Toyol

70 2 0
                                    

Ayah geleng kepala. Peluh dingin ayah lap dengan hujung baju melayu. Jeritan emak
makin lama makin kuat. Makin mengogol. Hening malam ini, ditambah dengan sepoi-sepoi angin dari luar dek kerana pintu yang terbuka betul-betul mendatangkan seram. Naik bulu tengkuk, tapi sebab mahu nampak macho macam selalu aku diam berteleku hujung sudut dekat-dekat ruang tamu.

Entah kenapa aku rasa tidak sedap hati. Sejak Ustaz Hazman masuk dalam rumah
badan aku sakit-sakit. Peluh mengalir tak henti-henti. Entah bila aku sudah menjerit. Kata orang, histeria. Entah, aku bukan budak pandai. Yang aku tahu aku menjerit sebab sakit.

"Pergi kau, jangan ganggu keluarga aku."

"Tak mahu! Kau tuan aku. Kau bapa. Dia emak. Aku sayang bapa dan mak!"

"Aku tak ada anak." Jerit ayah. Aku terkedu.

Sampai hati ayah tak mengaku aku sebagai anaknya. Habis ayah, aku ini siapa? Ayah
lebih percayakan tahyul dari anak sendiri.

Ada derai air mata mengalir deras pada lurah pipi. Aku kecewa. Hati aku tercedera.

"Pergi kau toyol. Pergi, kau bukan keluarga aku. Pergi!!!"

Dan kalimah terakhir aku dengar adalah suara Ustaz Hazman melaungkan azan.
Dalam keadaan diri yang berubah menjadi asap, aku lihat emak keletihan. Kasihan
emak. Maaf emak.

Selamat tinggal emak. Selamat tinggal ayah! Aku sayang kalian.
- Oleh Dayya Dayyana

TahyulWhere stories live. Discover now