7✿

105 9 0
                                    

Minggu pertama musim bunga pada 2 tahun lepas, aku jumpa kawan Taehyung di Seoul.

Nama dia Park Jimin. Dia sama umur bersama aku dengan Taehyung. Dia merupakan pelajar dari universiti tempatan di tengah-tengah bandar. Comel, peramah dan friendly. Serupa ja macam si Taehyung personalitinya.

Sebab masa itu musim bunga, aku telah pergi melawat taman bunga Taehyung di luar bandar bersama dengan kawan-kawanku Yoongi dan Hoseok. Sepanjang perjalan kami pergi ke taman itu, mereka berdua buat bising saja di tempat duduk belakang teksi. Menyesal aku sedikit sebab membawa mereka.

Di taman itu lah aku bertemu dengan Jimin. Hoseok rupanya sudah kenal Jimin dari dulu lagi sebab masa kami sampai, terus dia pergi lari ke arah Jimin dan peluk dia. Aku dan Yoongi tertawa menengok si Jimin bertungkus-lemus untuk menanggalkan Hoseok daripada badannya.

Pada tengahari itu, aku dan Jimin bercerita di bawah pondok manakala Yoongi dan Hoseok berguling-guling di dalam taman bunga Taehyung. Aku pun tidak tahu kalau aku mahu marah mereka atau tidak. Semasa nenek si Taehyung keluar untuk duduk bersama kami, dia hanya tersenyum melihat mereka berdua bermain.

"Taehyung tidak marah kalau ada orang buat begitu dengan tamannya?" Jimin tertanya dengan muka yang risau.

"Bwo, tiada masalah. Taehyung pun selalu buat begitu masa dia kecil~"

Aku senyum, terus terbayang Taehyung yang muda sedang bermain dan bergulik di dalam taman bunganya sendiri. Comelnya.

Satu jam berlalu selepas itu dan Yoongi dan Hoseok masih bermain di dalam taman Taehyung. Neneknya pun sudah tertidur nyenyak di sebelah Jimin. Aku geleng kepalaku. "Jangan lah hairan mereka berdua tu, di rumah pun mereka begitu."

Jimin ketawa. "Ya, aku tahu. Kawan-kawan aku Jungkook dan Seokjin pun begitu juga. Kuat betul main. Mereka langsung tidak tahu masa rehat."

Sementara Yoongi dan Hoseok masih bermain, aku dan Jimin masing-masing berkenalan. Aku mendapati bahawa Jimin adalah kawan Taehyung semenjak kecil lagi. Rumah ibu-bapanya terletak berhampiran dengan kawasan ini jadi Jimin sentiasa berjumpa dengan Taehyung ketika mereka masih budak. Dia juga ada menolong Taehyung untuk membesarkan taman bunganya yang cantik itu. Jimin memberitahu aku tentang sebuah kisah di mana Taehyung berjumpa dengan seorang perempuan yang sangat comel banyak tahun lepas. Perempuan itulah yang menjadi cinta pertama Taehyung. Aku berasa cemburu walaupun aku tahu bahawa Taehyung adalah milik aku.

"Dia ada cerita dulu. Taehyung cakap dia jumpa perempuan comel masa dia berumur 10 tahun di dekat kedai kopi Seoul. Dia nampak tu perempuan pakai baju warna putih jadi masa dia pulang rumah, terus dia mahu tanam bunga-bunga seperti daisy dan daffodil." Jimin berkata lalu berdiri dan tarik tangan aku pergi dekat dengan rumah nenek Taehyung. "Marilah, aku tunjukkan."

Jimin bawa aku pergi atas ke suatu bilik yang bersih dan teratur tetapi kosong. Tingkapnya bertutup dan tidak banyak barang yang terdapat dalam bilik itu. Hanya sebuah katil dan peti kayu yang besar. Jimin dengan segera membuka peti kayu itu dan mengeluarkan barang-barang satu per satu.

"Ah! Ini dia." Jimin telah mengeluarkan sekuntum bunga putih dari peti kayu itu. "Taehyung kata ini bunga berasal daripada perempuan itu lah. Entah macam mana dia dapat sebab dia cakap dia belum pernah bertemu dengan tu perempuan sebelum ni."

Aku mengambil bunga putih itu dari Jimin dan memerhatikannya dengan muka yang tegang. Ia sangat kecil dan merupakan bunga yang palsu, bukan hidup. Tetapi ia cantik dan harum. Ia bersinar di cahaya kerana terdapat segelintir manik-manik melekat dengannya.

Tiga jam kemudian, aku dan Jimin jumpa Hoseok dan Yoongi hampir tertidur di dekat pondok. Dengan itu, aku mengucapkan selamat tinggal dengan Jimin dan nenek Taehyung sebelum menelefon teksi. 


Suamiku Flower Boy [completed]Where stories live. Discover now