Manis

168 4 0
                                    

dup dap jantungku berdegup laju ketika berbaring di sebelah kamu tapi aku diamkan. Entah rasa apa yang berlumba lumba untuk mencetuskan sedikit gemuruh di dalam jiwa.

Cumbuan dan belaian manja kamu diterima sepenuhnya tapi masih jantung aku tiada terkawal lagi, lajunya seaakan berseleraknya manusia ketika keluar dari kereta api. Rasa yang tidak pernah aku rasa sebelum ini dengan mana mana gadis lain. 

Aku bukanlah lelaki yang mudah tewas dalam bercumbu tapi kali ini aku terpaksa melarikan muka semata untuk mencuri dan mengawal nafas yang kian tiada teratur seperti selalu saat aku bercumbuan dengan kamu.

Aku akhirnya terbaring tenang di tepi kamu, cuba meditasi dan kembali mengawal diri. Nervousnya lain macam. Kamu juga turut pelik dengan perilaku aku yang tidak seperti kebiasaan. Tangan kamu menyentuh dada aku dan merasa betapa lajunya degupan jantung aku.

Aku merapatkan bibir ke bibirmu buat dua saat kemudian aku tersenyum sambil menjilat bibir sendiri. Sedap. itulah perkataan pertama yang keluar selepas perbuatan itu dan aku sendiri tidak mengetahui sama ada itu diri aku yang sedar atau separa sedar. kamu turut tersenyum lantas bertanya,

 "Rasa apa?"

"Rasa cinta, kot."

Jawapan spontan aku yang tiada ditapis. Malam itu segala yang terfikir di minda akan terus disuarakan tanpa ada sedikitpun tapisan. Aku mencumbu kamu untuk dua saat lagi,

"Macam ni ke rasa bercium dengan orang yang kita sayang?"

Kamu tersenyum. Manis. Sama manis dengan bibir kamu, sayang.



Coffee BeansWhere stories live. Discover now