Kombat Kentut Kuat

97 2 0
                                    

Puan Kombah adalah nenek kepada Kombat. Puan Kombah tak suka cucu-cucunya
curi-curi kentut. Dia cukup pantang kalau kitorang kentut pusss pusss keluar angin
senyap-senyap kat celah bontot. Alergik! Dia boleh detect kalau ada siapa-siapa yang cuba kentut curi-curi. Lepas tu.......siap la kitorang kena tiaw kat bontot kaw-kaw punya.

Kombat pernah terkantoi sekali dengan Puan Kombah. Sumpah dia taubat tak nak
buat lagi. Seminggu Kombat tak kentut lepas kena tiaw dengan Puan Kombah kat
bontot.

Puan Kombah kata, kalau kita kentut curi-curi, nanti boleh mandul. Puan Kombah tak
nak kitorang mandul. Puan Kombah kata lagi, kalau kentut curi-curi, nanti anu boleh jadi kontot. Kombat tak nak anu dia jadi kontot.

Satu hari, waktu di sekolah, Kombat tak tahan sangat-sangat nak kentut. Kombat ingat pesan Puan Kombah. Jadi Kombat pun kentut kuat-kuat. Nikmat. Kata Kombat dalam
hati sambil tersenyum. Tapi senyum Kombat jadi terbantut. Satu kelas gelakkan Kombat. Kombat malu. Kombat cakap kuat-kuat kat semua orang, "Kombat tak nak anu kontot!! Kombat tak nak anu kontot!! Kombat kentut la kuat-kuat. Kenapa korang gelak?" Makin galak gelak tawa rakan sekelas Kombat.

Cikgu tenangkan Kombat. Cikgu kata, anu takkan kontot kalau kentut senyap-senyap.
Cikgu kata lagi, jangan kentut kuat-kuat kalau kat tempat awam. Malu. Kena kentut pusss pussss, biar keluar bau jangan keluar bunyi.

Balik dari sekolah, Kombat cerita pada Puan Kombah. Puan Kombah gelakkan Kombat. Puan Kombah gelak guling-guling. Kombat geram sangat-sangat. Selepas peristiwa kentut kuat-kuat dalam kelas, Kombat dah tak peduli lagi. Dia tak kesah kena tiaw dengan Puan Kombah, dia tak kesah anu kontot. Sebab dia tau, itu semua tipu!!!!!

Kini Kombat sudah dewasa. Dia jadi lucu bila teringat pesan tahyul dari Puan Kombah. Bengang pun ada. Kerana peristiwa itulah Kombat digelar Kombat Kentut
Kuat. GRRRRRRR!!!!
- Oleh Lavender Harum Wangi

TahyulWhere stories live. Discover now