Malam ini aku dihujani rindu.
Tiada alasan untuk tidak terus basah dengan imej imej kamu kerana aku ditimpa rindu yang agak lebat dan ada kemungkinan ribut melanda menghanyutkan aku.
Aku menggeletar menahan bekunya memori yang cuba menyalut aku. Rindunya aku terhadap senyum kamu, ketawa kamu, hatta jelingan kamu saat diusik juga bermain keras di dalam bayangan kornea mataku.
Nyata, malam ini bukan lah malam yang lena buat aku. Tiada ucapan selamat malam yang diakhiri ciuman seperti kebiasaan. Malam ini kamu hilang, entah kemana tidak aku jumpa.
Sungguh, ciuman kamu yang mampu mengkhayalkan aku membawa aku entah ke mana mana, leka. Pelukan kamu yg hangat juga menghilangkan lelah aku terhadap dunia yang sering menghukum aku.
"Pulanglah lekas, sayang. Aku mahu memelukmu rapat sambil bibir kita bertemu erat"
YOU ARE READING
Coffee Beans
RandomDemi semua biji kopi yang telah aku hancur dan proseskan, cuma kamu yang aku simpan elok elok untuk aku sendiri.