Jauhnya Kamu

112 4 3
                                    

Kamu terlalu jauh
Fizikalku tidak menyentuh kamu
Dakapanku cuma diisi angin lalu.

Kamu terlalu jauh
Bisikanku tiada jawabnya dibiar mati
Senyumku cuma ditatap dinding sunyi.

Kamu terlalu jauh
Pandangku tiada apa cuma atap gelap
Mataku cuma berkelip pada yang senyap.

Jauh ini menyeksa bukan
Atas doa doa yang sudah dilewatkan
Cuma kamu yang mahu aku dekatkan.

Mungkin jauh ini sengaja hadir supaya dekat nanti tiada dakapan yang sesaat pun terusir--

Coffee BeansWhere stories live. Discover now