8✿

98 11 0
                                    

Minggu ketiga musim bunga dua tahun lepas, aku sedar.

Ia semua sudah masuk akalku. Semua tanda-tanda tersembunyi ni sudah logik kepadaku.

Suatu hari itu, aku duduk di rumah dengan bosan. Ibu-bapa aku bawa kakak aku ikut pergi majlis di sebuah hotel. Masa itu aku mahu ikut mereka tetapi mereka takut rumah kami dirompak atau apa-apa jadi aku ambil keputusan untuk tinggal sahaja.

Kalau kami tidak hujan hari itu boleh juga aku tengok TV. Tapi tiba-tiba saja hujan. Teruk lagi tu, sampai tu air masuk pergi dalam rumah lagi. Nasib lah tidak terlalu dalam, sampai buku lali kaki saja. Jadi aku ambil keputusan untuk pergi naik ke tingkat atas dan berdoa agar air di bawah itu takkan bertambah.

Aku turun balik ke tingkat bawah dengan sebuah kotak yang besar untuk meletak barang-barang yang penting dan bawa ke tempat yang lebih selamat. Lega aku tengok bahawa air di dalam rumah kami tidak menaik. Dengan cepat, aku mengambil barang-barang tertentu dan meletakkannya ke dalam kotak besarku. Di bawah suatu almari dekat sofa ruang tamu kami, terdapat suatu peti berwarna ungu. Ia hampir tenggelam sudah masa aku akhirnya nampak jadi aku pergi ambil, membuka peti tersebut untuk cek jika kandungannya rosak atau tidak.

Sedikit air tersisip dalam peti itu tetapi selain itu, tiada apa-apa yang rosak. Untuk memastikan bahawa tiada yang terjadi, aku mengorek kandungannya lalu tersentuh benda yang rasa macam kain. Aku ambil benda tersebut dan menegeluarkannya. Oh, rupanya bunga palsu saja. Terdapat banyak lagi bunga-bunga sepertinya di dalam peti ini.

Aku sumbat tu bunga ke dalam poket seluar pendek aku dan menutup peti ungu itu sebelum meletakkannya ke dalam kotak besar tadi. Ini mesti ibu punya ni.. sebab dia suka warna ungu dan menjahit. Dulu dia ada jahitkan baju untuk ...

Hati aku bagai batu bata berat yang terjatuh. Muka aku menjadi pucat semasa aku sedar. Aku rasa seperti orang yang tidur disorong bantal.

Kotak besar itu aku letak di luar bilik tidur aku. Aku terus pecut masuk ke bilik dan membongkarkan bilik aku, membaling semua baju gaun aku dari dalam almari baju untuk mencari gaun putih itu. Gaun putih yang aku pakai masa aku kecil.

Aku hentikan proses pencarian semasa aku ternampak sepasang baju putih yang kecil di bahagian dalam-dalam almari aku. Dengan perlahan, aku mengambil gaun itu dan memerhatikan. Hati aku yang sebelum ini cemas menjadi beku.

Gaun itu dihiasi dengan bunga-bunga warna putih yang sama dengan yang aku jumpa sebelum itu, malah bukan itu sahaja yang tidak kena. Di bahagian dada itu gaun, ada benang-benang pendek yang nampak putus. Macam ada benda yang tercabut dari jahitannya.

Kebetulan ka ini? Pertemuan aku dan Taehyung ditakdirkan sudah dari awal? Dia tahu ka aku adalah cinta Taehyung yang pertama itu?

Betul ka aku sebenarnya yang Taehyung nampak di kedai kopi 10 tahun lalu itu?

Selepas beberapa minit yang senyap, baru aku perasan bahawa hujan di luar telah berhenti, mata aku bengkak dan pipi aku basah. 




Suamiku Flower Boy [completed]Where stories live. Discover now