Hari kini, aku sedar bahawa suamiku seorang flower boy.
Dia minat bunga dan menanam, dia seorang yang baik hati, dia seorang yang berperangai sedikit lembut terhadap ramai orang. Macam flower boy.
Itu kakak aku yang cakap, bukan aku. Mula-mula masa dia beritahu aku yang Taehyung itu flower boy, aku hanya gelak tertawa sampai mahu terpecah sudah perut. Kakak aku geleng-geleng kepala saja.
Tetapi sekarang setelah aku berfikir dengan lebih tepat dan rasional, aku sedar bahawa kata-katanya itu sebenarnya betul.
Sekarang ni aku sedang duduk di atas rumput bersama dengan Taehyung yang sedang sibuk membuat mahkota bunga macam dahulu pada zaman sekolah tinggi kami. Tambahan pula, kami sekarang ni berada di sebelah Beauty. Beauty sekarang kelihatan sangat berseri kerana lebih banyak bunga yang cantik telah tumbuh di daunnya berbanding dengan dahulu.
"Ini dia." Taehyung memberi mahkota bunga yang sudah disiapkannya kepada aku. "Puteri Jinhyun~"
Bunga-bunga yang digunakan untuk mahkota ini kelihatan cantik dan luar biasa. "Taehyung.. bukankah ini bunga daripada Beauty? Sebelum ni awak tidak pernah mencabut bunga-bunga Beauty.."
"Memang pun bunga Beauty ni~ Tapi bunga-bunga ini special sikit daripada yang baru tumbuh." Taehyung terus mengenggam tangan kanan aku dengan tangan kirinya. "Jinhyun masih ingat dahulu, masa kita pertama kali bertemu di sini, hanya ada 10 kuntum anak bunga yang belum lagi mekar?"
Terus aku memandang ke bawah untuk melihat mahkota itu sekali lagi untuk kira bilangan bunga yang digunakan. "Taehyung.."
"Jaga ni mahkota dengan baik, ya?" dia mengambil mahkota bunga itu daripada aku lalu memakaikannya kepada kepala aku dengan perlahan. Kemudian dia mengusap-ngusap rambut hitam ku. "Oi, jangan lah begitu!" aku pura-pura marah.
Taehyung ketawa gelak sampai terguling-guling di rumput. "Ya lah, ya lah~ Hehe!"
Betul lah cakap Jimin tentang Taehyung berperangai macam alien kadang-kadang.
Tapi dia lah suami aku. Suami Flower Boy aku. Dan saya sangat mencintainya.
-::-
Flower boy – Seseorang yang bersifat lembut dan romantis, mungkin mempunyai personaliti perempuan sedikit.
-::-
Suamiku Flower Boy -tamat-
YOU ARE READING
Suamiku Flower Boy [completed]
RomanceFlower Boy - Seseorang lelaki yang bersifat lembut dan romantis. Sangat gemar dengan bunga dan tanaman. ✿ tolong baca part yang terakhir lepas sudah siap membaca ya~!!!