6✿

123 9 0
                                    

Musim sejuk tiga tahun lepas, Taehyung pergi ke Amerika untuk sambung pengajian.

Aku sudah anggap pun si Taehyung hendak cari kerja balik. Sudah dia beritahu aku masa dia kembali dari Korea Utara beberapa bulan lalu. Itu lah aku hairan kenapa aku berasa sangat sedih dan tertinggal semasa Taehyung berhijrah ke luar negara.

Apa juga aku boleh buat? Aku bukan boleh mengarah dia, aku bukan ibu-bapanya. Lagipun aku mahu dia hidup dengan bahagia. Kalau dia gembira untuk lanjutkan pelajaran aku tidak boleh halang. Tiada girlfriend baik yang buat begitu, kan?

Jadi pada hari Tahun Baru, aku tiada pergi mana-mana, hanya bermain dengan mahkota bunga yang Taehyung telah hadiahkanku pada tahun lepas selepas majlis graduasi kami. Bunga-bunga di mahkota tersebut telah lama menjadi layu dan lembik tetapi aku tetap menyimpan mahkota itu kerana setiap kali aku memegangnya, aku terkenang memori manis yang telah aku buat bersama Taehyung. Mahkota ini lah yang menjadi penghubung aku bersama boyfriend ku.

Malam itu, aku mendapat call daripada Taehyung yang mengucapkan selamat tahun baru kepadaku. Lepastu dia berjanji bahawa dia setentunya akan kembali ke Korea Selatan pada bulan hadapan. Lega hati aku selepas mendengar jaminannya.

Kakak aku masuk bilikku beberapa minit selepas aku mengucapkan selamat malam kepada Taehyung dan menutup telefon. Dia mengangkat keningnya sambil tersenyum. "Boyfriend ke?"

"Ya, kamu tidak tahu ka? Jinhyun tiada beritahu noona?"

"Noona dah anggap pun Jinhyun ada boyfriend~ Balik-balik Jinhyun pergi minta izin keluar dulu sebelum ni. Dari bila lagi Jinhyun dating dengannya?"

"3 tahun sudah kami berkenalan. Dia sekarang ni di luar negara untuk lanjutkan pelajaran."

"Ohh. Ibu dan bapa tidak tahu tentang Jinhyun punya boyfriend, kan?" kakak aku bermasam muka.

Hati aku tiba-tiba berasa berat. Betul juga cakap kakak aku itu. Kalau ibu-bapa aku tidak terima Taehyung macam manalah? Sebelum ni aku pernah nampak kakak aku dating dengan lelaki tapi mereka terpaksa putus kerana bapa tidak menerima boyfriendnya. Aku mula berpeluh dengan cemas pada masa itu.

"Bagus Jinhyun beritahu ibu dan ayah terlebih dahulu, ya?" Kakak aku senyum dengan manis sebelum keluar dari bilik tidurku.

Selepas beberapa minggu, aku akhirnya mengambil keputusan untuk memeberitahu ibu-bapaku tentang Taehyung. Aku ceritakan mereka dari permulaan sehingga kini dan memberitahu mereka serba sedikit tentang Taehyung. Pada mulanya, mereka kelihatan tidak pasti tetapi semakin banyak aku bercakap, semakin lembut ekspresi muka mereka.

"Dia minat bunga?" Ibu aku tertanya, senyuman yang setia terbentuk di mulutnya.

"Ya~ Mula-mula kami bertemu pun di dekat tanaman pokok. Taehyung pernah bawa saya pergi ke taman bunganya di luar bandar dekat rumah neneknya. Banyak betul bunga yang cantik dia tanam."

"Macam sungguh baik personaliti pasangan anda, Jinhyun. Bapa berasa kagum." Bapa aku memberi aku 'thumbs up'. Malam itu, setelah mendapat kedua-dua keizinan yang positiv dari keluarga, aku tidak terhenti-henti senyum. 


Suamiku Flower Boy [completed]Where stories live. Discover now