelah!Where stories live. Discover now