Padah Percaya Tahyul

80 1 0
                                    

Dolah memang langsung tidak percayakan perkara tahyul. Kerana sejak dia lahir
dari tiga puluh dua tahun yang lalu, sekalipun Dolah tidak pernah berjumpa dengan
hantu. Apatah lagi bayang-bayang dan kelibatnya, itu pun tidak pernah! Dolah fikir
siapa yang mengeluarkan cerita hantu itu adalah sabgat bodoh sama sekali! Mana ada hantu dalam dunia serba canggih sekarang ini?

Cerita hantu seperti penunggu, pontianak, langsuir dan semua yang seperti itu adalah karut! Kawan-kawannya bercerita kalau mandi di kolam-kolam yang terpencil,
terceruk jauh di hulu, pun perlu berhati-hati juga kerana jika tidak, penunggu di tempat itu akan berang dan tersampuklah mereka yang menganggu tempat tinggalnya. "Ah! Semua itu tahyul!" katanya dalam hati.

Akan tetapi, berbeza pula dengan Sahar. Kata Sahar, kalau sesat dalam hutan
belantara yang tebal dan tidak tahu arah tuju mana yang hendak dituju, akan datang penunggu hutan dan membawa si kembara ke tempatnya, iaitu dalam sebuah surau kecil. Pertolongan seperti itu hanya akan diberikan kepada orang-orang yang baik. Kena memberi tabik hormat seperti berkata, "Nek, cu nak tumpang lalu ya nek..." dan mengikut segala kemahuan makhluk itu sehingga mereka tunjukkan jalan
keluar.

Dolah menyangkal kata-kata Sahar itu. "Mana ada surau dalam hutan? Mana ada
perlindungan? Semua tu syaitan saja. Kau tak habis-habis dengan cerita karut kau
tu!"

Mahu dijadikan cerita, Dolah sebenarnya seorang kaki nombor ekor. Dia memang
suka sangat tikam-tikam nombor. Agak pelik juga. Dikatanya tak percaya benda
tahyul, tapi percaya pula pada nasib nombor ekor. Suatu petang, datang sehelai surat di peti surat rumahnya. Bukanlah posmen dan hantar, tetapi dilihat kelibat seorang pemuda cina yang meletakkan surat itu ke dalam peti. Lalu Dolah keluar dari
rumahnya dan membuka helaian itu.

WAT LONG MANIKORN
• Selalu tikam tapi tak dapat-dapat? Mungkin kamilah penyelesaiannya!
• Wang bukanlah menjadi masalah untuk anda!
•Hubungi 01843567547

Mendelik mata Dolah. Dia terus dail nombor yang tertera pada helaian itu.
Diaturnya pertemuan. Akan tetapi, tempat pertemuan itu bukanlah tempat yang
biasa-biasa. Letaknya di dalam kuil di tengah hutan. Sebelah sungai golok, dan hanya boleh datang pada waktu malam sahaja. Dolah terus nyatakan hasratnya pada kawan
baiknya. "Sahar, jom teman aku pergi tempat ni. Aku tak berani la nak pergi sorang-
sorang. Kau kan berani sikit. Aku lemah semangat sikit." pujuk Dolah.

Sahar pun mengiyakan sahaja pula. Kata Sahar, kalau dia menang duit nanti, sahar
mahu 30% sebagai upahnya kerana temankan. Betapa tipisnya iman bila
memikirkan duit banyak yang padahal duit itu adalah duit haram. "Ah, biarlah. Aku
takkan buat makan lah duit haram tu. Aku beli la benda lain," Sahar bermonolog di
dalam hati.

Tarikh yang dinanti Dolah telah tiba. Petang itu mereka telahpun tiba hampir di
sempadan Thailand. Masih lagi di Tanah Merah. Mereka bersiap-siap untuk
menjelajah pada malamnya.

Malam pun tiba. Mereka berdua berjalan ke sana sini bertemankan lampu suluh.
Sekali sekala mereka ada jerit juga. Memanggil orang barangkali. Keadaan hutan itu
amat sunyi sepi, hinggakan bunyi binatang-binatang kecil seperti riang-riang pun
tidak kedengaran. Sedang berjalan di dalam rimba yang gelap-gelita itu, tiba-tiba
tercium mereka sesuatu yang tidak mesti ada di dalam rimba yang sebegini tebal.
Bau kemenyan semakin lama semakin kuat menusuk hidung. Tiba-tiba mereka ternampak cahaya dari colok yang berkelip-kelip. Bayang-bayang itu menggoyangkan colok itu seolah-olah memberi isyarat supaya datang dekat kepadanya.

"Sahar, aku rasa itulah tempatnya! Ada dah dapat cium bau duit!! Cepat Sahar, aku
dah tak sabar sangat dah ni!" kata Dolah dengan nada teruja.

"Iya, sabar. Kau ingat, dalam hutan ni kau kena minta izin dulu. Jangan nak main
terjah je. Mana tahu entah-entah itu bukan tempat yang kau nak pergi tu. Tak pasal-
pasal nanti......"

PLOPP!!

Dolah terjatuh dalam lopak air. Barangkali paya kecil. Bunyi jatuhnya itu menarik
perhatian sang bedal yang ada di dalam paya itu. Sahar ingin cuba membantu Dolah
naik ke atas, namun agak payah kerana keadaan yang gelap menyebabkan dia takut
untuk mengambil langkah sekaligus terjatuh di dalam paya itu.

Makhluk yang memegang colok itu semakin hampir. Dia datang ke arah Dolah. "
Nak, pegang tangan ni. Mari." Dolah terus gagahkan tangannya mencapai tangan si
tua itu. Lalu ditariknya dan dapat juga naik ke atas. Maka selamatlah dia dari
dibaham sang bedal. Dolah terus berjalan mengikut orang tua itu. Tidak dipedulinya
lagi Dolah. Apa yang penting adalah wang. Dia harus dapatkannya!

Lalu si tua tadi membawanya ke sebuah surau kecil. Berdetik dalam hatinya, "Inilah mungkin surau yang dikatakan si Sahar tu. Ah percaya pulak aku cakap dia." Si tua itu mengiringi dia ke belakang kolah. Disuruhnya mandi dan bersihkan badan. Si tua itu berkata padanya, "Kalau anak rasa penat, tidur lah dahulu. Esok teruskan
perjalanan."

Dolah pun tertidur. Bagai dipukau dia terus tertidur hingga keesokan harinya.
Cahaya matahari semakin terik. Dibuka matanya. Dilihat dia sebenarnya tertidur di atas dahan pokok yang besar dan rendang. Dan dibawahnya ialah paya yang penuh dengan buaya. Dijeritnya nama Sahar. Sahar menyahut. "Hoi, apasal kau tidur atas pokok tu ha? Macam mana kau panjat?"

Perlahan-lahan Dolah turun. Kemudian mereka berdua saling menceritakan apa yang dialami mereka. Walaupun kedengaran tahyul, tetapi Dolah terus cerita dengan semangat. Tapi apa yang pastinya, dia sudah serik mahu turun berjumpa guru untuk bermain tikam lagi. Malah dia ingin berhenti dari terus bermain. Katanya, kalau orang tua itu tak selamatkannya, dah tentu dia mati dibaham.

Lalu mereka berdua pun cari jalan keluar selagi masih siang.

Dari tidak percaya tahyul. Terus percaya. Kerana wang, sanggup percaya tahyul.
- Oleh Krakenia Andromeda Nes

TahyulWhere stories live. Discover now