Kalau lebih indah dari cantik, dipanggil apa ya?

116 3 2
                                    

Kamu lena dengan ketenangan yang nyata. Dengkuran kecil kamu membuat aku tersenyum nipis. Rambut lurus mu rapi rapi aku selit ke tepi, menyerlahkan seisi wajah kesayangan yang selalu aku cinta.

Entah bagaimana entah, lengan yang kekurangan isi ini menjadi bantal paling selesa buat kamu dan sering juga dada yg tidak cukup bidang ini menjadi tempat paling aman untuk kamu bermimpi.

Aku belai kepala mu lembut lembut saat mulutmu terkumat kamit, tidak aku ambil peduli tentang apa yang kamu sedang mimpikan, sungguh aku ralit meneliti setiap inci wajahmu, sayang.

Dahi mu yang sering diadu luas, dan dengan tenang dibalas aku "luas lah bagus, makin banyak ruang untuk saya cium" dan seperti kebiasaan senyum luas kamu menyerlahkan gigi kamu yang tersusun sempurna.

Hidung comel kamu yang sering diadu lembut seperti jelly tidak pernah diabaikan. Sering juga itulah tempat singgahnya bibir aku kerna kata kamu jika cuma bibir yang dicumbu, anggota lain akan cemburu.

Mata bulatmu yang sering menghanyutkan aku. Masih keras di ingatan betapa risaunya aku untuk menatap mata mu tika di awal perkenalan. Risau apabila dipandang, tidak aku mampu untuk mengalihkan pandangan. Sayang, jujur aku sudah terlalu hanyut dalam matamu dan sikitpun tidak aku merancang untuk keluar.

Kening nipismu yang turut sering diadu kerana perbezaan ketara dgn keningku aku cumbu pelan pelan, betapa sukanya kamu jika dicumbu di sini. Tempat kegemaran kamu untuk dicumbu bukan?

Alis mata panjang dan lurus, pipi lembut dan bibir seksi kamu juga ditatap lama walaupun tidak ada sebarang kata kata yg mampu aku susun untuk ditulis di sini. Tapi semuanya sudah cukup sempurna untuk buat aku leka.

Dan tanpa aku sedar waktu berlalu tanpa menunggu aku, benarlah masa sering mencemburui kita. Aku cium dahimu sekali lagi dan mendakap kamu lebih erat dan berkelana ke alam mimpi dgn wanginya harumanmu.

Ketemu di mimpi ya sayang.

Coffee BeansWhere stories live. Discover now