Sarah antara budak paling comel dalam kalangan gadis gadis muda pelajar tahun dua
Sekolah Rendah Kebangsaan Marco Pollo. Kecomelan dan keayuan Sarah sering
dicemburui oleh teman teman sekelasnya yang kurang comel ataupun tidak comel langsung. Ini menyebabkan Sarah tidak ada kawan dan kesunyian. Nak cari pakwe rasa macam kecil lagi, dada pun sama rata dengan member lelaki dalam kelas. Tapi Amran si Ketua Darjah yang gemuk tu macam dah ada tetek sikit. Hik hik hik. Sarah gelak dalam hati.Esoknya, Sarah jumpa kucing dekat kantin sekolah. Kucing hitam dengan mata kuning bersinar. Bersih. Sarah belai kucing tu. Sisa nasi lemak sardin yang tak habis, Sarah sedekahkan pada kucing hitam. Masa itu juga Sarah pasang niat nak bawa balik bela, boleh buat kawan. Lagi pun kucing ni ustazah cakap haiwan kesayangan nabi. Siapa bela dapat pahala, dapat pahala Sarah boleh masuk syurga. Dalam syurga
boleh kawan dengan bidadari banyak sangat. Mama lah kata. Takkan mama nak tipu
Sarah. Tipu dapat dosa, dapat dosa masuk neraka. Ini Papa pula cakap. Kalau dia
pun tipu Sarah pun tak tahu nak percaya cakap siapa dah.Tiba tiba kawan Sarah datang. Rokiah namanya, antara pesaing Sarah dalam mendapat tempat no satu dalam kelas dan dalam hati Cikgu Daniel, cikgu praktikal yang selalu masuk kelas pakai tie dengan kemeja.
Rokiah cakap pada Sarah, bela kucing hitam boleh bawa sial. Sarah bangkang, Sarah
cakap Rokiah cemburu. Tapi Rokiah mana ada! Dia cakap benda betul. Lepas tu
Sarah tulis guna jari dekat dekat dada Rokiah. Alif lam lam ha, tipu dosa, masuk
neraka. Rokiah cakap sumpah. Mak dia cakap bela kucing hitam ni bawa sial. Dia
boleh tukar jadi jin. Jin tu buruk, lagi buruk daripada muka Cikgu Arif, cikgu disiplin sekolah. Sarah takut, dan kemudian dia putus asa untuk bela kucing hitam tu. Dia lepaskan kucing, lepas tu terus masuk kelas menangis.Seminggu selepas itu, Sarah pergi rumah Rokiah nak pinjam buku teks matematik,
Sarah tak dapat buku teks lagi sebab dia budak baru. Sampai je rumah Rokiah,
Sarah Nampak Rokiah tengah ketawa. Riang sambil main main dengan kucing hitam
yang Sarah jumpa dekat kantin. Rokiah peluk kucing tu sambil cakap hitam itu
menawan. Kan Rain?Sarah lari balik rumah sambil menangis. Esok Sarah tak pergi sekolah, kerja rumah
matematik tak siap.
- Oleh Zoul Yazix
YOU ARE READING
Tahyul
General Fiction"Jangan percaya tulisan tulisan dalam zine ini. Ini dakyah Freemason!" - Sca Ndx Hakcipta terpelihara @ ZineSatuMalam Sila percaya yang sesiapa sahaja yang membuat cubaan memplagiat zine ini akan ditimpa nasib malang selama 3 tahun berturut tur...