Musim sejuk lima tahun lepas, saya sedar bahawa Taehyung kena buli.
Dari hari yang aku dengar tu lelaki-lelaki di kelas aku tu ketawa dengan jahat aku sudah terfikir. Pelajar lelaki lain langsung tidak suka Taehyung.
Banyak kali sudah aku nampak si Taehyung kena ejek atau kena kasi hantam oleh budak-budak lelaki lain. Macam si Namjoon tu, suka betul dia buli si Taehyung. Asal jumpa si Taehyung terus dia mula menyakitinya. Tiada kerja lain ka Namjoon tu? Tidak guna betul.
Kesian aku tengok si Taehyung. Kenapa setiap kali dia kena buli dia terima ja? Kalau kena ejek, dia ketawa. Kalau kena tumbuk, dia minta maaf ja. Dia tidak lawan balik atau lapor dengan sesiapa. Ada satu kali aku mahu beritahu kaunselor tapi dia tidak suruh. Aku pun hairan. Dia ni takut ka apa?
"Jinhyun tidak perlu risau tentang aku." Dia telah menjaminkan aku masa tu. Walaupun dia cakap begitu, aku tetap berasa tidak senang hati dengan layanan buruknya daripada pelajar lelaki di sekolah tu. Aku bukan kecawa dengan mereka sahaja tetapi dengan Taehyung juga. Berani la sikit, apa kena dengan Taehyung ni? Bukan susah mahu beritahu guru atau ibu-bapa. Hal macam ni tidak boleh dibiarkan saja, aku sudah beri nasihat kepada dia, tetapi dia tetap degil.
Beberapa minggu sudah aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan Namjoon tanpa pengetahuan Taehyung. Selama ni aku nampak mesti Namjoon yang menyakiti dia. "Boleh ka kau jangan kacau Taehyung lagi? Kenapa kau selalu buli dia ni, arh? Kau ingat kau nampak cool la masa kau tumbuk orang yang langsung tidak buat salah kepada kau?!"
Terus Namjoon berdiri dari kerusi dia dan mengangkat satu kening. "Kau siapa, girlfriend TaeTae ke? Kah kau ni guru kaunselor baru?" Dia makin mendekatkan dirinya kepada aku sambil mengangkat satu genggam. "Kalau kau bukan dua-dua, kau langsung tiada hak untuk mengarah aku, ok?"
Tiba-tiba, pintu kelas terbuka dengan kuat dan dalam sekelip mata, seorang lelaki telah berlari diantara aku dengan Namjoon untuk menghalang aku daripada tumbukannya. Bunyi tumbukan itu sangat kuat sampai aku pun berundur daripada dua orang lelaki tersebut dalam ketakutan.
Namjoon menengok lelaki itu jatuh ke lantai sebelum dia berlari keluar daripada kelas kami. Aku tidak sedar bahawa aku menangis masa tu sebab aku terlalu terkejut dan takut. Tangisan aku menjadi lebih teruk setelah aku mendapati bahawa lelaki yang menyelamatkan aku itu adalah Taehyung.
YOU ARE READING
Suamiku Flower Boy [completed]
RomanceFlower Boy - Seseorang lelaki yang bersifat lembut dan romantis. Sangat gemar dengan bunga dan tanaman. ✿ tolong baca part yang terakhir lepas sudah siap membaca ya~!!!