Mukadimah

208 4 3
                                    

Tolong baca sampai habis kalau tak nak perkara buruk berlaku.  

Assalamuaikum,  

Sesungguhnya kalian merupakan orang-orang yang dirahmati Tuhan kerana telah
diberi hidayah untuk memuat turun zine ini. Dan berita baik untuk kalian, zine ini
jika disebarkan bakal memberi tuah dan rezeki kepada anda sekeluarga bertahun
lamanya. Tapi awas! Jika kalian tidak mempedulikan suruhan untuk menyebarkan
zine ini perkara perkara buruk mungkin berlaku kepada anda seperti ini: 

1. Seorang saudagar dari Selatan Afrika enggan menyebarkan Zine Satu Malam ini selepas menerimanya dan kemudian beliau dijangkiti penyakit misteri dengan
simptom-simptom seperti kulit menjadi gelap serta rambut yang pendek, kerinting dan
keras.  

2. Baru-baru ini penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza telah pun
menerima Zine Satu Malam ini tetapi beliau merahsiakannya. Akibat perbuatan itu
beliau menerima nasib malang apabila dipaksa menjadi tentera kerahan dan
menyertai Askar Wataniah.  

3. Dan contoh terakhir berlaku pada seorang warga Kelantan yang menganggap zine
ini tahyul dan memadam zine ini daripada simpanan beliau. Nasib beliau berakhir
dengan Kelantan kalah 2-1 di tangan Terengganu dalam piala FA baru-baru ini.

Malang kan nasib mereka? Sila jangan delete zine ini kerana semuanya benar-benar
berlaku! Sebarkan dan baca sampai habis!  

- Zoul Yazix



TahyulWhere stories live. Discover now