Sunyi juga merindui serak suara mu.

105 3 2
                                    

Di waktu waktu sebegini aku sering dilawat sunyi. Dia hadir sebagai tetamu, memandangkan kamu terlalu jauh dan mungkin kamu sudah tertidur memandangkan whatsapp aku tidak dibalas.

Jadi, aku melayan sunyi sebagai tetamu waktu ini. Hadirnya dia membuatkan aku menulis puisi puisi tentang kita.

Menulis hal hal yang cuma diketahui kita dan disembunyikan dari orang lain. Bagaimana lajunya degupan jantungku saat tubuh kita bersentuhan tanpa seurat benang. Menulis tentang aturan nafasmu saat hidung ku menjelajah leher kamu dan hal hal lain yang sering membuatkan kita menghela nafas panjang lalu tertidur kepenatan.

Adapun sunyi turut menasihati aku supaya kerinduan ini jangan diusir kerana rindu rindu yang terkumpul ini hasilnya adalah eratnya dakapan dan berharganya ciuman.

"Sayang, lekas lekas pulang. Sunyi juga merindui serak suaramu menyebut namaku."

Coffee BeansWhere stories live. Discover now