Antara tahayul yang aku sendiri pernah tengok ialah - wajib bagi ibu yang baru
bersalin untuk menjeruk tali pusat segar dengan air garam kemudian dikeringkan -
lalu dikambus tanah bersama pengiring berbentuk alat tulis, atau lilin, atau roket, atau apa saja yang dicitakan oleh si ibu buat anaknya apabila dewasa kelak."Buat apa tu, makcik?"
"Ni tanam tembuni."
Nak tambah berkat lagi, katanya, balut bersama kain kuning. (dialog ini fiksi
terjemahan akidah makcik itu)Beberapa tahun setelah itu. Aku tengok, budak tu jahanam jugak. Sebab ibubapanya
tak didik dengan bagus. Sebab katanya (fiksi akidah),"Aku sudah tanam tembuni bersama hajat. Apa Tuhan tidak melihat?"
Baru aku faham, betapa dahsyatnya mempercayai ramalan.
- Oleh Chik Bulat
YOU ARE READING
Tahyul
General Fiction"Jangan percaya tulisan tulisan dalam zine ini. Ini dakyah Freemason!" - Sca Ndx Hakcipta terpelihara @ ZineSatuMalam Sila percaya yang sesiapa sahaja yang membuat cubaan memplagiat zine ini akan ditimpa nasib malang selama 3 tahun berturut tur...