Ganti

214 3 0
                                    

Kamu tidur lena di bahu aku. Terlalu nyenyak untuk aku ganggu kamu bermimpi.

Kepenatan kamu jelas tertunjuk di wajah manis kamu. Sungguh, dua tiga hari ini kamu terlalu sibuk dengan kerja. Buktinya kini kamu terlena di bahu ku ketika kita sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah kamu.

Aku cuba memujuk kamu supaya kamu tidur di kamar mu tapi kamu membantah degil kerana malam ini aku tiada dan tidak dapat menemanimu. Aku perlu pulang ke rumah aku memandangkan awal pagi esok aku punya urusan lain.

Di setiap pertanyaan aku akan dijawab gelengan pantas oleh kamu, malah dakapan kamu menjadi lebih erat seolah olah tidak mahu melepaskan aku pulang.

Aku juga ada memujukmu supaya kamu baring di pangku ku tapi nyata sifat degil mu tidak mampu aku lawan. Kamu masih kekal memeluk aku dan menyandarkan kepalamu selesa di bahu ku.

"Sayang, mari saya pimpin awak ke bilik"

"Tak nak. Saya nak awak"

Dialog ini berulang ulang untuk berapa kali entah. Akhirnya aku terpaksa menelefon rakan memujuknya untuk menggantikan tempat aku esok hari. Selepas berjaya mendapatkan pengganti untuk urusan esok. Aku kucup dahi kamu dan menyatakan yang aku akan menemani kamu tidur malam ini. Dengan mudah, kamu dipimpin ke kamar.

Kadangkala, ada perkara yang tidak bisa kita ganti.

Coffee BeansWhere stories live. Discover now