Sekujur tubuh yang sudah berkedut-kedut kulitnya tengah dikapan oleh ayah. Aku
hanya memerhati dari hujung bilik. Wasiat datuk terngiang-ngiang telinga. Dia
sempat titipkan sebelum malaikat maut selesai merentap nyawanya. Dia ahli nujum kampung, yang ramalannya tidak pernah sipi. Perlukah aku mewarisi kebolehannya yang pandai meramal? Ayah menolak warisan itu, tahyul katanya.Usai datuk dikuburkan, Kedai Pak Chin hujung kampung menjadi destinasi utama.
Daun Terup warna merah dibelakang aku beli 2 set dengan sebilah pisau lipat 20
sen. Bunga tujuh macam aku kumpul buat mandian aku senja itu. Menjelang malam, minyak atar kepunnyaan datuk aku calitkan pada pergelangan tangan. Cangkul datuk
aku bawa menuju ke tanah perkuburan.Kubur datuk yang masih bertanah merah mudah dikecam melalu batu nisannya
yang masih berbalut kain putih. Kubur dia aku cangkul sehingga nampak papan yang
menutupi kediamannya. Sebuah malam yang panjang untuk aku dalam kegelapan malam, tapi demi mewarisi kelebihannya, aku harus berani hadapi. Daun terup baru aku sisipkan di celah kain kapan datuk. Tujuh hari akan datang, aku kembali
mengambil daun terup ini ya, datuk!Genap tujuh hari, malam itu aku mencalitkan lagi minyak atar datuk pada pergelangan tangan, dan kubur datuk menjadi destinasi dengan sebuah cangkul di tangan. Malam itu angin malamnya lebih dingin daripada biasa. Aku gagahi diri menggali kubur datuk. Terup. Terup. Terup. Hanya perkataan itu yang bermain di minda. Peluh-pelir yang mengalir membasahi berkadar langsung dengan kepenatan menggali. " Apa kau buat tu... " Suara garau yang bernada perlahan menyentak. Aku melontar pandangan ke atas. Tiada siapa. Ah, terlampau imaginasikan yang bukan-bukan.
" Kau buat apa tu... Kau nak tidur sini ke? " Gulp. Aku pandang ke atas lagi. Tiada
siapa. Laju-laju daun terup yang terselit di celah kain kapan datuk yang semakin kusam aku ambil. Kubur datuk segera aku kambus kembali. " Kau ambil daun terup rupanya, kenapa tak khabar awal-awal. " kaget. Tiada siapa di persekitaran kubur.
Diam kecuakan lalu lari membelah angin malam itu.Malam berikutnya, aku asapkan daun terup dengan bekas kemenyan datuk di dalam
biliknya. Kad disusun baik-baik mengikut formasi yang telah datuk ajar. " Kad, aku
akan jadi apa bila dah besar? " Aku menyusun kad-kad secara rawak. Ia kemudiannya menghasilkan sebuah corak yang melambangkan piramid. "Oh, aku
akan jadi seorang hartawan. Hoyeah! "" Kau buat apa tu... main daun terup ya. " Aku terkedu. Suaranya yang kedengaran
garau bermain di tubir telinga.
" Ya, aku nak ramal perkara yang akan berlaku. "
" Kau ingat, main daun tilik tu cuma peram dalam kubur ja? Mudah sangat tu. "
" Erm, habis, bagaimana lagi?" Suara mengekek ketawa.
" Haruslah daun terup itu menikmati darah. Sadurkan dengan darah perawan. Baru
lah ia berkesan. "
" Perawan, gadis sunti kah? " Keadaan kembali sunyi. Tapi bagaimana, aku tidak
pernah mendekati perempuan sekali pun. Oh ya, adik perempuan kan ada.
Dengan pisau yang tersisip di celah belakang seluar, aku menuju ke balik adik. Dia
sudah tidur lena dalam gebarnya. Perlahan, aku menarik gebarnya untuk mengelar tangannya. Walang, dia tersedar dengan mudah.Dengan pisau di tangan dan kakiku menginjak tubir katil, mukanya mewajahkan ketakutan, lalu menjerit sekuat hati. "
Shuhhh, diam, abang bukan nak kacau kau lah, abang cuma nak minta darah sikit. "
Plukk. Aku terkena bantal peluk yang dia baling. Ayah terkecah-kecah ke bilik adik.
" Apa hal dengan kau, Johan? Kau nak buat adik kau ke? Hah!" Muka ayah bengis.
Aku mulai cuak.
" Tak, tak, Johan nak minta darah dia sikit. "
" Darah apa, darah dara? " Sedas pelempang hinggap ke muka.
" Bukan, untuk daun terup, ayah. "
" Batang baru tahu berpencak, macam-macam alasan. Sial. Datuk kau baru pergi. "
Telinga dipiat lalu diheret keluar dari bilik. Tangannya satu lagi sibuk mendail
sebuah nombor, nombor polis.
- Oleh Lucifer
YOU ARE READING
Tahyul
General Fiction"Jangan percaya tulisan tulisan dalam zine ini. Ini dakyah Freemason!" - Sca Ndx Hakcipta terpelihara @ ZineSatuMalam Sila percaya yang sesiapa sahaja yang membuat cubaan memplagiat zine ini akan ditimpa nasib malang selama 3 tahun berturut tur...