4✿

180 14 1
                                    

Musim sejuk empat tahun lepas, aku meluahkan perasaan aku terhadap Taehyung.

Sudah jatuh cinta untuk kawan kenapa pula mahu dirahsiakan lagi, betul? Lagipun masa tu mahu tahun baru dah. Graduasi sudah limpas dan selama 4 minggu ni, aku mempunyai banyak masa untuk mengambil peluang. Ambil lah kesempatan.

Selepas majlis graduasi kami di sekolah, Taehyung bawa aku pergi jumpa Beauty untuk kali yang terakhir. Dia membuat satu lagi mahkota bunga untuk aku. "Ni dia. Sebagai kenangan indah dari Beauty dan sekolah ini." Dia berkata.

Aku tidak berapa faham kenapa dia cakap mahkota itu sebuah memori daripada Beauty kerana bunga-bunga yang dia telah gunakan bukan daripada Beauty tetapi daripada pokok-pokok bunga yang lain. Aku ingat dulu dia ada beritahu aku bahawa Beauty mempunyai 25 kuntum bunga yang sangat berharga kepadanya jadi kenapa pula mahkota bunga yang diperbuat daripada bunga lain boleh menjadi kenangan indah?

Aku tidak sempat tanya dia hari itu kerana dia pulang awal. Minggu seterusnya, aku telah call Taehyung untuk berjumpa dekat Seoul Park. Perasaan rindu aku terhadapnya semakin membesar hingga aku tidak sanggup menahan diri lagi. Jikalau aku tidak beritahu dia aku takut dia akan berjumpa dengan teman lain atau lupakan kewujudan aku. Baru satu minggu pun, bukan lama, tetapi aku sangat sangat terdesak untuk berjumpa dengan dia dan meluahkan perasaan aku.

Kami bertemu sekali lagi di Seoul Park keesekon hari itu. Dia bertanya tentang diriku, tentang apa aku buat selama satu minggu kami tidak berjumpa. Aku juga bertanya khabar tentang dia. Aku tunggu sampai kami siap bererita dahulu sebelum mengakui cintaku kepadanya. "Taehyung, jangan marah tetapi... aku sukakan kau. Tidak, aku cintakan kau. Sejak hari yang kau selamatkan aku dari Namjoon tahun lepas tu. Masa tu pun aku sudah dapat perasaan minat yang menimbul untuk kau. Lepastu masa kau pergi jemput aku pergi jumpa Beauty hari-hari, aku dapat mengenali anda dengan lebih jelas. Kau seorang yang sangat baik hati dan gentleman, ia sangat senang untuk jatuh cinta kepada kau. Aku tidak mahu berpisah dengan kau."

Itu sahaja yang aku sanggup mengatakan kepadanya. Sebenarnya banyak lagi yang aku mahu ceritakan tetapi aku berasa sangat malu pada masa itu. Keyakinan aku bahawa Taehyung akan membalas perasaan aku rendah.

"Jinhyun." Taehyung mulakan. "Jinhyun, hei, jangan la muram."

"Kau tidak marah aku?" aku tertanya dengan mata yang hampir berair.

"Hei, aku pun cintakan Jinhyun." Taehyung senyum kepadaku lalu mengelap air mata ku dari pipi dengan tangannya. 


Suamiku Flower Boy [completed]Where stories live. Discover now