Musim luruh lima tahun lepas, aku bertemu dengan Taehyung. Masa tu kami masih budak sekolah tinggi. Aku baru pindah ke sekolah tu jadi masa tu aku tidak berapa kenal dia.
Dia popular, betul betul betul popular sampai cikgu sama pengetua pun kenal dia. Mesti deorang tersengih dan mengeluh kalau terdengar tu nama. Aku hairan kenapa sebab masa tu aku ni pendiam dan sangat antisosial. Bukan lah terlalu teruk sampai tiada kawan; ada lah dua tiga kawan aku di kelas..
Makin lama makin famous si Taehyung tu. Asal kena sebut nama terus semua perempuan di kelas ketawa dan tersenyum, tetapi kalau lelaki pula deorang tertawa yang macam jahat sikit. Terus aku terfikir, mesti orang Taehyung ni dibenci sangat oleh lelaki. Tapi malangnya aku langsung tidak tahu kenapa.
Selepas tiga bulan, aku penat sudah sebab suspen betul tentang budak Kim Taehyung ni. Dengar nama pun terus rasa rimas. Jadi aku pergi lah tanya kawan aku Sooyoung. "Sooyoung, Taehyung ni siapa? Anak guru ke?"
Sooyoung telah membesarkan matanya kepada aku. "Kau tidak kenal Kim Taehyung? Kau di mana selama ni??" terus dia ceritakan lah dengan aku serba sedikit tentang Taehyung. Dia kaya, dia popular, dia comel. Ah, itu ja dia beritahu. Macam bosan ja aku dengar.
"Tu saja? Hmp, aku ingat pelakon atau celebrity ka.."aku telah menjeling kepada Sooyung masa tu. Walaupun aku pendiam, aku ni boleh juga jadi sombong kadang-kadang. Bukan la aku menghina si Taehyung ni tapi seriously la, bosan ja aku dengar maklumat tentang dia tadi tu.
Lepas tu hidup berterusan macam biasa selama 6 bulan lagi. Tiba musim luruh yang dingin di Korea. Entah kenapa tapi minggu pertama sekolah kami cuti masa tu. Happy juga la rasanya kerana tiada sekolah tapi bosan juga kalau duduk-duduk di rumah saja, jadi hari pertama tu aku pergi la round-round sekeliling sekolah sekejap. Jangan hairan sebab aku sebenarnya tinggal beberapa kilometer ja dari sekolah baru aku tu. Setiap kali aku mahu pergi bandar, mesti aku terlimpas tu tempat.
Sunyi sepi tu sekolah tanpa orang. Kalau malam mesti bikin takut, aku terfikir masa tu. Tapi time tu pagi jadi tidak juga berapa seram. Aku berjalan-jalan di luar pagar saja sebab nanti takut kena tangkap oleh pengawal yang bertugas. Jauh-jauh aku berjalan sampai pergi ke belakang sekolah dimana kantin kami terletak. Baru masa tu aku perasan ada belukar tanaman yang sangat cantik dan menawan di sebelah kantin. Dia merupakan pokok yang besar tetapi bunga-bunga hanya sedikit dan belum mekar lagi. Walau bagaimanapun, aku sangat tertarik dengan tanaman tersebut.
Aku telah mengambil handphone aku dan mengambil gambar. Masa kamera aku flash tiba-tiba ada bunyi yang pelik berbunyi dari belakang pokok itu. Aku terperanjat sampai terlepas handphone aku dari tangan. Aku fikir kena tangkap oleh security ka apa tapi bukan security yang keluar dari tanaman tu.
Rupanya ada pelajar lelaki di belakang tu pokok. Dia keluar sambil mengenggam sebuah rantai yang diperbuat daripada pucuk-pucuk bunga. Aku pandang ke atas untuk perhatikan lelaki itu dengan lebih lanjut. Di atas kepalanya, ada sebuah rantai bunga macam yang dia pegang di tangan dia. Ekspresi muka dia kelihatan terkejut tetapi lembut. Dia pakai uniform sekolah, entah kenapa. Mungkin sebab dia ingat hari ni ada sekolah dan bukan cuti.
Lepastu, tu lelaki jemput aku pergi temankan dia dekat pokok tu. Dia tunjuk ke sebuah lubang besar yang berada di pagar wayar sekolah kami. "Itu la cara aku masuk ke sini tadi." Dia beritahu aku dengan senyuman lebar. Selepas beberapa lama, baru dia bagi aku namanya. Kim Taehyung.
Masa cuti tu aku selalu nampak dia di tempat yang sama setiap hari. Hari pertama balik sekolah aku tanya dia kenapa dia selalu pergi ke pokok cantik tu. Dia hanya tersenyum. "Rahsia la."
YOU ARE READING
Suamiku Flower Boy [completed]
RomanceFlower Boy - Seseorang lelaki yang bersifat lembut dan romantis. Sangat gemar dengan bunga dan tanaman. ✿ tolong baca part yang terakhir lepas sudah siap membaca ya~!!!