5✿

151 11 0
                                    

Musim panas tiga tahun lepas, aku dan Taehyung menjadi pasangan.

Kenapa lama betul baru kami dating? Sebab masa awal tahun, Taehyung terpaksa pergi ke Korea Utara untuk mencari insititut pengajian baru. Dia kan kaya, tidak mustahil dia boleh pergi semenanjung kalau mahu sambung pelajaran. Sedih juga lah aku masa aku mengambil tahu tentang pemergiannya tetapi pada hari kami meluahkan perasaan kami, Taehyung cakap dia takkan melupakan aku dan akan sentiasa menunggukan aku. Kata-katanya memberiku banyak harapan untuk masa hadapan.

Hari yang sama, Taehyung telah menjemput aku pergi rumah dia dan berkenalan dengan keluarganya. Encik dan Puan Kim mempunyai personaliti yang sangat mesra dan ceria, sangat serupa dengan anak mereka sendiri. Taehyung juga mempunyai abang yang sedang melanjutkan pelajaran di Amerika seketika itu.

Menepati janjinya, Taehyung telah kembali ke Seoul selepas 5 bulan berada di Korea Utara. Dia mengaku bahawa dia tidak mendapat tawaran istimewa kerja atau insititut pengajian yang menarik. Dia hendak sambung mencari tempat lain untuk menyambung pelajaran tetapi sebelum itu, Taehyung berkata dia ingin meluangkan masa bersamaku terlebih dahulu. Aku hanya menerima perkataannya dengan senyap, terlalu gembira untuk bercakap banyak.

Taehyung tetap baik hati dan setia seperti dahulu. Sejak kami menjadi pasangan, Taehyung sentiasa membawa aku pergi luar sebab dia berkata bahawa duduk-duduk dalam rumah sangat membosankan. Selalunya dia bawa aku pergi tengok wayang lucu-lucu di panggung atau pergi restoran perancis yang hidangkan makanan sedap, tetapi suatu hari selepas 3 bulan kami dating, dia telah membawa aku pergi ke sebuah taman bunga di luar bandar.

Kami naik teksi masa mahu pergi ke taman tersebut kerana tempat itu sedikit jauh daripada bandar Seoul. Tempat itu sangat cantik dan mengagumkan. Pelbagai jenis bunga berwarna-warni berselerak di taman bunga itu. Pada pendapat saya, tempat ini lah yang paling saya gemar antara berbagai-bagai destinasi Taehyung telah membawa aku pergi sebelumnya.

"Ini dulu taman aku. Aku yang tanam semua ni bunga-bunga." Taehyung mejelaskan semasa kami berehat di bawah pondok kayu teduh yang berada berdekatan dengan taman bunga. Kemudiannya dia menunjuk ke arah suatu rumah yang besar beberapa kilometer daripada taman itu. "Aku dulu tinggal sama nenek aku selama 10 tahun. Di luar bandar ni bosan sebab tidak banyak boleh buat jadi nenek aku cakap baik kalau aku tolong dia tanam bunga di luar rumah. Aku mula tolong dia menanam bunga di pintu pagar rumah lepastu lama-lama terus minat. Jadi aku buat ni taman la. Nenek aku banyak tolong. Sejak aku pergi tinggal bersama keluarga aku balik, dia lah yang menjaga taman ini." Taehyung berkata sambil tersenyum.

Aku berasa sangat kagum dengan Taehyung pada hari itu. Baru aku perasan bahawa dia sangat minat dengan tanaman-tanaman. Petang hari itu sebelum aku pergi balik ke bandar bersama Taehyung, aku bertanya dengan neneknya. "Ahjumna, Taehyung itu memang minat bunga sejak kecil ah?"

Neneknya angguk kepala sambil ketawa. "Ya.. dulu masa umurnya hanya 11 tahun dia ada beritahu saya, 'Ahjumna tahu kenapa Taehyung mahu buat taman? Untuk memikat hati orang! Nanti kalau Taehyung dapat kekasih Taehyung akan bawa dia tengok taman ini!'. Kamu orang yang sangat bertuah, Jinhyun-ah."

Sepanjang masa aku duduk dalam teksi balik ke Seoul, kata-kata neneknya sentiasa berulang dalam mindaku. Ada satu momen tu aku menangis secara senyap kerana berasa sangat terharu.



Suamiku Flower Boy [completed]Where stories live. Discover now