Jalan

200 5 0
                                    

Malam ini malam pertama aku tidur bersama kamu. Jelas kita bukanlah diraja oleh nafsu semata. Cuma dua tiga minit bercumbu dan kini kita berbaring. Sambil menghadap wajah masing masing.

Wajah kamu hampir dengan wajah aku hingga nafas kamu dirasai aku. Sambil membelai rambut lembutmu dan kamu mengusap manja pipi ku. Sesekali wajah kamu dihiasi senyuman. Senyuman yang sentiasa aku mahu lihat, setiap saat.

Kita berborak dengan nada yang aman. Bercerita tentang masing masing dan beralih ke topik lainnya tanpa kita sedar masa dihabiskan perlahan lahan. Cuma kita, cerita cerita dan belaian manja diselangi pelukan dan ciuman mesra di pipi dan dahi.

Soalan paling kerap ditanya oleh kamu ialah dimana aku saat kamu masih tidak dimiliki sesiapa. Seperti kebiasaan soalan soalan kamu kamu hanya mampu dijawab dengan senyuman nipis oleh aku. Aku juga buntu sayang, takdir tidak menemukan kita lebih awal.

Sejujurnya di hati aku punya jawapan lengkap buat soalan kamu tapi mulut aku terkunci kemas dengan senyuman.

Sungguh sayang, aku juga semahunya mengenali kamu lebih awal dan seandai mampu masa aku ubah, aku mahu mengenalimu saat kita masih di sekolah. Menemani kamu ke perpustakaan dan melindungi kamu dari lelaki lelaki yang sering menganggumu.

Tapi, takdir menetapkan jalan kita berbeza. Kamu di sana dan aku di sini. Namun mujur, takdir menemukan jalan kita walaupun bukan pada waktu yg sesuai. Sungguh, kita pedulikan waktu kerna kini kita menyusuri jalan sambil berpimpin tangan.

"Tidak mengapa sayang, awal mahupun lewat kau akan aku sayang hingga dunia di isytiharkan kiamat."

Coffee BeansWhere stories live. Discover now