Puja

85 1 0
                                    

harum wangi bunga tujuh kembang
diletak dalam tempayan berisi air pergunungan
diceritakan pelbagai khasiat serta kemujaraban
disertakan dengan pemujaan rasmi
pada siapa aku tidak pasti

jika itu satu tradisi
aku diam
jika itu satu pemujaan
aku buntu
kepada siapa dan kenapa dipuja?

terang dan nyata
tak perlu lagi meminta
tadahkan doa, kuatkan iman maka apa yang dihajati akan datang
tak perlu diasap, tak perlu mantera luar biasa
dinding agama kita sediri ayat paling hebat untuk meminta
tak perlu puja memuja bagai hentikanlah,
minta pada yang maha hebat.
insyaallah hidup lebih berkat.
- Oleh Niya Adriane

TahyulWhere stories live. Discover now