Masa Tahun Baru, aku telah jatuh cinta dengan Taehyung.
Mula-mula aku langsung tidak sedar tentang perasaan aku terhadapnya. Aku hanya anggap dia sebagai kawan yang sangat tersayang. Hubungan kami sangat rapat sampai ia menewaskan hubungan saya dengan Sooyoung, dan dia tu kawan aku semenjak kecil lagi. Si Taehyung ni baru aku kenal selama tiga bulan lebih.
Tahun itu merupakan yang paling terakhir sebelum kami mengakhiri sekolah tinggi. Akhirnya aku memang tidak dapat memujuk Taehyung untuk melapor tentang pembulian dia di sekolah tu. Aku tidak puas hati tapi aku tidak lagi ganggu. Aku ambil tindakan sekiranya kes pembulian dia itu menjadi semakin teruk.
"Jinhyun, kita ni tidak lama lagi mahu habis sekolah sudah. Tak perlu la risau tentang pembulian aku tu. Aku tidak mahu kau sedih oleh sebab aku kena tumbuk-tumbuk saja." Taehyung telah beritahu aku.
Masa bulan Febuari menjelang, dia telah membawa saya pergi ke pokok yang cantik di sebelah kantin tu. Masa tu hari Ahad jadi kami sahaja yang berada di sekolah. Taehyung menyiram pokok itu dengan sebuah botol air yang terguna dan menceritakan kepada aku tentang pokok itu. "Ini sepatutnya rahsia tapi...aku boleh percaya Jinhyun kan? Aku panggil dia Beauty. Aku selalu jumpa dia kalau saya mahu menenangkan diri aku. Beauty lah antara kawan yang paling aku rapat dengan. Dulu aku ada kira bunga-bunga si Beauty. Kesemua 10 bunga Beauty sangat berharga dan bermakna kepada saya walaupun mereka belum mekar lagi."
Hari itu juga dia telah membuatkan saya sebuah rantai dengan beberapa pucuk bunga warna-warni tetapi dia bukan memakaikannya sebagai rantai di leher. Dia telah menarik pucuk-pucuk itu supaya menjadi lebih pendek dan memuatkan rantai itu ke atas kepala aku. "Puteri Jinhyun~" Taehyung mengejek aku sambil mencubit pipi aku.
Kemudian, dia telah mengajar saya bagaimana untuk membuat mahkota bunga. Aku belajar dengan mudah dan memberi hasil kerja saya kepada Taehyung. Dia kelihatan sangat bangga dan gembira terhadap aku bagai seorang bapa yang mendapat anak untuk pertama kali. Hati saya berdegup-degup sepanjang hari itu.
Kami pergi berjumpa dengan Beauty hampir setiap hari pada tahun itu. Masa bulan Jun berakhir, Sooyoung telah senyum kepada aku sambil bercakap. "Kau sama Taehyung sangat rapat la~ Kamu dating ke??"
"Tidak la!" Aku jawab dia dengan malu. Tetapi sebenarnya, aku bukan 100% pasti tentang jawapan aku itu. Sebab semakin lama aku meluangkan masa bersama Taehyung, semakin memdalam perasaan aku terhadapnya.
Pada hari graduasi sekolah tinggi kami barulah aku sedar bahawa aku telah jatuh cinta dengan Taehyung.
YOU ARE READING
Suamiku Flower Boy [completed]
RomanceFlower Boy - Seseorang lelaki yang bersifat lembut dan romantis. Sangat gemar dengan bunga dan tanaman. ✿ tolong baca part yang terakhir lepas sudah siap membaca ya~!!!